Sunday, April 27, 2014

VCR cafe - kuala lumpur

Ok korang pernah tak dengar cafe VCR ni? Ni bukan vcr yang perakam video tu ok tapi sebuah cafe baru yang sesuai untuk lepak-lepak sambil minum coffee, maybe kalau yang jenis suka coffeehunting dah oernah dengar atau pernah lepak kat sini.Anyway, aku pun ada dengar tentang tempat ni and beberapa bulan lepas before aku g europe aku pun nak try tempat ni best ke tak so aku pun ajak sorang member aku ni yang agak suka coffee lepak kat sini. Kalau korang nak tahu VCR ni terletak kat belakang IPD kuala lumpur tak jauh dari bukit bintang so kalau yang pakar area kl maybe tak sukar nak mencari cafe ni. Apa yang unik cafe ni ialah maybe pada lokasi yang terletak pada deretan kedai lama yang diubahsuai dan suaipadan dalaman cafe ini yang bagi aku agak menarik dan sedikit urban + art + santai. Aku macam biasa kalau minum coffee mesti nak yang latte and coffee kat sini not bad dan memang sesuai jadi tempat lepak untuk golongan muda mudi dan lokasinya pun sangat ok so maybe korang boleh try lepak sambil minum coffee kat sini sambil cuci-cuci mata.

Saturday, April 19, 2014

Bruschetta oh bruscheta

La ni nak kabor kan cheq pun leh jadi chef lepas ni bukan pe sekarang cheq pun dah boleh masak beberapa jenis makanan walaupun agak western makanan cheq itu. Beberapa hari lepas tiba-tiba datang angin rajin aku nak buat bruschetta padahal before ni tak pernah buat pun...ala bukan susah pun just guna roti perancis atau lebih popular lagi dengan nama baguetta yang telag dipotong-potong. Korang just tabur je tomato yag telah dipotong dan daging hancur yang telah digoreng kat atas baguetta tu dan kalau nak sedap lagi taburkan cheese skali dan nah siap dah bruschetta korang...senang kan? Actually ada byk jns bruschetta terpulang pada korang nak letak bahan apa yang penting memenuhi selera korang...selamat memcuba!

Wednesday, April 09, 2014

Fadzly at Europe part 3 - Paris

Now time untuk update blog aku ni yang memang dah bersawang macam sarang labah-labah ni and aku nak sambung tentang perjalanan aku ke europe awal tahun lepas. After kota London aku pun move ke Paris pulak sebab ni salah satu kota yang memang ramai impian untuk berada di sana dan peluang ni memang aku tak boleh lepaskan so after menaiki tren laju dari stesen King Cross St Pancras International (di sinilah stesen keretapi femes dalam siri Harry Potter tu) selama 2 jam maka tibalah aku ke kota Paris dan perkara pertama aku lakukan ialah menjerit sepuas-puasnya sebab akhirnya jejak gak kaki aku kat tanah perancis ni...akunyer jerit tu sampai orang sekitar dok tengok aku...ingat aku gila agaknya.... hehehe memang macam orang kampung kan...biasa la tu macam korang tak buat macam tu kan. Tren dari London akan berhenti di stesen Gare Du Nord atau bahasa yang korang boleh faham ialah Terminal Utara...kat area sini ada beberapa restoran halal dan sebab aku lapar sangat so aku ngan member aku pun stop untuk makan dulu di sebuah restoran kebab yang terletak betul-betul kat depan Gare Du Nord ni dan seperti biasa kebab kat sini memang besar u olls...memang tak abis la aku makan siap boleh tapau makan kt hotel lagi bakinya. After dah kenyang aku dengan member aku ni pun carilah stesen subway yang terletak kat sebelah restoran ni je, masa nak beli tiket subway tu punyalah kalut mana taknya tak faham aku camna caranya nak beli tiket subway kt paris ni dahlah bahasanya bahasa perancis memang haram jadahlah aku nak faham kan so kami pun decide beli kat kaunter tiket dan macam biasa masa nak beli tiket dah macam ayam dengan itik bercakap sebab dua-dua cakap bahasa yang lain...aku cakap english minah ni jawab dalam bahasa french...dahlah aku ni buta bahasa sikit maka guna isyarat jelah...aku pun tunjuk nak beli tiket untuk 2 hari...minah ni pun suh aku bayar dalam 16 euro untuk tiket 2 hari, nasib baik ok. Kalau korang nak tahu subwaybkat paris ni unik sikit korang hanya perlu touch tiket masa nk masuk je pastu bila nak keluar just ikur je pintu keluar tu tak payah nak touch sekali lagi bagai dan tren subway pun unik gak sebab kalau nak keluar kena telan pemegang pintu tren barulah boleh buka pintu tu...mula-mula tu memang jakun sat aku sebab kelakar pun ada unik pun ada.Masa kat Paris aku menginap kat hotel area St Dennis-Strousbourg yang mana tak jauh dari stesen subway hotelnya, hotel-hotel bajet kat Paris ni unik sket sebab lif yang agak kecil dan sukar sikit nak angkut barang-barang sebab seorang je lepas naik lifnya. Lepas letak je semua beg aku dengan kawan aku pun bergegas ke tempat paling ikonik kat Paris ni...the only one Eiffel Tower yang sangat mengagumkan tu dan macam biasa memang asyik bergambar la masa kat situ tapi bila dah tengok Eiffel tower ni depan mata tetiba aku rasa apa yang hebat sangat benda ni sebab kalau dilihat waktu siang macam satu besi buruk yang sangat tinggi dan tiada yang menarik pun dan terus pada fikiran aku not like what i think la benda ni...taman depan Eiffel tower ni pun takdelah cantik sangat pun siap berpagar yang tak berapa nak cantik sangat pun...hehehe tapi rupanya bila malam barulah nampak sangat cantik eiffel tlwer ni dengan.lampu-lampunya...owh rupa-rupanya bila malam barulah cantik benda ni. Lepas balik dari eiffel tower ni kami pun terus ke satu lagi lokasi ikonik di Paris ni iaitu Champs De Elysees di mana di sinilah shopping haven kat paris ni dan kat hujung tempat ni terletaknya pintu gerbang yang sangat terkenal iaitu Arch De Triomphe yang mana terletak di tengah-tengah roundabout yang sangat sibuk. Sempatlah jugak aku shopping kat kedai-kedai yang terletak di champs de elysees ni dan yang penting aku dapat beli sweater yang regenya agak murah kat sini tapi kat kl agak mahal harganya. 

The next day kami teruskan perjalanan kami pagi-pagi ke pompidou centre yang mana merupakan sebuah art centre tapi kami tak masuklah just bergambar je kat depan bangunan ni yang sangat unik dan seterusnya ke Notre Dame Cathedral yang sangat femes di Paris dan kemudian menyusuri Sungai Seine sambil berangan sekejap sampai lah ke Mondu Arabe atau institut arab moden. Seterusnya kami teruskan perjalanan ke sebuah muzium yang sangat terkenal di Paris iaitu Musee Du Lourve atau nama melayunya muzium Lourve yang mana di sinilah tersimpannya lukisan yang sangat terkenal iaitu Mona Lisa, lepas bayar harga tiket dalam 12euro dapatlah aku masuk ke dalam muzium ini dan tentukan aku terus mencari lukisan Mona Lisa ini dan bila masuk je ke dalam bilik galeri Mona Lisa ini memang ramai gila la orang yang ingin melihat secara dekat dan bergambar di hadapan lukisan ini dan aku memang tak sangka la akhirnya dapat lihat depan mata sendiri akan lukisan ini tapi diingatkan lukisan ini di kawal ketat dan disimpan di dalam frame yang kalis peluru dan dikawal pengawal kerana takut lukisan ini dicuri. Lepas dah merayau-rayau sekitar Lourve yang sangatlah besar ini aku dan member aku ni pun merayau-rayau ke kawasan sekitar Paris sementara nak tunggu bas ke Amsterdam pada sebelah malamnya. Sesungguhnya bagi aku Paris memang menakjubkan dan menarik tetapi tidak seperti yang di gambarkan sebelum ini iaitu kota segala kota yang ada sebab bagi aku London lebib menarik berbanding Paris maybe sebab persekitaran Paris yang agak kotor dan imigran yang sangat ramai serta golongan homeless yang boleh dilihat agak ramai di sekitar Paris buatkan aku rasa agak tidak berapa selesa berada di sini. So tunggukan pula next city iaitu Amsterdam dan semasa tiba di Amsterdam berlaku peristiwa yang memeranjatkan aku seketika dan kalau nak tahu apa dia tunggu next entry aku yang seterusnya.

ni kat depan Eiffel Tower...tak cantik pun taman depan tu...hehehe

bergambar di hadapan Arch De Triomphe

Notre Dame Cathedral yang terkenal tu

inilah tempat femes di Paris yang selalu orang bercinta letak kunci tu

akhirnya dapat gak tengok Mona Lisa depan mata....

Di hadapan Musee d' Lourve

suasana di dalam tren subway di Paris

tempat wajib kaki shopping di Paris...Champs de Elysees

Suasana di kota Paris

Tebing sungai Seine

Thursday, March 20, 2014

Keep Pray 4 MH370

It was 13th day after we lost contact with MH370 but until now still no news about what are  really happens to this flight but today some big clue had emerged after australia authority had founded a big object at south of indian ocean thru satellite and maybe link to debris of flight MH370...but we should keep pray and hope all the passengger and crew will be safe wherever the are now....keep pray for them

Sunday, February 16, 2014

Fadzly at Europe part 2 - London


Ok aku rasa dh dekat dua minggu pas balik dari europe aku tak update apa-apa pun kan so nilah time aku nak update after sekian lama jadi aku nak mulakan dengan hari pertama tiba di London atau lebih tepat lagi Heathrow Airport...aku ke sana dengan menaiki pesawat A380 MAS...13 jam dalam pesawat memang perkara yang aku tak boleh blah sebab sakit tulang ponggok aku dalam flight. Setibanya di kota London ni perkara pertama aku cari ialah tiket underground atau orang kat sana panggil sebagai tube sebab inilah pengangkutan utama dan paling mudah kat kota London ni...ok sebagai pelancong aku sarankan korang semua kalau ke sini beli tiket 'osyter' sebab senang dan mudah dan ada diskaun untuk setiap perjalanan jika gunakan kad ini. Underground kat kota London ni memang bagus u olls sebab banyak tempat dihubungkan dengan laluan underground dan ada banyak line dan kalau nak tahu underground di London ni adalah yang pertama di dunia dan berusia 150 tahun u olls! 
Keesokkan harinya tempat pertama aku lawat adalah Kensington Garden dan Istana Kensington yang terletak tak jauh dari hostel aku duduk tu dan boleh jalan kaki sahaja untuk.ke sana. Kalau ada yang tak tahu istana kensington merupakan sebuah kediaman beberapa orang ahli keluarga diraja Britain di mana yang paling popular adalah Puteri Diana dan kini Putera William  juga tinggal di Istana ini. Taman di hadapan istana ini agak menarik dan aku pun teruskan perjalanan ke muzium sejarah asli yang terletak di area south kensington dan aku jalan kaki je ke sana sebab tak jauh sangat di samping dapat cuci mata sekali kan. 
Muzium kat London ni memang menarik sebab banyak koleksi dan kalau nak tahu nak masuk ke muzium di sini kena beratur dahulu sebab sangat ramai macam kat klcc plak suasananya...kalau dibandingkan dengan muzium di malaysia memang sedih la...Pas ke muzium tu aku ke area Istana Buckingham ok aku rasa semua dah tahu kan Istana Buckingham adalah kediaman rasmi pemerintah Britain iaitu kalau sekarang ni Queen Elizabeth ll dan disini selalu diadakan changing the guard iaitu pertukaran pengawal istana...hmmm pertukaran pengawal istana pun meriah ko dengan segala muzik dan pancaragam ada..memang meriah lah


. Di kawasan berhampiran istana ni ada beberapa taman awam seperti Green park dan James Park tapi sebab sekarang ni ngah winter so xdelah aku nak berpiknik kat taman ni kan nanti orang kata gilo ke pe piknik time sejuk-sejuk ni kan. Owh sebelum ke Istana Buckingham actually aku singgah dulu kat Big Ben kalo nak tahu Big Ben tulah menara jam yang femes tu dan terletak tak jauh dengan Eyes of London dan di situlah terletaknya Parliment British dan Westminter Abbey iaitu tempat majlis pengebumian kerabat diraja British diadakan dan berkahwin, so tempat-tempat tu memang tak jauh la antara satu sama lain dan aku rasa kalau nak jimat jalan kaki jelah lagipun tengah winter kan so takdelah rasa berpeluh ke or penat sangat. Penat plak aku menaip so nanti aku sambung lagi plak sebab mengantuk nak tido plak aku...hehehe






Thursday, January 23, 2014

Fadzly at Europe

Berkurun lama aku tak update belog aku ni...anyway sekarang ni aku sedang holiday kt europe kooo...orang kampung masuk europe ko memang jakun....anyway ini adalah 1st time aku sampai sini dan aku pegi sini lak betul-betul masa ngah winter so memang sejuk bangat la. Aku plan untuk pegi 4 buah negara dalam 12 hari so dimulakan ngan kota london di mana perjalanan ke kota london ambil masa lebih kurang 13jam dari kl...kematu kaki aku dalam flight. Setibanya kat kota london aku trus check in kt hostel area hyde park di mana hostel ni terletak tak jauh dari stesen underground bayswater dalam 100 meter je aku rasa. Area hyde park ni kalau korang nak tau terdapat banyak restoran malaysia sebab malaysia hall terletak kt area sini je so memang senang la nak jumpa komuniti malaysia kat sini. Malam pertama tu aku makan kat sebuah restoran milik malaysia namanya Tuk-tuk restoran dimana restoran ini ada status halal tau. Aku order keoy teow kat sini kawan aku pun order sama gak so bila sampai je makanan terkejut aku punya la banyak portionnyer sampai aku rasa leh makan 2 orang. Lepas dah kenyang macam ular sawa kita orang pun balik ke hostel dan teruskan membungkang sebab letih jetlag 13 jam atas flight...nanti aku sambung lagi k pasal explorasi aku kt europe ni....bye

Wednesday, January 01, 2014

Happy New Year 2014!

Selamat tahun baru 2014 kepada semua dan semoga thn baru ini akan menambahkan sukses kepada kita semua walaupun sakit hati ini kan...anyway lama sgt aku x berblogging ni...so this year nak kena selalu update hokeyyy u olls...

Monday, November 25, 2013

Union Jack Socks by H&M

http://dayre.me/fadzlyyasin/AiBhsYJief

Saturday, November 09, 2013

Bangkok Journeys : Madame Tussauds

Ok la ni aku nak citer sikit tentang lawatan aku ke Madame Tussauds Bangkok yang mana ini merupakan kali kedua aku masuk ke tempat di di bandar yang sama iaitu Bangkok. Apa itu Madame Tussauds kalau ada yang bertanya...adakah sebuah butik popular atau sebuah kedai runcit popular milik makcik tussauds ataupun sebuah rumah milik makcik tussauds? Semuanya adalah salah hokey sebab Madame Tussauds ni sebenarnya adalah sebuah muzium patung lilin yang mempamerkan ukiran lilin selebriti dan tokoh-tokoh terkenal dunia seperti Ghandi, Princess Diana, Obama, Julia Roberts, Michael Jackson, Brad Pitt dan ramai lagi kalau nak sebut memang 7 malam baru aku abis taip. Madame Tussauds ni actually juga ada di beberapa bandar lain di dunia seperti London, New York, Hong Kong, Amsterdam dan beberapa lagi dan kebanyakkan mempunyai ukiran patung figura yang hampir sama namun terdapat perbezaan mengikut tempat. Apa yang menarik disini adalah diceritakan sedikit tentang latar belakang figura yang dipamerkan dan paling best kita dapat bergambar sakan ngan patung-patung lilin ini dan buatlah macam-macam aksi yang ada sebab kalau realiti memang takkan lah kan. Anyway kalau ada kesempatan melawat muzium ni memang jangan lepaskan sebab bukan selalu kita dapat masuk ke tempat macam ini kan lagi-lagi dengan harga tiket yang agak mahal tu kan. So menabunglah dari sekarang kalau ada plan untuk ke Bangkok hokey.