Monday, July 28, 2014
Monday, July 14, 2014
FIFA World Cup 2014 Champion - Deutshland @Germany!
Guten Arbeit auf gluckwuschen Deutschland! Hahahaha...apalah aku merepek ni tetiba speaking german...anyway after 24years akhirnya Jerman menang Piala Dunia FIFA...memang menakjubkan tak sia-sia aku sokong Jerman since dari aku budak sekolah lagi sampai sekarang...pepepun pasukan Jerman memang terbaik!
Sunday, May 25, 2014
My Journey To Amsterdam
Semasa ke Eropah beberapa bulan yang lepas salah satu bandar yang wajib aku nak pergi adalah Amsterdam dan Alhamdulillah termakbul gak cita-cita aku after mengikat perut untuk ke europe kan. Ok actually apa yang menarik tentang Amsterdam ni adalah senibina dan kotanya yang terletak di kawasan yang penuh dengan terusan dan sungai. Untuk ke sini terdapat pelbagai cara seperti anda bolehlah menaiki kapal terbang jika anda mempunyai ongkos yang besar dan jika ongkos kurang sedikit anda boleh menaiki tren laju dari mana-mana bandar eropah terdekat seperti Paris atau brussels dan jika anda mempunyai ongkos yang limited macam aku so naik bas jelah kan.
Actually terdapat perkhidmatan bas ke Amsterdam daripada beberapa buah bandar di eropah seperti London dan Paris dan aku menaiki bas dari kota Paris dan perjalanan menaiki bas daripada Paris memakan masa lebih kurang 8 jam. Untuk memudahkan permulaan perjalanan di Amsterdam aku rasa better mulakan di stesen central yang terletak di tengah kota Amsterdam dan dari sini bolehlah menaiki trem untuk ke destinasi atau tempat menarik di Amsterdam. Tempat pertama yang aku lawati semasa di sini adalah Damrak iaitu tempat di mana kat sini terdapat banyak deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti souvenirs dan makanan dan ianya terletak di hadapan central station sahaja. Tempat lain yang aku pergi sepanjang kat amsterdam ni Rijksmuseum di mana kat depan muzium ada tertulis perkataan Iamsterdam so korang kalau datang sini kena bergambar kat depan ni sebab bukti korang dah sampai sini...hehehe...jakun sangat aku kan. Selain tu bolehlah melawat area sekitar canal yang terdapat kat sekitar Amsterdam ni sebab Amsterdam memang terkenal dengan canal atau terusan kecilnya dan memang cantik pemandangannya cik jah ooi.
Tak jauh dari hotel aku menginap tu terdapat sebuah pasar femes kat amsterdam ni, apa yang membiatkan ianya femes tu sebab ianya popular sebagai pasar yang menjual bunga tulip so kalau korang nak beli bunga tulip sebagai souvenir kat sini boleh la korang datang sini tapi aku tak belilah bunga tulip tu sebab takut bila sampai malaysia yang maha panas ni mati terus pokok tulip tu nanti kan. Banyak lagi tempat menarik kat amsterdam ni dan paling femes cafe ganjanya dan red light district di mana tempat pelacuran femes di dunia, tapi disebabkan letih sangat maka tak sempat aku nak pergi area sini so next time lah kalau datang sini sure aku akan pastikan tak terlepas....hehehe...anyway amsterdam memang best tapi sebab pengalaman beg hilang masa baeu tiba di sana memang membuatkan aku sedikit terkilan...so kalau pergi negara orang berhati-hati ok jaga barang-barang anda.
Monday, May 19, 2014
History of Naning - Sejarah Naning
Okay mungkin beberapa hari yang lalu ramai yang tertanya-tanya wujud lagikah Naning ni...kat mana letaknya Naning ni...so kat sini aku nak beritahu sebagai anak jati Alor Gajah, Naning itu wasih wujud dan keseluruhan daerah Alor Gajah itu adalah termasuk di dalam kawasan Naning dan fungsi Undang Naning itu masih ada dan diiktiraf cuma bab pemberian darjah kebesaran tu aku kurang arif la..ini diselitkan sedikit penerangan tentang wilayah Naning daripada wikipedia.
Naning is an area in modern day Malacca, Malaysia and was founded in 1641. Naning was previously part of Negeri Sembilan but it was later annexed by the British into Malacca in 1832 via the Naning War. Malacca at that time was a British holding.The Naning War started in 1831 and lasted around two years until 1833. The Penghulu of Naning then, Dol Said was enraged over British claim over Naning as part of Malacca. The British demanded that Naning pay 10% of its produce as tribute to Malacca. Dol Said, of course, refused resulting in a British attack upon Naning in 1831. Dol Said managed to fend off the attack with help from his allies.Towards the end of 1832, the British attacked Naning once again with a much larger force. Dol Said did not have the help of his allies this time. His army was defeated and he surrendered. He was offered a pension and a house in Malacca.Besides, British also deficit 100,000 pound sterling.( http://www.wikipedia.org/naning )
Naning adalah sebuah daerah bebas yang telah wujud di utara negeri Melaka iaitu dalam daerah Alor Gajah sekitar abad ke 16. Wilayah ini dikatakan telah wujud sekitar abad ke 13 apabila penghijrahan besar-besaran oleh orang Minangkabau dari sumatera ke Tanah Melayu. Wilayah ini telah diketuai oleh seorang Penghulu bergelar undang. Sehingga hari ini jawatan Penghulu atau Datuk Naning masih wujud ke hari ini dan masih menguna pakai adat perpatih Naning dan jawatan ini diteruskan walaupun apabila penghulu Naning Datuk Dol Said tewas di dalam Perang Naning 1831-1832.
Pada suatu ketika wilayah Naning ini berpusat di sekitar kawasan yang dikenali sebagai Taboh Naning manakala terdapat satu kawasan pelabuhan kecil di tebing sungai melaka yang dinamakan Pangkalan Naning atau pada hari ini Pangkalan Naning ini telah dikenali hanya sebagai Pengkalan, Alor Gajah. Taboh naning pula wasih wujud dan masih dikenali dengan nama yang sama. Hari ini wilayah naning atau Alor Gajah pada hari ini telah membangun bersama kemajuan negeri Melaka namun kesan sejarah Naning masih terpahat dan kehebatan Datuk Dol Said menentang British adalah satu perbuatan terpuji dan perlu diiktiraf sebagai pahlawan negara.Perang Naning 1831-1832 telah berlaku apabila penghulu Naning datuk Dol said tidak berpuashati apabila pihak British telah memaklumkan bahawa Naning adalah sebahagian Melaka dan perlu membayar cukai sebanyak 10% dari hasil tanaman kepada Bristih. Perkara ini berlaku akibat daripada perjanjian yang telah dibuat antara British dan Datuk Dol Said pada tahun 1801 di Melaka. isi kandung perjanjian itu adalah seperti di bawah :
PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 OLEH RESIDEN BRITISH DI MELAKA, LEFTENAN KOLONEL TAYLOR DENGAN PENGHULU NANING.Perkara dan syarat yang diimlakkan oleh Leftenan Kolonel Aldwell Taylor, Gabenor dan Komandan Melaka, untuk dan bagi pihak Yang Mulia Gabenor Kota St. George dengan Raja Merah Kapitan Penghulu, dll., yang bemama Dol Said; dan Lela Hulubalang dan Maulana Hakim, yang bergelar Orang Kaya; Kecil yang bergelar Musah; dan Menobonjon-kaya bergelar Konchil dan Maharaja Ankaia bergelar Sumuna; dan Maulana Garang, Menteri dan Pembesar Naning dan kampung-kampung di sekelilingnya yang dengan sesungguhnya telah menerima dan berikrar mematuhi Perkara-perkara berikut:-
Perkara I
Kapitan, atau Penghulu, Menteri, dan Pembesar-pembesar berjanji dan bersumpah atas nama dan bagi pihak seluruh masyarakat Naning, untuk taat setia kepada Yang Mulia Gabenor dalam Majlis di Kota Saint George yang tersebut di atas, dan demikian juga kepada Gabenor dan Komandan Bandar dan Kota ini, serta semua Komandan yang ada atau yang selepas ini dilantik di bawah mereka dan tambahan pula, mereka akan melakukan apa-apa sahaja dengan penuh taat setia kepada Pihak Berkuasa British, sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat yang taat setia, tanpa bersama-sama atau secara berasingan mencuba melakukan apa-apa langkah permusuhan terhadap Gabenor tersebut, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, dan Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dengan sesungguhnya dan dengan seketat-ketatnya, dan segala kontrak dan waad lain yang telah diluluskan dengan negara lain yang boleh memudaratkan British hendaklah dimansuhkan.
Perkara II
Jika mana-mana orang di Naning, anak Minangkabau dan anak Melayu, melanggar kandungan Kontrak ini, atau ingkar kepada Gabenor atau Pegawainya, maka Penghulu dan Pembesar hendaklah, apabila diminta oleh Gabenor, menyerahkan mereka bagi dihukumsebagaimana sepatutnya.
Perkara III
Penghulu, Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau, dan juga Melayu, adalah terikat untuk menyerahkan satu per sepuluh daripada hasil padi dan segala buah-buahan mereka kepada Syarikat Hindia Timur; tetapi memandangkan keadaan mereka yang miskin, Syarikat tersebut telah memutuskan bahawa Penghulu hendaklah datang sendiri, setiap tahun, atau mengarahkan salah seorang Pembesarnya supaya datang ke Melaka, bagi memberi penghormatan kepada Syarikat, dan, sebagai tanda taat setia mereka, mereka hendaklah menghadiahkan Syarikat tuaian pertama mereka sebanyak setengah koyan padi (400 gantang).
Perkara IV
Penduduk Naning, apabila meninggalkan negeri mereka untuk ke Melaka, hendaklah menyerahkan kepada Syahbandar kebenaran bertulis daripada Penghulu, yang ditandatangan dan dicapmeterainya; dan begitu juga semua orang yang ingin meninggalkan Melaka untuk ke Naning, diarahkan supaya menunjukkan dokumen serupa kepada pihak berkuasa di sana, yang ditandatangani (atas perintah Kerajaan) oleh Syahbandar; jika tidak, kedua-dua pihak wajib menghantar balik orang yang berkenaan itu; tetapi apabila ditunjukkan Perakuan yang dikehendaki, mereka akan dibenarkan tinggal di Naning dan di kampung-kampung bersebelahan dan mencari nafkah dengan bercucuk tanam seperti menanam sirih, dll., dengan syarat mereka berpegang teguh dan mematuhi adat resam tempat itu sebagaimana yang diamalkan penduduk lain.
Perkara V
Penghulu dan Pembesar berjanji bahawa semua bijih timah yang dibawa dari Sri Menanti, Sungai Ujong, Rembau, dan tempat-tempat lain di daerah-daerah itu ke Naning, hendaklah dengan serta-merta dihantar dan diserahkan kepada Syarikat, di mana mereka akan menerima sebanyak 44 Dolar Rix tunai, dibayar dengan wang Rupee Surat, bagi setiap bahara 300 kati.
Perkara VI
Mereka juga berjanji menyerahkan lada Naning dan lada daerah-daerah bersebelahan kepada Syarikat, jika apa-apa jumlah yang banyak diperlukan, dengan dibayar harga 12 Dolar Rix sebahara.
Perkara VII
Penghulu, Pembesar, dan penduduk Naning tidak dibenarkan merunding (jualan) atau berdagang dengan mana-mana negeri pedalaman, tetapi hendaklah membawa barang-barang mereka menghilir Sungai Melaka, dengan menggunakannya, tanpa apa-apa jua alasan untuk menggunakan mana-mana laluan atau cara pengangkutan lain, dan mereka juga tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan mana¬-mana negeri pedalaman di Sungai Penajis, jika tidak nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.
Perkara VIII
Penghulu dan Pembesar berjanji, atas nama Masyarakat Naning, bahawa bilamana Pembesar Yang Memerintah berundur daripada memerintah, atau apa¬-apa geruh menimpa mereka, Penghulu dan Pembesar hendaklah dalam keadaan sedemikian mencadangkan salah seorang daripada anggota keluarga mereka yang terdekat dan paling berkelayakan, kepada Gabenor Melaka, bagi menjadi penggantinya; tetapi mereka tidaklah boleh mengharapkan cadangan itu akan sentiasa dipersetujui Gabenor; sebaliknya adalah menjadi pilihan Gabenor melantik sesiapa yang difikirkannya patut dilantik.
Perkara IX
Mana-mana hamba sama ada kepunyaan Syarikat Yang Mulia, atau kepunyaan penduduk Melaka, yang mencari perlindungan di Naning, atau di kampung-kampung atau di tempat-tempat di sekelilingnya, maka Penghulu, Pembesar dan penduduk (tiada sesiapa pun yang dikecualikan) adalah terikat bagi menangkap dan menghantar ke Pekan orang pelarian itu dengan serta-merta, (atau) orang pelarian itu boleh diserahkan kepada tuan mereka dan tuntutan sebanyak 10 Dolar Rix, tidak lebih daripada itu, boleh dituntut daripada tuannya sebagai hadiah.
Perkara X
Mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian Jawatankuasa yang akan dilantik Kerajaan.
Perkara XI
Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.
Perkara XII
Dan bahawa kandungan Perkara tersebut hendaklah dipatuhi tanpa boleh dilanggar, dan Penghulu serta Pembesar berjanji dan bersumpah atas nama seluruh masyarakat, bahawa mereka akan serta-merta memulangkan dan menyerahkan kepada Yang Mulia Gabenor semua hamba yang lari yang berada di Naning atau di tempat-tempat lain.
Perkara XIII
Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan al-Quran, atas nama masyarakat Naning, bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala perintah yang ditetapkan dalam Perkara¬-perkara ini, dan mengikat diri mereka bagi menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur, supaya hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu.Bagi menyempurnakan segala yang dijanjikan dan dipersetujui dalam Perjanjian ini, maka saya dengan ini menurunkan tandatangan saya.Dibuat dan diikrarkan di Bandar dan Kota Melaka pada 16 hari bulan Julai 1801.
(Tandatangan) A. TAYLOR.Ikrar Penghulu dan Pembesar NaningKami, Kapitan atau Penghulu dan Pembesar-pembesar, berjanji dan bersumpah bagi pihak diri kami dan juga bagi pihak masyarakat Naning, akan sentiasa taat setia kepada Gabenor dalam Majlis Kota Saint George, Gabenor dan Komandan Melaka, serta semua Komander yang dilantik atau yang akan dilantik di bawah mereka selepas ini, dan selanjutnya akan menepati masa bagi memenuhi segala perintah dan arahan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan selepas ini, dan akan berkelakuan sewajarnya terhadap Syarikat Hindia Timur pada masa hadapan, mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat dan vasal yang taat setia.
Ditandatangani oleh DOL SAID, BILAL MOREN, KANJUN, SAMEON dan MAULANA GUNAN.(Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. Kuala Lumpur: ITNM)
Thursday, May 15, 2014
Sunday, April 27, 2014
VCR cafe - kuala lumpur
Ok korang pernah tak dengar cafe VCR ni? Ni bukan vcr yang perakam video tu ok tapi sebuah cafe baru yang sesuai untuk lepak-lepak sambil minum coffee, maybe kalau yang jenis suka coffeehunting dah oernah dengar atau pernah lepak kat sini.Anyway, aku pun ada dengar tentang tempat ni and beberapa bulan lepas before aku g europe aku pun nak try tempat ni best ke tak so aku pun ajak sorang member aku ni yang agak suka coffee lepak kat sini. Kalau korang nak tahu VCR ni terletak kat belakang IPD kuala lumpur tak jauh dari bukit bintang so kalau yang pakar area kl maybe tak sukar nak mencari cafe ni. Apa yang unik cafe ni ialah maybe pada lokasi yang terletak pada deretan kedai lama yang diubahsuai dan suaipadan dalaman cafe ini yang bagi aku agak menarik dan sedikit urban + art + santai. Aku macam biasa kalau minum coffee mesti nak yang latte and coffee kat sini not bad dan memang sesuai jadi tempat lepak untuk golongan muda mudi dan lokasinya pun sangat ok so maybe korang boleh try lepak sambil minum coffee kat sini sambil cuci-cuci mata.
Wednesday, April 23, 2014
Saturday, April 19, 2014
Bruschetta oh bruscheta
La ni nak kabor kan cheq pun leh jadi chef lepas ni bukan pe sekarang cheq pun dah boleh masak beberapa jenis makanan walaupun agak western makanan cheq itu. Beberapa hari lepas tiba-tiba datang angin rajin aku nak buat bruschetta padahal before ni tak pernah buat pun...ala bukan susah pun just guna roti perancis atau lebih popular lagi dengan nama baguetta yang telag dipotong-potong. Korang just tabur je tomato yag telah dipotong dan daging hancur yang telah digoreng kat atas baguetta tu dan kalau nak sedap lagi taburkan cheese skali dan nah siap dah bruschetta korang...senang kan? Actually ada byk jns bruschetta terpulang pada korang nak letak bahan apa yang penting memenuhi selera korang...selamat memcuba!
Wednesday, April 09, 2014
Fadzly at Europe part 3 - Paris
Now time untuk update blog aku ni yang memang dah bersawang macam sarang labah-labah ni and aku nak sambung tentang perjalanan aku ke europe awal tahun lepas. After kota London aku pun move ke Paris pulak sebab ni salah satu kota yang memang ramai impian untuk berada di sana dan peluang ni memang aku tak boleh lepaskan so after menaiki tren laju dari stesen King Cross St Pancras International (di sinilah stesen keretapi femes dalam siri Harry Potter tu) selama 2 jam maka tibalah aku ke kota Paris dan perkara pertama aku lakukan ialah menjerit sepuas-puasnya sebab akhirnya jejak gak kaki aku kat tanah perancis ni...akunyer jerit tu sampai orang sekitar dok tengok aku...ingat aku gila agaknya.... hehehe memang macam orang kampung kan...biasa la tu macam korang tak buat macam tu kan. Tren dari London akan berhenti di stesen Gare Du Nord atau bahasa yang korang boleh faham ialah Terminal Utara...kat area sini ada beberapa restoran halal dan sebab aku lapar sangat so aku ngan member aku pun stop untuk makan dulu di sebuah restoran kebab yang terletak betul-betul kat depan Gare Du Nord ni dan seperti biasa kebab kat sini memang besar u olls...memang tak abis la aku makan siap boleh tapau makan kt hotel lagi bakinya. After dah kenyang aku dengan member aku ni pun carilah stesen subway yang terletak kat sebelah restoran ni je, masa nak beli tiket subway tu punyalah kalut mana taknya tak faham aku camna caranya nak beli tiket subway kt paris ni dahlah bahasanya bahasa perancis memang haram jadahlah aku nak faham kan so kami pun decide beli kat kaunter tiket dan macam biasa masa nak beli tiket dah macam ayam dengan itik bercakap sebab dua-dua cakap bahasa yang lain...aku cakap english minah ni jawab dalam bahasa french...dahlah aku ni buta bahasa sikit maka guna isyarat jelah...aku pun tunjuk nak beli tiket untuk 2 hari...minah ni pun suh aku bayar dalam 16 euro untuk tiket 2 hari, nasib baik ok. Kalau korang nak tahu subwaybkat paris ni unik sikit korang hanya perlu touch tiket masa nk masuk je pastu bila nak keluar just ikur je pintu keluar tu tak payah nak touch sekali lagi bagai dan tren subway pun unik gak sebab kalau nak keluar kena telan pemegang pintu tren barulah boleh buka pintu tu...mula-mula tu memang jakun sat aku sebab kelakar pun ada unik pun ada.Masa kat Paris aku menginap kat hotel area St Dennis-Strousbourg yang mana tak jauh dari stesen subway hotelnya, hotel-hotel bajet kat Paris ni unik sket sebab lif yang agak kecil dan sukar sikit nak angkut barang-barang sebab seorang je lepas naik lifnya. Lepas letak je semua beg aku dengan kawan aku pun bergegas ke tempat paling ikonik kat Paris ni...the only one Eiffel Tower yang sangat mengagumkan tu dan macam biasa memang asyik bergambar la masa kat situ tapi bila dah tengok Eiffel tower ni depan mata tetiba aku rasa apa yang hebat sangat benda ni sebab kalau dilihat waktu siang macam satu besi buruk yang sangat tinggi dan tiada yang menarik pun dan terus pada fikiran aku not like what i think la benda ni...taman depan Eiffel tower ni pun takdelah cantik sangat pun siap berpagar yang tak berapa nak cantik sangat pun...hehehe tapi rupanya bila malam barulah nampak sangat cantik eiffel tlwer ni dengan.lampu-lampunya...owh rupa-rupanya bila malam barulah cantik benda ni. Lepas balik dari eiffel tower ni kami pun terus ke satu lagi lokasi ikonik di Paris ni iaitu Champs De Elysees di mana di sinilah shopping haven kat paris ni dan kat hujung tempat ni terletaknya pintu gerbang yang sangat terkenal iaitu Arch De Triomphe yang mana terletak di tengah-tengah roundabout yang sangat sibuk. Sempatlah jugak aku shopping kat kedai-kedai yang terletak di champs de elysees ni dan yang penting aku dapat beli sweater yang regenya agak murah kat sini tapi kat kl agak mahal harganya.
The next day kami teruskan perjalanan kami pagi-pagi ke pompidou centre yang mana merupakan sebuah art centre tapi kami tak masuklah just bergambar je kat depan bangunan ni yang sangat unik dan seterusnya ke Notre Dame Cathedral yang sangat femes di Paris dan kemudian menyusuri Sungai Seine sambil berangan sekejap sampai lah ke Mondu Arabe atau institut arab moden. Seterusnya kami teruskan perjalanan ke sebuah muzium yang sangat terkenal di Paris iaitu Musee Du Lourve atau nama melayunya muzium Lourve yang mana di sinilah tersimpannya lukisan yang sangat terkenal iaitu Mona Lisa, lepas bayar harga tiket dalam 12euro dapatlah aku masuk ke dalam muzium ini dan tentukan aku terus mencari lukisan Mona Lisa ini dan bila masuk je ke dalam bilik galeri Mona Lisa ini memang ramai gila la orang yang ingin melihat secara dekat dan bergambar di hadapan lukisan ini dan aku memang tak sangka la akhirnya dapat lihat depan mata sendiri akan lukisan ini tapi diingatkan lukisan ini di kawal ketat dan disimpan di dalam frame yang kalis peluru dan dikawal pengawal kerana takut lukisan ini dicuri. Lepas dah merayau-rayau sekitar Lourve yang sangatlah besar ini aku dan member aku ni pun merayau-rayau ke kawasan sekitar Paris sementara nak tunggu bas ke Amsterdam pada sebelah malamnya. Sesungguhnya bagi aku Paris memang menakjubkan dan menarik tetapi tidak seperti yang di gambarkan sebelum ini iaitu kota segala kota yang ada sebab bagi aku London lebib menarik berbanding Paris maybe sebab persekitaran Paris yang agak kotor dan imigran yang sangat ramai serta golongan homeless yang boleh dilihat agak ramai di sekitar Paris buatkan aku rasa agak tidak berapa selesa berada di sini. So tunggukan pula next city iaitu Amsterdam dan semasa tiba di Amsterdam berlaku peristiwa yang memeranjatkan aku seketika dan kalau nak tahu apa dia tunggu next entry aku yang seterusnya.
ni kat depan Eiffel Tower...tak cantik pun taman depan tu...hehehe
bergambar di hadapan Arch De Triomphe
Notre Dame Cathedral yang terkenal tu
inilah tempat femes di Paris yang selalu orang bercinta letak kunci tu
akhirnya dapat gak tengok Mona Lisa depan mata....
Di hadapan Musee d' Lourve
suasana di dalam tren subway di Paris
tempat wajib kaki shopping di Paris...Champs de Elysees
Suasana di kota Paris
Tebing sungai Seine
Thursday, March 20, 2014
Keep Pray 4 MH370
It was 13th day after we lost contact with MH370 but until now still no news about what are really happens to this flight but today some big clue had emerged after australia authority had founded a big object at south of indian ocean thru satellite and maybe link to debris of flight MH370...but we should keep pray and hope all the passengger and crew will be safe wherever the are now....keep pray for them
Subscribe to:
Posts (Atom)
