PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Maklumat lanjut layari:
http://www.jobdirumah.com/corax82
Friday, November 30, 2012
Sunday, November 04, 2012
Koleksi terbaru H&M...Maison Martin Margiela
Maison Martin Margiela...punyalah panjang nama sampai tergeliat lidah melayu aku ni nak sebut.....mesti u all semua tertanyakan apa benda la Maison Martin Margiela tu kan....nama orang ke? tapi apa kaitannya dengan H&M? mesti u all tertanya-tanyakan apa benda tu...Actually Maison Martin Margiela ni adalah nama label pakaian yang berasal dari Belgium tapi bertapak di kota Paris. Jenama fesyen ini merupakan jenama fesyen berasaskan konsep "Avant-Garde" ...Apa benda plak avant-garde tu...yang tu u all buka wikipedia or kamus ke cari sendiri la kan....Anyway apa yang cuba aku sampaikan kat sini adalah jenama ini akan berkerjasama dengan jenama terkenal H&M untuk menghasilkan koleksi terbaru yang akan dijual di gedung-gedung H&M...disebabkan aku ni memang suka jenama H&M ni so memang agak mengujakan kerana H&M sekali lagi akan berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal untuk dijual di H&M dan pada harga yang berpatutan. So kepada semua yang mengaku fashionista tu inilah waktunya untuk berfesyen lagi kali ini dengan mencuba koleksi-koleksi terbaru dari H&M dan Maison Martin Margiela ini sebab rasanya jenama Maison Martin Margiela ini belum ada butik di Malaysia rasanya dan harga yang dijual bersama H&M ini tidaklah terlalu mahal walaupun beratus-ratus harganya tapi masih ok sebab kalau nak harapkan beli jenama ini kat butiknya sendiri confirm harganya beribu-ribu kan so inilah masanya bergaya dengan harga bawah rm1k untuk jenama mahal seperti Maison Martin Margiela. Koleksi terbaru H&M ini akan didapati untuk lelaki dan wanita dan akan mula dijual mulai 15 November ini, jadi mark kalendar anda semua pada tarikh ini dan kita serbu H&M ramai-ramai. Di sini juga aku letakkan beberapa keping gambar koleksi H&M dan Maison Martin Margiela ini dan supaya bila u all tengok nanti bolehlah u all berkira-kira nak serbu H&M pada 15 November ini nanti (abaikan harga yang tertera pada gambar tu sebab gambar-gambar ni aku ambil dari internet...hehehehee)
Thursday, November 01, 2012
Masterchef Malaysia Musim Kedua yang penuh ngan drama...
Kepada sesiapa yang menonton dan menyukai Masterchef Malaysia sila angkat kaki atau tangan anda atau apa sahaja yang boleh diangkat ....hahaha...ok just joke je...anyway actually aku memang suka sangat menonton masterchef malaysia ni since dari musim pertama lagi ( yahooo dr ezani yang menang masa tu) dan ke musim kedua...masterchef selebriti aku just kadang-kadang tengok kadan-kadang tak...tapi masterchef selebriti suka tengok gelagat Azwan Ali...walau mulut laser tapi menghiburkan...(matilah aku kena baling ngan kasut oleh Azwan Ali haters...tapi ada aku kesahhh? bak kata Azwan Ali...hehehhee) . Memang menghiburkan tengok bila peserta-peserta masterchef ni bertungkus -lumus menyediakan hidangan masing-masing dan bertungkus-lumus supaya masing-masing terus kekal...pergh macam iklan masterchef pulak...anyway masterchef musim kedua ni mula-mula aku malas sangat nak layan sebab ramai sangat peserta yang buatkan aku menyampah macam atikah dan dean tu. Tapi since atikah tu dah terkeluar dan dean tu dah tak poyo sangat so aku pun rasa nak layan masterchef musim kedua ni semula. Kalau nak dibandingkan dengan musim pertama serius memang aku lebih suka musim pertama sebab kebanyakkan peserta agak pandai masak dan agak cantik platting mereka tapi musim kedua ni lebih banyak drama kan kalau ramai perasan la contoh macam sapa lagi kalau bukan che lah. Walaupun che lah ni suka berdrama bagai tapi aku suka dia ada dalam masterchef musim kedua ni sebab kalau che lah takde macam suram la pulak masterchef musim kedua ni.
Kalau musim pertama dulu aku memang beriya la nak tengok sampai record la masa guna PVR astro tu (tq astro sebab memperkenalkan PVR kat malaysia, kalau takde PVR tu matilah tak dapat nak rekod cerita-cerita yang meletop) tapi untuk musim kedua ni macam malas nak rakam sebab rasa kalau tertinggal tengok pun masih tak rasa ralat lagi...sebab apa sebab masterchef musim kedua ni banyak sangat drama sampai menyampah aku nak tengok. Tapi la ni aku dah mula tengok semula lepas muka-muka yang aku menyampah dah keluar macam atikah dan joharis. Yelah bukan apa macam si atikah tu menyampahnyer aaku tengok macam bagus je bila cakap tapi padahal minggu-minggu awal dah terkeluar, apa cer? kalau aku macam tu dah malu sangat dah buat perangai macam tu sebab ramai yang nonton dan tahu perangai buruk kita kat luar...(tapi atikah ni jenis tak tahu malu kot) Apa pun bagi aku untuk musim kedua ni aku harap Nina atau Izyan yang akan menjuarai kali ini sebab bagi aku mereka berdua ni aja yang best lagi-lagi Nina yang agak jarang masuk pusingan penyingkiran. Adakah anda masih meminati atau menyampah terus dah nak nonton masterchef musim kedua ni?
Friday, October 26, 2012
Salam Aidiladha dan selamat mengerjakan Haji 1433H
Hari ni semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari yang amat mulia iaitu sambutan Aidiladha di mana namanya berbeza-beza di seluruh dunia seperti kalau di Malaysia selalu kita panggil Hari Raya korban atau Hari Raya Haji, ada yang memanggil sebagai Iduladha, kalau di negara arab di kenali sebagai Eid Ul Adha dan pelbagai lagi nama namun apa yang penting adalah betapa pentingnya kita meraikan Aidiladha ini. Aidiladha akan disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya Nabi Ismail a.s dan semestinya kita telah mempelajari tentang peristiwa penting ini sejal dari kecil lagi dan ianya disambut setiap tahun pada 10 Zulhijjah kalendar hijrah. Aidiladha amat penting kerana pada masa inilah himpunan terbesar umat Islam di seluruh dunia akan berlaku iaitu menunaikan rukun Islam kelima iaitu fardhu Haji, di mana pada masa inilah seluruh umat Islam yang mampu akan berkumpul di kota Mekah untuk bersama-sama mengerjakan ibadah yang amat suci ini. Seluruh umat Islam akan berkumpul tidak kira bangsa dan darjat mereka bersama-sama bermula dengan Wukuf di Arafah. Pada masa inilah semua yang mengerjakan Haji akan memakai pakaian yang sama iaitu ihram berkumpul di bawah matahari yang terik dan ketika inilah mereka akan sama-sama berdoa dan berzikir memuji Allah SWT bersama-sama, begitu indah keadaannya ketika itu dan signifikannya adalah supaya umat Islam dapat merasai bagaimana suasana di padang masyhar nanti, dan selepas itu mereka akan melakukan beberapa ibadah lagi seperti melontar jamrah, saei haji, tawaf haji dan bercukur sehingga tamat ibadah haji mereka yang akan berterusan sehingga 13 Zulhijjah. Umat Islam lain yang tidak dapat menunaikan fardhu haji pula akan meraikan Aidiladha di tempat masing-masing dengan bermula solat sunat Aidiladha dan kemuncaknya melakukan ibadah korban seperti korban lembu, kambing, kibas atau unta. Semoga Aidiladadha tahun ini akan menambahkan keimanan kita kepada Allah SWT dengan lebih mendalam lagi dan terus mengingati Rasulullah SAW setiap masa. Ambillah iktibar dari peristiwa korban ini sebagai satu pengajaran yang amat berguna, jika kita taat akan perintah Allah SWT nescaya Allah SWT pasti akan membalas kita dengan pelbagai nikmat dan kurniaan dari-Nya.
Sunday, October 21, 2012
GLAM Lelaki....kini muncul sebulan sekali
Yeah kepada semua lelaki yang berada di luar sana yang sentiasa mengikuti perkembangan majalah GLAM Lelaki pasti sudah mengetahui majalah ini telah pun diterbitkan sebulan sekali berbanding sebelum ini 2 bulan sekali. Jika sebelum ini majalah ini pernah diterbitkan 3 bulan sekali, nah sekarang tidak perlu lagi kerana majalah ini telah menjadi majalah bulanan sejak keluaran September 2012 yang lalu. Apa yang menarik tentang majalah ini adalah isu yang dipaparkan agak menarik dan mengikut trend semasa dan kupasan setiap isu itu agak menaraik terutama berkaitan fesyen dan dunia kaum lelaki. Iyelah selalu asyik majalah tentang kaum wanita sahaja kan. So kepada sesiapa yang belum pernah membaca majalah ini silalah pergi ke kedai berdekatan dan membeli majalah ini dan kepada masih bersekolah jika mahu membaca majalah ini tidak ada masalah tapi menabunglah untuk membeli majalah ini setiap bulan...hehehee...gurau aje...majalah ini sesuai untuk dewasa sahaja....so, beli jangan tak beli dan baca jangan tak baca. p/s : bulan ini frontpage wajah Aaron Aziz so kepada kaum wanita yang fanatik gila ngan AA boleh juga membeli majalah ini...( promote majalah ni nampak )...hehehe
Monday, October 01, 2012
H&M...available in KL now...
To all shopaholics dan fashionista mesti korang dah tau kan H&M dah buka kat KL since 22 september lepas....ayyo lambat plak aku update kat sini kan...kalau pada yang tak tahu lagi tu H&M ni dah buka kat Lot 10 Bukit Bintang...haa apa lagi mau ditunggu...mari shopping sampai pengsan kat H&M nie. Actually, H&M ni jenama pakaian no 2 paling popular kat dunia jah....lepas tu harga baju-baju kat sini memang reasonable dan memuaskan hati sangat-sangat...dulu kalau nak shopping H&M ni terpaksa la pergi Singapore tu pun kat Singapore baru buka tahun lepas, kalau tak merasa gak nak pakai baju jenama H&M nie....tapi since dah buka kat KL ni tak payah susah-susah lagi nak ke sana untuk shopping H&M nie...(jimat duit tambang aku nak ke singapore kan) . Apa yang membuatkan H&M ni popular sebab harga yang agak murah berbanding jenama lain yang setanding dengannya macam ZARA, topman or topshop, GAP atau Levi's....bayangkan aku boleh dapat baju plain yang sama macam kat GAP or ZARA pada harga rm19.90 je jah oooiii....(tapi kalau aku orang singapore aku lagi untung sebab orang singapore harga $7.90 je...nanges aku kalo macam nie ) ..So aku memang suggest korang kalau nak shopping sakan baju or seluar korang shopping kat H&M nie...memang menaraik dari segi design...satu lagi setiap tahun H&M ni akan collaborate dengan pereka-pereka dan jenama terkenal dunia untuk menghasilkan koleksi tertentu...antara jenama yang pernah collaborate dengan H&M ni macam Karl Lagerfeld, Versace, Madonna, Lanvin dan yang tebaru bersama Anna Dello Russo dan koleksi mereka ini dijual pada harga yang agak berpatutan dan boleh dibeli...yelah nak beli baju versace ko mahal nak mapus so yang mampu H&M designed for Versace...ha baru boleh berlagak kan...hahhhaa...so mari kita serbu H&M...psstt...3 oktober ni mari serbu Setia Alam Mall sebab branch kedua H&M kat Malaysia akan dibuka di sana...abis lagi duit aku lagi nampaknya....
instagram....my new addiction
Lama tul aku tak update blog aku nie...biasalah raya kan so aku pun terlebih raya sibuk ngan open house bagai....anyway aku nak kongsi satu benda yang amat aku addict lately nie iaitu bermain "instagram" ....kalau sesapa yang ada smartphone tu mesti tau punyalah apa tu instagram nie. So sebab aku pun dah guna smartphone ni xdelah jakun sangat aku kan so aku pun install gak instagram ni. Kalau korang nak tau best ada instagram nie macam2 gambar boleh kita upload kat sini dan pelbagai gaya gambar boleh di 'edit' kat sini...so tak payah la korang guna adobe photoshop lagi kan....kan senang tue...aku sekarang nie asik upload macam2 gambar kat instagram nie sebab senang lepas edit je guna instagram ni dah boleh update kat facebook or twitter...senang kan? ramai selebriti kat dunia ni yang sekarang guna instagram ni untuk update gambar-gambar dierorang, so peminat2 selebriti ni leh la tau pe yang selebriti faveret dier orang ni dah buat...so kepada korang yang kat luar tu kalau belum install instagram kat smartphone korang tu install la sekarang...kalo tak pekejadahnya ada smartphone tapi tak smart pun nanti jadi semak plak...hehehe...jangan marah, aku gurau je tu....so anyway kat sini aku nak kongsi beberapa keping gambar yang aku dah edit guna instagram...so enjoy...
Sunday, August 19, 2012
Salam Aidilfitri Dari Saya Untuk Semua....
Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam tidak kira dimana anda berada....oleh itu korang dengar dan tontonlah video ucapan raya aku yang amat poyos ni...korang ingat PM je leh wat ucapan raya...aku pun boley tau...so aku memohon maaf atas segala dosa dan silap serta kata cacian...oppsss....maaf zahir dan batin
Sunday, August 05, 2012
Nuzul Al-Quran....malam turunnya kitab suci Al-Quran
Malam ini merupakan malam nuzul Quran di mana pada lbh kurang 1400 tahun yang lalu Rasulullah SAW telah menerima wahyu yang pertama daripada Allah SWT melalui malaikat Jibrail...bayangkan pada malam itu wahyu pertama Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW untuk didakwahkan kepada umat Islam adalah perkataan "Iqra" atau bermaksud "Bacalah"....begitu indah wahyu dari Allah SWT kepada umatNya yang mahukan umatNya sentiasa mencari ilmu....Maka pada malam itu, Rasulullah SAW yang amat kita sayang secara tidak langsung telah dilantik menjadi Rasul terakhir walaupun baginda tidak mengetahui pada awalnya sehinggalah turunnya wahyu seterusnya dan setelah diberitahu oleh Waraqah b Naufal akan tanda-tanda keRasulan baginda...apa yang ingin saya tekan disini adalah untuk mengajak semua umat Islam amnya untuk sentiasa mencari ilmu yang berguna supaya dapat menjadi petunjuk kepada diri kita di dalam menghadapi dunia hari ini. Begitulah Allah SWT begitu amat mahu umatNya sentiasa mencari ilmu sehingga wahyu pertama diturunkan kepada umat Islam adalah berkaitan ilmu. Bak kata Rasulullah SAW " mencari ilmu biarlah sehingga ke negara China " ....begitu mendalam akan maksud Baginda itu....jadi sempena sambutan Nuzul Al Quran ini di samping kita membanyakkan bacaan kitab suci ini kita juga harus mencari ilmu yang banyak terdapat di dalam kitab suci ini...moga menjadi pedoman yang amat berguna....
Wednesday, July 25, 2012
Singapore 2012 - Part 3 ( Sentosa Island )
Dah masuk part 3 dah untuk entry aku ke Singapore tahun nie....so part yang ni aku nak citer pasal Sentosa Island yang terletak nun juah ke belakang pulau singapore nie...bukan jauh sgt pun sbb nek MRT tup...tup jah dah sampai ko....kalo nak ke sini korang just naik MRT line purple (East-West line) sampai lah stesen harbour front lepas tu korang just naik monorel plak yang terletak di vivo city kat tingkat 3...nah ko jah dah tiba pun ko ke pulau yang korang idam-idamkan sangat nak pergi tu kan....So kalau korang nak pergi ke Universal Studio just step down kat stesen monorel waterfront....After that korang just jalan la dengan bangganyer ke Universal Studio tue yang terletak kat kawasan Resort World Sentosa...kelazzz ko jah....kalo korang tiba kat depan pintu masuk Universal Studio nie ada landmark terkenalnyer iaitu globe gergasi yang bertulis "UNIVERSAL" so confirm korang berada di jalan yang benar...kalo korang nampak tulisan UNILEVER tu maksudnya korang berada di jalan yang salah la tu (padahal xde tempat nama unilever pun kat Singapore tue)....kat depan tu jadi tempat wajib kalau orang nak bergambar walaupun pada hakikatnyer korang tak masuk pun universal studio tue kan...so posing2 macam model la kitaorang kat depan globe tue....anyway kitaorang tak masuk dalam tu sebab plan nak gi sana dalam bulan 9 nanti....lagipun aku dah 3 kali masuk kat Universal Studio tu...so aku tak heran sangatlah nak masuk situ....so korang mampu nak masuk sampai 3 kali? mesti tak kan....hahahahahaha....bangga nie...hahahhaaha...x habis bangga lagi nie....oppsss....
So aku nak citer sket kat dalam tu kalau korang nak masuk silakan beli tiket awal2 yek jangan ko pukul 12 tghhari korang nak gi beli tiket...confirm korang takkan dapat tiketnyer...sebab apa? sebab tiket yang dikeluarkan sehari terhad yek. o kat dalam tue korang kalo nak masuk aku advice masuk seawal pintu dibuka dan keluar selewat pintu nak tutup sebab baru best kalau korang masuk seharian kat sana. Kat dalam tu ada macam2 permainan korang bole main...pastu leh ada sessi mengejar watak2 kartun...walaupun dah 3 kali masuk aku tetap akan mengejar kartun2 tu untuk bergambar...yelah masa kecik dulu xde mende2 nie suma kan....after dah penat korang bolehla shopping goodies kat dalam store dier...mcm2 ada best u'olls....pastu ada restoren halal kat dalam universal studio nie just korang kena tau la yang mana satu halal. After dah posing2 ala2 model kat area pintu masuk universal studio tu kitaorang pun posing2 la jap kat depan hard rock cafe tu plak...sakan posing2 walaupun tak mampu nak masuk makan kat dalam tu kan sebab tak halal k bukan sebab len...hehehe ( tapi aku mampu beli kat dalam tu tau...hehehe)
Korang kalo ke sentosa nie leh gak gi ke area monorel beach station sebab kat sini plak pun ada macam2 yang menarik....kat sini ada pantai leh mandi atau namanya siloso beach...so korang akan nampak la mat salleh ngan minah salleh yang berbaring tepi pantai tue...aku pelik tul kat pantai mcm nie pun jadi nak berbaring n mandi sakan....masa hari tue kitaorang gi kitaorang decide nak main luge ngan naik skyride...memang best sebab aku dapat tiket free...hahahhaha...ada tetb orang philipines tue bagi aku tiket free sebab dier nak balik dah so tak sempat nak main lagi...hahahahah jgn jeles yek korang...yang lain dipersilakan beli tiket sendiri...si hafiez tak nak join main mende nie sebab hari tue kitaorang berdua dah main mendi nie tapi aku biasalah mana pernah puas kan....hahhaa..sebelum naik luge tue korang kena naik skyride dulu yakni ala2 cabel car tapi open u oll xde pintu2...walaupun tak tggi sangat tapi tetap mendebarkan jantung ku ini...bila dah tiba kat stesen luge tu korang kenalah beratur ya amat panjang sebab nak dengar explanation dari orang tu tentang cara nak guna luge nie...luge senang je korang just guna handle untuk control samada nak break tau jalan...senang kan? budak umur 3 tahun pun leh main..kalo korang yang dah tua bangka nie pun tak reti jugak aku rasa bek korang gi gali tanah pastu kambus muka korang tu....huhuhuu...so kitaorang pun main la luge tue sampai kat penamat walaupun tak puas sgt...actually banyak lagi citer pasal sentosa nie tapi byk sgt so korang gi la sendiri tengok mcm mana kan...hehehhe.....sebab penat nak menaip dah....so pepe memang enjoy kalau ke sana k....
Korang kalo ke sentosa nie leh gak gi ke area monorel beach station sebab kat sini plak pun ada macam2 yang menarik....kat sini ada pantai leh mandi atau namanya siloso beach...so korang akan nampak la mat salleh ngan minah salleh yang berbaring tepi pantai tue...aku pelik tul kat pantai mcm nie pun jadi nak berbaring n mandi sakan....masa hari tue kitaorang gi kitaorang decide nak main luge ngan naik skyride...memang best sebab aku dapat tiket free...hahahhaha...ada tetb orang philipines tue bagi aku tiket free sebab dier nak balik dah so tak sempat nak main lagi...hahahahah jgn jeles yek korang...yang lain dipersilakan beli tiket sendiri...si hafiez tak nak join main mende nie sebab hari tue kitaorang berdua dah main mendi nie tapi aku biasalah mana pernah puas kan....hahhaa..sebelum naik luge tue korang kena naik skyride dulu yakni ala2 cabel car tapi open u oll xde pintu2...walaupun tak tggi sangat tapi tetap mendebarkan jantung ku ini...bila dah tiba kat stesen luge tu korang kenalah beratur ya amat panjang sebab nak dengar explanation dari orang tu tentang cara nak guna luge nie...luge senang je korang just guna handle untuk control samada nak break tau jalan...senang kan? budak umur 3 tahun pun leh main..kalo korang yang dah tua bangka nie pun tak reti jugak aku rasa bek korang gi gali tanah pastu kambus muka korang tu....huhuhuu...so kitaorang pun main la luge tue sampai kat penamat walaupun tak puas sgt...actually banyak lagi citer pasal sentosa nie tapi byk sgt so korang gi la sendiri tengok mcm mana kan...hehehhe.....sebab penat nak menaip dah....so pepe memang enjoy kalau ke sana k....
Subscribe to:
Posts (Atom)















