Friday, February 20, 2015

The Tokyo Story-Part 2


Part 2 ni aku nak cerita tentang beberapa lagi tempat menarik yang aku lawat semasa kat Tokyo dan aku mulakan dengan Tokyo Skytree yang merupakan menara telekomunikasi tertinggi di dunia. Tokyo Skytree ini terletak di kawasan oshiage di mana jika kita menaiki tren atau subway stesen terdekat adalah stesen oshiage dan berhampiran dengan sungai Sumida. Tokyo Skytree ni agak menakjubkan sebab di bina di kawasan aktif gempa bumi dan gempa bumi pada tahun 2011 telah berjaya membuktikan menara ini memang tahan gempa. Dari atas Tokyo Skytree ini pengunjung boleh menikmati keindahan kota Tokyo dari segenap ruang dan ini merupakan satu pengalaman yang amat menakjubkan. Di sekitar Tokyo Skytree ini juga terdapat ruang perniagaan di mana jika ingin mendapatkan cenderahati dari Tokyo bolehlah didapati di sini. 
Seterusnya perjalanan diteruskan ke kawasan Asakusa di mana di sini terdapat sebuah tokong yang agak popular di Tokyo iaitu Senso-Ji Temple. Di sini menjadi tumpuan pelancong kerana di sepanjang jalan menuju ke Senso-Ji ini terdapat pusat jualan yang menjual pelbagai cenderamata pada harga yang murah iaitu di Nakamise-Dori yang terletak di antara pintu Kaminarimon dan pintu utama Senso-Ji. Di sepanjang jalan ini terdapat pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata seperti t-shirt, fridge magnet, kipas, kraf dan pelbagai lagi yang boleh dijadikan cenderamata untuk di bawa pulang. Untuk menghabiskan masa di sini memang agak lama kerana pelbagai cenderamata yang ditawarkan memang rambang mata dibuatnya. Di kawasan ini juga berdekatan dengan sungai sumida di mana di seberang sungai ini terdapat bangunan Superdry Hall yang mempunyai sebuah rekaan yang agak unik. 
Selepas menghabiskan masa berjam-jam di sini perjalanan seterusnya adalah ke shibuya untuk membeli-belah dan mendapatkan beberapa barang untuk di bawa pulang. Beberapa tempat menarik yang tak sempat dilawati seperti Akihabara yang merupakan syurga pelbagai barangan eletrik dan anime dan juga Meiji Shrine yang terletak berhampiran Yoyogi Park.
Secara keseluruhannya Tokyo adalah satu kota yang wajib dilawati oleh setiap orang kerana pengalaman yang bermakna di sini.tidak dapat di tempat lain di dunia ini.

hotel penginapan aku semasa di Tokyo

suasan di waktu pagi di sebatang jalan di Tokyo

dihadapan menara telekomunikasi tertinggi di dunia iaitu Tokyo Skytree

Tokyo Skytree

Senso-Ji Temple 

Nakamise-Dori Street

Senso-Ji Temple

Pintu utama ke Senso-Ji Temple

gadis kimono

Tokyo Skytree dari Sumida River

Edo Mall di Haneda Airport

Monday, January 26, 2015

The Tokyo Story-Part 1


Ok...ok...dah lama sangat ni aku tinggalkan blog ni...hujung tahun kan biasalah busy sket...ok aku nak update tentang percutian aku ke Tokyo pada pertengahan bulan januari hari tu. Anyway, kalau korang semua nak tahu aku pergi ke Tokyo tak lama dalam 3 hari 3 malam je macam tu. Kali ni aku menggunakan perkhidmatan AirAsia X sebab tambangnya yang agak murahkan, sepanjang perjalanan agak selesa walaupun ketidakselesaan selama beberapa jam kerana kapal terbang yang terpaksa menempuh turbulance dalam jangka waktu yang lama, namun semua tu hilang bila kapal terbang AirAsia X ni mendarat di Tokyo International Airport atau lebih dikenali sebagai Haneda Airport. Kalau dari Haneda Airport nak ke pusat bandar Tokyo tak susah sangat sebab airport ni terletak dekat dengan bandaraya Tokyo dan dari sini aku.menaiki monorel sehingga ke stesen hamamatsucho dan kemudian tukar ke JR line iaitu tren komuter untuk stesen Kanda di mana letaknya hotel yang aku sewa. Ok, aku dah book dari kl untuk menginap di Capsule Value Kanda Hotel yang merupakan sebuah hotel capsule. Kalau korang tak tahu hotel capsule ni agak popular di jepun kerana mudah dan senang konsepnya lebih kurang macam hostel cuma katil tu dalam capsule. 

Sebab flight aku tiba agak lewat maka sampai je kat hotel ku terus je tidur sebab agak keletihan. Keesokkannya aku terus ke destinasi pertama iaitu ke Istana Imperial di mana merupakan kediaman dan tempat bersemayaman rasmi Maharaja Jepun. Disini hanya di tempat tertentu sahaja kita boleh bergambar dan kebanyakkan pelancong suka bergambar di hadapan jambatan Nijubashie yang terletak di hadapan pintu masuk utama Istana. Istana ini boleh diakses melalui beberapa line metro yang terletak tidak jauh dari hadapan istana. Dari istana ini juga terletak Tokyo Station yang merupakan sebuah stesen tren dan keretapi yang bersenibinakan kebaratan. 

Selepas itu, aku menuju ke Tsukiji Fish Market yang sangat terkenal di Tokyo kerana disini kita boleh mendapatkan ikan-ikan yang segar dan boleh menikmati hidangan sushi yang segar dari ikan-ikan yang masih baru diangkat dari laut, memang lazat dan menarik walaupun harganya sedikit mahal kerana puashati dengan kesegarannya. After dah puas makan sushi yang lazat dan agak mahal tu pun pusing-pusing lah sekejap kat area roppongi, ok mesti ada yang tanya kan ada apa kat roppongi tu...actually dari situ bole menuju ke Tokyo Tower yang sangat serupa dengan Eiffel Tower kat Paris nun hah...tapi aku tak pergi pun ke Tokyo Tower tu sebab just nak.singgah ke Hard Rock Cafe je. Dari Roppongi tu aku meneruskan misi ke area Shibuya yang yang terkenal dengan crossing yang paling sibuk di dunia, kalau dah datang Tokyo memang tak sah kalo tak melintas kat Shibuya Crossing ni sebab memang havoc dan tersangat ramai orang kat sini dan di area Shibuya ni terdapat deretan kedai-kedai yang memang khas untuk kaki-kaki shopping la. Kat area Shibuya ni oun terdapat sebuah Masjid yang menempatkan Pusat Islam di Tokyo. Tak jauh dari Shibuya ni juga terletaknya stadium tertutup olimpik yang dibina sempena Olimpik tahun 1964.

Dari Shibuya tu aku berjalan kaki menuju ke Harajuku di mana tak jauh sangatlah kalau berjalan kaki lagi-lagi jika ngan musim sejukkan. Harajuku ni sangat popular dengan fesyen-fesyen golongan muda masa kini dan kalau korang nak tau di sinilah tempat berkumpulnya fesyen-fesyen pelik kat tokyo ni kalau kita pernah dengar sebelum ini tetapi di sini juga terdapat deretan kedai-kedai berjenama mewah dan mahal seperti Dior dan Tommy Hilfilger. Orang jepun ni memang mempunyai citarasa yang tinggi terhadap pemakaian dan fesyen kerana itulah terdapat banyak area membeli-belah di Tokyo dan satu lagi kawasan popular membeli-belah adalah Shinjuku. Tetapi di Shinjuku ni lebih popular dengan nightlife nya yang agak havoc dan esentrik di mana di sini terdapatnya deretan kedai-kedai menjual alatan sex, video game, restoran robotik dan pelbagai lagi benda yang jarang kita dapat di empat lain. So penuh jadual aku untuk seharian di Tokyo ni, jadi tunggu pulak untuk part kedua pengembaraan aku ke Tokyo yang memang bagi akubsebuah kota yang sangat memukau dan menarik perhatian.


di hadapan Tokyo Station

di pintu masuk ke stesen tokyo metro berdekatan Istana Imperial

di hadapan jambatan Nijubashie yang terkenal di pintu masuk Istana Imperial

di sekitar kawasan Roppongi

menikmati sushi fresh di Tsukiji Fish Market

di kawasan Shibuya Crossing

Yoyogi National Gymnasium yang merupakan salah satu venue sukan olimpik 1964 & 2020

Harajuku Street yang terkenal dengan fesyen muda-mudi

sekitar kawasan daerah Shinjuku

kedai alatan seks di Shinjuku

Wednesday, December 31, 2014

Takziah pada ahli keluarga penumpang pesawat Indonesia AirAsia QZ8501

Takziah diucapkan kepada seluruh ahli kelurga dan sahabat handai penumpang pesawat Indonesia AirAsia QZ8501 di atas penemuan serpihan dan mayat penumpang...semoga mereka tabahbdan sabar di atas ujian ini. Kita juga berdoa agar penumpang MH370 yang masih hilang sehingga kini dijumpai.

Wednesday, October 08, 2014

Berlin - The City of Deutschland


Ok dah beberapa bulan baru la sekarang aku nak update tentang holiday aku kat europe awal tahun ni, Berlin merupakan kota terakhir yang menjadi persinggahan aku semasa di europe dan buat pengetahuan korang semua Berlin merupakan sebuah kota yang aku nak sangat jejak semenjak aku kecil lagi mungkin di atas faktor kekaguman dan keobsesan aku terhadap negara Jerman yang melampau jadi Berlin harus menjadi kota haru lawat aku semasa si sana. Ok, disebabkan masa aku pergi sana sedang musim sejuk jadi Berlin ni merupakan sebuah kota yang bersalji semasa musim sejuk...kesejukkan dier memang sampai ke tulang sum-sum akulah. Perjalanan kami bermula di kota amstersdam di mana kawan aku so nora yang duk kt amsterdam yg menjadi leader kitaorang sepanjang perjalanan ke Berlin. Nora ambil aku dan kawan aku di hotel kami di amsterdam dalam pukul 4 pagi kalau aku tak silap...bayangkan betapa sejuknya masa tu...kami bertolak awal sebab kitaorang nak tiba di Berlin dalam tengahari...owh ye perjalanan kami dari Amsterdam ke Berlin mengambil masa lebih kurang 7-8 jam dengan menaiki kereta Nora...wow memang pengalaman yang aku takkan lupakan sepanjang hidup sebab akhirnya aku dapat melihat keindahan negara Jerman secara lebih dekat. Ok buat pengetahuan anda di eropah jika memasuki sempadan di antara negara tidak memerlukan sebarang cop pasport kerana mereka mengamalkan konsep borderless jadi dalam perjalanan tu tetiba je rupanya kami dah masuk ke negara Jerman kita sedar...kita akan terperasan papan tanda yang inform anda dah masuk ke negara Jerman. Ok dari amsterdam ke Berlin actually kami berlima di mana nora dier membawa rakan-rakan dier sekali iaitu jaja dan ryan dan mereka merupakan orang Malaysia jugak yang mana jaja telah berkahwin dengan orang uk dan ryan pulak ngah holiday untuk beberapa bulan di belanda. Sepanjang perjalanan tu memang aku tak tido la sebab terpesona dan teruja sangat tengok pemandangan dan semasa dalam perjalanan tu tetiba salji turun...perghhh memang jakun sangat aku masa tu sebab tulah kali pertama  aku tengok salji turun dan rupa salji sebenar(selama ni tengok salji buatan je kat genting ngan Mines masa kecil dulu). 
Kami tiba di Berlin dalam lebih kurang pukul 12tghari dan selepas tu kami terus menaiki tren ke pusat bandar di mana kereta di letak sementara di stesen keretapi. Setibanya di kota Berlin aku agak termanggu sebab salji yang agak tebal menutupi kota Berlin hingga di waktu siang pun kelihatan seperti suram je. Selepas dah cek in di hostel kami pun memulakan perjalanan kami dengan mencari kedai makan halal..ok satu cabaran nak mencari kedai halal di sini sebab mostly orang Islam jerman tak tinggal di kawasan pusat bandar Berlin tetapi mujurlah kami terjumpa sebuah kedai makanan thai halal yang terletak di sebelah stesen u-bahn Alexanderplatz (kat jerman u-bahn ni bermaksud keretapi metro bawah tanah).  Lepas je makan kitaorang pun just pusing-pusing di kawasan sekitar situ sebab hari dah mula gelap. Malam tu nora and the gang kuar semula sebab nak cari currywurst halal tapi aku penat sangat so aku just stay ke kat hostel tapi lepas je nora balik kitaorang malam tu kenduri maggi dan mee goreng yang nora masak dari rumah dia before kitaorang bertolak ke Berlin, maybe sebab lapar memang habis la kita orang makan. Tapi yang kelakar dengan muka tak malu kami minta air panas kat cafe hostel ni bergilir-gilir sebab tak cukup air nak masak maggi, mesti orang kat cafe tu boleh cam muka kami ni yang asik minta ait panas.
Pagi-pagi esok tu kita orang keluar menuju ke destinasi pertama iaitu ke charlie checkpoint. Apa benda charlie checkpoint tu? Kalau tak tahu tempat ni dulu merupakan pintu pemeriksaan tentera semasa zaman wujudnya tembok Berlin. Kat sini masih ada checkpoint tersebut dan dijadikan tempat pelancongan di mana kat sini ada la sorang mamat mat saleh yang duk pakai baju askar berkawal kat sini dan pelancong boleh bergambar dengan mamat ni dengan memberi 2euro. Kita orang pun bergambar la ngan mamat ni yelah alang-alang dah sampai sini bergambar jelah kan, tapi yang unik nyer mamat ni akan cuba belajar cakap terima kasih ikut bahasa negara asal kita, aku pun ajarlah dier cakap terima kasih dan sebutan dier memang oklah cuma cam slang orang jerman sikit la. Kat area sini ada diletakkan tembok berlin yang asal dan kalau korang nak tau rupanya leh datang sini sebab tempat ni antara must visit place kat Berlin. Kalau ada yang berminat nak kumpul batu asal tembok Berlin ni pun ada dijual kat sini dan aku beli fridge magnet yang diletakkan batu dari tembok Berlin walaupun agak mahal tapi bukan selalu kan bolehlah dijadikan koleksi aku ketika di europe ni kan. Ok sepanjang beberapa hari kami di Berlin ni kami cuma menggunkan sistem metro Berlin yang agak efficient dan terdapat dua jenis iaitu U-bahn untuk underground dan S-bahn untuk overground dan paling unik adalah stesen kat sini tiket boleh di beli kat platform yang mana takde gate untuk nak masuk ke dalam platform stesen, rupa-rupanya baru aku tau tiket kalau kita nak beli atau tak terpulang pada kita ikut pada kejujuran kita tapi kalau tetiba ada pemeriksaan dan kita tak beli tiket memang denda dier tersangat la mahal. Seterusnya kami teruskan perjalanan ke muzium yahudi berlin...eh eh..ok tujuan aku gi sini sebenarnya nak tau serba sikit pasal banhsa yahudi ni dan kenapa jahat sangat dierorang ni. Tapi aku agak pelik la sebab kat muzium ni dipaparkan tentang amalan ketiga-tiga agama samawi iaitu Islam, kristian dan yahudi dan persamaan antara ketiga-tiga agama ni. Tengah hari tu kami lunch di sebuah restoran turki yang mana menu utama dier ialah ayam goreng, rasa dier oklah walaupun sedikit rasa rempah arab agak kuat. Lepas dah kenyang kami pun masuk kat satu kedai ni menjual barang-barang dengan harga 1euro, banyak gak la barang aku sapu sebab murah kan yelah ada cd yang dijual dengan harga 1 euro je dan sedikit souvenir berlin aku beli kat sini. 
Selepas tu kami pergi ke mercu tanda yang paling popular di Berlin iaitu Brandenburger Tor atau lebih dikenali sebagai Brandenburger Gate di mana di sini menjadi ikon paling popular semasa runtuhnya tembok Berlin pada tahun 1989. Memang kat sini bergambar sampai puas la kan dan pas tu kami berjalan kaki ke bangunan Reischtag iaitu Parlimen Jerman yang terletak dalam 100 meter je dari Brandenburger Gate tu dan macam biasa kat sini bergambar memang sampai lebam la. Dah puas bergambar kami pun ke apa lagi nilah masanya nak bershopping di.area shopping terkenal di sini iaitu Unter Den Linden yang mana terletak di sepanjang jalan di hadapan Brandenburger Gate tu saja, kat area sini juga letaknya madame tussaud berlin kalau ada yang berminat nak masuklah tapi sebab nak jimat aku tak masuklah sebab lagipun dah pernah masuk yang kat Bangkok kan, so aku rasa sama je. Kat area sini ada sebuah stesen metro yang nama dier susah nak sebut tapi bunyinya seakan-akan fried rice so aku gelarkan stesen ni stesen nasi goreng. 
Last day kat Berlin kami plan untuk ke sebuah tempat di pinggir Berlin iaitu Designer Brands Outlet , kalau tak tau tempat ni sama macam kat jpo tu tapi kat sini harga dier memang tersangatlah murah. Sepanjang perjalanan ke sini dapatlah lah aku lihat beberapa bangunan yang menjadi ikon Berlin seperti Berlin Cathedral, museum island dan stadium olimpik Berlin. Kat outlet ni memang murahah bagi aku yelah bayangkan aku dapat membeli  jersi pasukan jerman yang terkini dan tshirt tommy hilfiger dengan harga 15euro je iaitu lebih kurang rm70. Mana aku nak dapat harga macam tu kat Malaysia memang taklah kan dan paling best aku beli tshirt jenama stefanel pada harga 5euro je. Kat Jerman ni harga barang memang agak murahlah walaupun selepas dimasukkan gst yelah mana aku nak dapat coklat murah macam ferrero rocher dan sport ritter dengan harga 0.45sen euro je. Selepas kami dah puas bershopping kami pun singgah di sebuah kompleks beli belah tak jauh dari situ sebab nak cari dinner dan dapatlah aku merasa apfelstrudel yang asal dari sini. 
Malam tu kami pun bertolak la pulang ke amsterdam semula dan sebelum menghantar aku dan rakan aku ke airport untuk kami ke london semula kitaorang singgah dulu kat rumah nora di Appeldoorn di mana sampai je kat rumah dia abis kami melantak maggi sup dan ayam rosemary..nasib baik la hubby si nora ni masak ayam tu macam tau-tau je kami kelaparan, dah abis melantak tu nora pun hantar kami ke schiphol airport yang lebih kurang 1 jam perjalanan dari rumah nora untuk kami meneruskan tour kami di London dan seterusnya pulang semula ke malaysia.


bergambar di tengah kota Berlin

singgah breakfast dulu...ntah berapa kali kitaorang singgah breakfast

sempadan Jerman-Belanda



Charlie Checkpoint

di hadapan Brandenburger Gate

bangunan Reichstag

suasana winter di Berlin

world clock

memorial peringatan di hadapan Reichstag

shopping sakan di Designer Brand's Outlet

apfelstruddel

pemandangan malam di area hostel kami di Alexanderplatz

pemandangan di Unter Den Linden

sebuah muzium terkenal di Berlin di kawasan Museum Island

schiphol airport amsterdam before kami pulang semula le London
maggi pek bahasa melayu jumpa di belanda

pemandangan sekitar Alexanderplatz

sebuah gereja lama di Alexanderplatz, Berlin

sebuah kedai unik berkonsep toleransi dalam agama di checkpoint charlie

kedai bundle di Berlin

kanak-kanak sekolah yang suka sangat tengok kami bergambar


di hadapan Madame Tussauds Berlin

Nora sedang membelek indian food di area unter Den Linden

ni semua sedang kelaparan menunggu afdelstuddel

Tuesday, September 16, 2014

Baju Online (preloved) Untuk Dijual

Seperti yang dijanjikan aku nak paparkan beberapa pakaian yang aku nak jual(kalau lupa buka semula link ni jualan-barang-online)..baju-baju ni adalah original tetapi terpakai la but jenis yang preloved ok...so apa tunggu lagi kan? so kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi aku melalui sms or whatapps di talian 017-2425096 (fadzly)...saya sedia menjual...hehehe

FLANNEL SHIRT-H&M SAIZ S

T-SHIRT - GAP SIZE S

FLANNEL SHIRT-H&M SIZE S

T-SHIRT - UNIQLO SIZE M

Saturday, September 13, 2014

Jualan Barang Online

Ok chek nak habaq mai ni yang chek pun nak lancarkan jualan online untuk barangan chek...hehehe...since ramai yang suka jual barangan online so aku pun antara yang taknak tertinggal sama tapi apa barang yang aku nak jual online ni? kalau nak tau barangannyer...tunggu...hehehe...oklah aku bagitau yang aku nak lancarkan jualan pakaian-pakaian terpakai sebab aku rasa banyak sangat dah baju-baju aku yang boleh dikongsikan bersama anda semua diluar, harga nyer pulak murah je maybe antara rm15-rm30 sehelai sahaja.....hehehe...macam retis lak aku...pepepun nanti aku akan uploadkan apa barang yang akan aku jual online tu di blog ini...ok bye

Tuesday, September 09, 2014

Panduan Melancong Secara Berseorangan @Lone Ranger

Hi semua, ok hari ni aku nak bagi tips untuk melancong secara sendirian atau nama omputihnya lone ranger di mana pada masa sekarang agak ramai jugak la yang kalau pergi melancong tu secara sendirian kerana bagi mereka agak bebas dan mudah untuk ke mana-mana tanpa perlu pening kepala nak fikirkan pendapat masing-masing. Kalau korang semua nak tahu aku mula-mula melancong ke luar negara adalah secara sendirian tanpa ditemani oleh rakan aku dan ianya satu pengalaman yang amat bermakna sekali kerana dengan melancong sendirian tanpa teman kita akan lebih berdikari dan mempunyai sifat lebih bertanggungjawab namun ianya juga agak merbahaya bagi mereka yang tidak bersedia lebih awal atau kaum wanita. Untuk pergi melancong secara berseorangan ini, amat dinasihat agar merancang terlebih dahulu destinasi-destinasi yang akan dituju secara kasar supaya mempunyai gambaran jelas tentang misi melancong sebab melancong bersendirian ni.agak mencabar sedikit pengalamannya tapi sangat menarik.
Untuk menjadikan pengalaman melancong bersendirian lebih best tu aku suggest agar memahami dengan lebih dekat tempat yang kota tujui supaya kita tahu ke mana dan apa yang perlu dilakukan semasa melancong.Dinasihatkan juga supaya menyimpan nombor-nombor telefon penting seperti nombor kecemasan dan nombor kedutaan malaysia di tempat kita melancong kerana jika berlaku apa-apa at least ada nombor yang boleh dihubungi. Selain itu, tips untuk melancong secara bersendirian ni adalah kota bertindak atau bergaya seperti rakyat tempatan kerana if ini memudahkan kita untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan.
Tempat tinggal yang sesuai jika melancong bersendirian ini adalah seperti hostel atau hotel bajet kerana lebih murah dan mudah dan lebih baik menyewa di hostel kerana jika menginap di hostel maybe kita akan mendapat lebih ramai kenalan dari negara atau tempat lain kerana kebanyakkan lone ranger tourist ni lebih suka menginap di hostel. Barang-barang yang peelu dibawa pula tidak pwrlu terlalu banyak dan lebih baik membawa backpack sahaja untuk pergi melancong. Disebabkan melancong sendirian ni kadang-kadang boleh menarik perhatian penjenayah maybe disebabkan as lone ranger kita dianggap fragile so dinasihatkn agar lebih berhati-hati dan bergaul dengan penduduk tempatan agar tidk kekok dan berasa lebih selamat.

Sunday, August 31, 2014

Malaysia...di sini lahirnya sebuah cinta...Selamat Hari Kemerdekaan ke 57

Dah lama tak update kan....so untuk itu aku nk ucapkan selamat hari kemerdekaan Malaysia yg ke 57 tahun...diharap Malaysia terus makmur dan sejahtera...berbeza pendapat dan ideologi itu biasa tetapi diharap rakyat Malaysia lebih matang menanganinya kerana kita semua adalah rakyat Malaysia...bak kata susan lankester "orang biru ke...orang coklat ke...orang putih ke kita kan rakyat Malaysia"