Wednesday, October 05, 2016

Old 1000 Indonesia Rupiah

Old 1000 Indonesian Rupiah for RM1,000 https://carousell.com/p/70411688 on #carousell

If u interested n pengumpul duit lama boleh contact saya di 017-2425096 untuk runding harga...for now i sell it for RM1000.

Sunday, August 07, 2016

Burasak-Hidangan Masyarakat Bugis di Malaysia

Dah beberapa kali aku dengar tentang burasak ni, tapi tak pernah lagi merasa samada sedap atau pun tak, so bila ada kawan yang pelawa aku merasa burasak ni aku pun taking chances nak merasa sedap atau pun tak burasak ni. Burasak ni sebenarnya adalah seperti nasi himpit tetapi di masak di dalam daun pisang yang dibungkus seperti lepat pisang. Burasak ini selalunya dihidangkan semasa perayaan seperti Hari Raya dan acara istimewa dan selalunya di makan bersama lauk-lauk seperti asam pedas, kurma daging atau juga boleh dimakan bersama kuah kacang. Rasanya menarik tak seperti nasi himpit atau ketupat biasa kerana terdapat sedikit berbeza kerana hasil rebusan bersama daun pisang, tetapi hasilnya menarik dan lazat untuk dimakan. Jadi, jika mahukan kelainan di Hari Raya, bolehlah mencuba pula burasak pasti anda mau cuba lagi.


Friday, August 05, 2016

Muzium Muzik Malaysia

Pernah tak korang melawat Muzium Muzik Negara? Hah mesti ada yang tercengang sambil mulut terbuka sebab tak pernah pergi or tahu tentang muzium ni kan. If korang tak pernah pergi, actually muzium ni terletak kat area Dataran Merdeka je, betul-betul kat depan Dataran Merdeka bersebelahan dengan KL Gallery. Apa yang menarik kat muzium ni? Ok, muzium ini mempamerkan dan menceritakan tentang muzik dan alatan muzik yang terdapat di negara kita ini, dan mostly alatan yang dipamerkan adalah jenis alatan muzik tradisional di negara kita dan dari perbagai kaum. Jadinya if korang ni buta muzik tradisional or memang minat dengan muzik tradisional di negara kita, inilah tempat yang paling sesuai untuk dilawat. Juga dipamerkan tentang beberapa alatan muzik yang lernah digunakan oleh beberapa tokoh muzik terkenal di negara kita. Muzium ini tidaklah begitu besar tetapi cukuplah jika kita ingin mempelajari tentang muzik tradisional di negara kita seperti muzik tarian dan muzik diraja iaitu nobat. Jadi apa lagi, moh kita ke muzium.
Gambar-gambar adalah daripada ihsan internet



Thursday, August 04, 2016

Friday, May 20, 2016

Wordless - Friday Mode

Kiyomizu-Dera, Kyoto, Japan

Tuesday, May 03, 2016

Kenangan Aku & Majalah Libur

Lama sangat aku tak update blog ni...dekat setahun gak kot since busy kerja nih...btw, aku just nk update tentang edisi akhir majalah libur yang telah menamatkan penerbitan mereka sejak julai tahun lalu di mana apa yang istimewa nya adalah terdapat tulisan aku dalam majalah tersebut...susah payah hantar karangan aku yang panjang lebar tu akhirnya disiarkan di dalam majalah libur walaupun untuk edisi terakhir. Apapun, di harap akan ada kemunculan majalah berbentuk pelancongan di negara ini dan terkini telah diterbitkan majalah backpackerz yang memfokuskan pelancongan secara backpackerz yang kini semakin popular di negara ini. So, lat sini akilusiarlan beberapa gambar dari majalah libur berkaitan artikel aku semasa di Berlin.

Thursday, April 14, 2016

Panduan pengangkutan semasa kembara di Eropah

Jika ke Eropah ada beberapa cara untuk mengelilingi setiap negara atau bandar di sana. Kebanyakkan bandar utama di eropah mempunyai sistem pengangkutan yang sistematik terutamanya sistem metro, mrt atau underground mahupum tube. Di Kota London misalannya, setiap tempat menarik untuk dilawati dihubungi dengan sistem underground yang mudah didapati di sana. Jika ke kota besar seperti London atau Paris mahupun Amsterdam adalah lebih baik membeli tiket harian atau tiket untuk beberapa hari kerana lebih menjimatkan serta mudah untuk bergerak ke sana sini tanpa perlu sentiasa membeli tiket. Jika anda daripada lapangan terbang, kebanyakkan lapangan terbang utama di eropah dihubungkan dengan sistem tren terus untuk ke pusat bandar , tetapi jika anda mendarat di lapangan terbang kedua di sesuatu bandar seperti Gatwick atau Stansted di London di mana sistem tren mungkin sedikit berbeza dan tjdak sekerap di lapangan terbang utama, namun tetap efisien dan mudah untuk ke pusat bandar. Jika inginkan kos yang lebih murah dari lapangan terbamg ke pusat bandar  adalah lebih baik menggunakan underground atau bas jika dari Heathrow Airport. Untuk mendapatkan maklumat lebih mudah tentang sistem pengangkutan di bandar-bandar eropah yang anda ingin lawati lebih mudah dengan mencari maklumat terlebih dahulu di internet supaya lebih mudah apabila tiba di sana.
Jika anda ingin mengelilingi eropah kini juga sangat mudah kerana setiap bandar utama di Eropah kini dihubungkan dengan sistem bas ekspress yang ulang alik di setiap bandar utama Eropah ke destinasi anda ingini dan yang paling popular adalah bas Euroline yang menawarkan tambang bas yang berpatutan dan murah. Pengalaman menaiki bas dalam perjalanan dari Paris ke Amsterdam adalah sangat memuaskan dan lancar tanpa sebarang masalah. Cuma anda perlu mengetahui di manakah letaknya terminal bas supaya anda tidak terkeliru semasa mencari lokasi bas untuk dinaiki. Tambang dari satu bandar ke bandar lain seperti dari London ke Paris adalah murah dan paling mininum jika anda seorang yang memerlukan kadar tambang yang murah dan berpatutan untuk melancong di Eropah.
Setiap bandar di Eropah dihubungkan dengan pelbagai sistem pengangkutan utama termasuk sistem pengankutan udara dimana syarikat penerbangan tambang murah mendominasi kebanyakkan sistem pengangkutan udara di Eropah. Syarikat penerbangan yang popular di sana adalah seperti RyanAir dan EasyJet di mana tambang yang murah dan menjimatkan.
Jika anda inginkan yang lebih mudah dan pantas merentasi bandar utama di Eropah, menaiki tren berkelajuan tinggi adalah merupakan salah satu pilihan yang menarik. Terdapat beberapa syarikat keretapi berkelajuan tinggi di Eropah dan ianya berpangkalan di negara ianya beroperasi. Antara yang popular adalah Eurostar yang menghubungkan London dengan Paris atau Brussels dan TGV yang menghubungkan bandar-bandar di Perancis serta Thalys yang menghubungkan Paris dan Amsterdam.
Jika anda ingin memandu di Eropah pastikan anda mempunyi lesen antarabangsa supaya anda tidak mempunyai masalah di sana jika anda memandu kereta.Kebanyakkan lebuhraya utama di Eropah tidak mempunyai tol dan negara-negara tertentu sahaja yang mempunyai lebuhraya bertol, jadi ini amat memudahkan perjalanan di samping kemudahan sempadan antara negara yang berada di dalam kawasan schengen yang tidak memerlukan pemeriksaan sempadan. Jadi jika anda ke Eropah adalah mudah untuk anda bergerak ke mana sahaja kerana sistem pengangkutan yang mudah dan menjimatkan serta setiap negara dihubungkan melalui sistem pengangkutan yang sistematik dan mudah.
Disini ada beberapa laman web yang bokeh anda jadikan rujukan pengangkutan di Eropah :

https://tfl.gov.uk
www.eurolines.com
www.easyjet.com
www.ryanair.com
www.ratp.fr
www.eurostar.com
www.thalys.com

Monday, October 19, 2015

Panduan Ber'shopping' Di Luar Negara

Membeli-belah atau bershopping merupakan antara aktiviti yang sering dilakukan oleh masyarakat kita ketika melancong ke luar negara terutamanya kaum wanita. Ada juga antara kita yang menjadikan membeli-belah sebagai tujuan utama melancong terutamanya jika melancong di tempat yang terkenal sebagai syurga membeli-belah seperti Ho Chin Minh di Vietnam ataupun Bandung di Indonesia. Tetapi, adakah antara kita benar-benar memahami atau mengambil kira bagaimana untuk memastikan setiap barang yang kita beli itu benar-benar perlu atau sekadar seronok untuk memuaskan hati sahaja terutamanya oleh kaum wanita. Ada beberapa panduan yang boleh diambil-kira jika ingin membeli-belah atau bershopping ketika melancong dan antaranya adalah dengan memastikan waktu kita melancong itu adalah bersamaan dengan musim jualan murah di tempat yang kita ingin pergi melancong itu. Jika ingin melancong ke negara seperti Eropah atau US waktu yang sangat sesuai untuk membeli-belah adalah ketika musim sejuk terutamanya waktu-waktu selepas berakhir krismas sehingga ke bulan januari kerana ketika ini banyak kedai-kedai akan menawarkan potongan harga untuk barang-barang dan paling popular adalah jualan pada 26 Disember iaitu sehari selepas krimas di mana potongan harga yang gila-gila akan dilakukan untuk memastikan semua barang habis terjual. Ataupun, sebagai pelancong kita juga boleh merujuk pada negara yang kita ingi lawati itu bilakah waktu akan berlangsung Great Sale seperti di Singapura yang selalunya menganjurkan jualan Great Sale pada pertengahan tahun. Sebagai panduan, jika ingin membeli barang yang lebih murah adalah lebih baik melancong di negara yang mempunyai nilai duit lebih rendah daripada duit negara kita kerana mungkin kita akan dapat memperohi sesuatu barang dengan harga yang lebih murah yang ada di negara kita.  
Panduan lain yang boleh diambil -kira untuk membeli-belah ketika melancong adalah bagaimana untuk melakukan tawar-menawar untuk mendapatkan harga murah terhadap sesuatu barang yang dikehendaki. Tawar-menawar selalunya dapat dilakukan di tempat-tempat yang menjual barang-barang secara terbuka di pasar-pasar, bazar atau kompleks membeli-belah murah dan jika kita melancong ke Vietnam, Thailand atau ke Indonesia, tawar-menawar harga adalah aktiviti yang perlu dilakukan kerana harga yang diletakkan sebenarnya lebih tinggi dari harga yang kita boleh perolehi jika kita boleh menawarkan harga. Tawar-menawar di Ho Chinh Minh atau di sekitar Chatuchak Market di Bangkok kadang-kadang seronok untuk dilakukan kerana antara pembeli dan penjual masing-masing mahukan harga terbaik. Jadi jika melancong terutama di tempat yang berbentuk market atau bazar adalah sangat perlu untuk tawar-menawar harga kerana sudah pasti sebagai pelancong yang telah banyak menghabiskan duit untuk melancong mahukan barang yang dibeli itu harganya berpatutan dan murah tetapi berkualiti.
Keselamatan merupakan satu perkara yang perlu diambil serius ketika membeli-belah semasa melancong kerana adakalanya ada orang yang akan mengambil kesempatan terhadap kita ketika kita sedang sibuk membeli-belah terutama di kawasan yang terbuka seperti di market atau bazar. Beg duit atau wallet haruslah diletakkan di tempat yang selamat seperti orang lelaki boleh meletakan wallet mereka di kocek hadapan seluar kerana jika diletakkan di kocek belakang kebarangkalian untuk wallet tersebut dicopet adalah sangat tinggi ketika sedang leka melihat barang-barang untuk dibeli semasa melancong kerana pelancong merupakan sasaran mudah bagi para pencopet di negara-negara tertentu. Oleh itu, pastikan keselamatan anda dan wang anda perlu diambil perhatian yang lebih supaya kita dapat melancong dengan senang hati tanpa sebarang masalah melibatkan kes kecurian barang milik kita.
Jika kita ingin membeli-belah barang-barang yang lebih mahal atau 'branded' kita boleh melakukan aktiviti ini ketika melancong jika kita melancong ke negara yang menjual barang-barang mahal dengan harga yang lebih murah daripada negara kita. Sebagai contoh jika melancong ke US adalah dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya dapat membeli beberapa barang jenama yang agak branded kerana harga yang ditawarkan di sana jauh lebih murah daripada yang dijual di negara kita. Jadi, sebagai pelancong kita kita perlulah bijak ketika mahu membeli-belah ketika melancong. Apa yang pasti sebagi pelancong kita mahukan harga yang lebih berpatutan tetapi kualiti barangan yang lebih baik supaya setiap duit yang kita keluarkan adalah lebih berbaloi.

Sunday, October 04, 2015

Pre-Loved Winter Jacket for sale

Ada winter jacket atau dalam bahasa melayu nya jaket musim sejuk untuk dijual yang berjenama Divided by H&M dan berharga RM70...hubungi saya di talian 0172425096 jika berminat..harga termasuk postage dan untuk butiran lebih lanjut ada diposkan dalam blog barang-barang online saya seperti di bawah :

http://mirzlywardrobe.blogspot.com

Jangan tunggu lagi silalah layari dan akan ada lagi wardrobe terpakai yang akan saya jual...tunggu...

Thursday, September 10, 2015

Osaka & Kyoto Tour 2015

Hi everybodyyyy...long time in hiatus kan...ok anyway lama sangat ni tak update blog memang bersawang abis ni, ok saya nak update tentang journey saya ke Osaka dan Kyoto pada sebelum hari kebangsaan yang lalu di mana kali ini saya telah pergi dalam rombongan cik kiah sebab kali ni ramai sket la dalam 5 orang je pun (layak ke nak dipanggil rombongan cik kiah). Ok, setibanya kami ke Osaka di mana untuk ke Osaka kita perlu menaiki penerbangan dan kapal terbang akan mendarat di Kansai International Airport di mana airport ini terletak agak jauh dari pusat bandar Osaka. Untuk pengetahuan anda airport ini dibina di atas tanah tambak yang terletak di atas laut dan untuk ke pusat bandar Osaka kita perlu menaiki tren di mana terdapat beberapa jenis tren yang menuju ke osaka. Ada tren ekspress yang terus ke pusat bandar Osaka dan berhenti di Umeda station atau Osaka shin Station dan ada juga tren yang boleh terus ke kyobashi station. Untuk kami telah memilih tren JR rapid kansai kerana kami peelu turun di stesen kyobashi dan tren ini mengambil masa lebib kurang 80minit untuk tiba di stesen kyobashi..memang agak lama kan. Terdapat juga tren nankai express yang turun di osaka atau umeda station di mana dari kansai juga anda boleh menaiki tren untuk terus ke kyoto atau wakayama.

Apa yang menarik kat Osaka ni? Ok untuk pengetahuan anda semua osaka ni terkenal sebagai pusat perdagangan dan perniagaan di Jepun dan di sini terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dilawati dan semestinya kulinari dan tempat liburan antara perlu anda cuba semasa di sini. Antara kulinari yang membuatkan Osaka terkenal adalah "takoyaki" iaitu sejenis makanan berbentuk bulat dan terdapat inti sotong, udang atau belut yang mana di Malaysia juga agak terkenal danidah didapati pasa masa kini. Kepopularan takoyaki ini sehingga terdapat sebuah lorong panjang berhampiran Dotonbori yang menjual pelbagai jenis takoyaki. Jika ke Osaka adalah tidak puas jika tidak ke Univesal Studio Japan yang merupakan tarikan utama di Osaka dan taman tema ini adalah antara taman tema yang paling ramai pengunjung di dunia. Apa yang menaruk di sini adalah terdapat mini Harry Potter yang telah dibuka pada tahun 2014. Saya tidak sempat masuk ke dalam Universal Studio ini tapi hanya sempat berada di sekitar hadapan taman tema ini kerana bergegas untuk ke Kyoto. Jika anda sukakan shopping terutamanya kaum wanita, di Osaka terdapat kawasan shopping antara yang terpanjang di dunia di mana konsepnya macam petaling street tetapi terdapat banyak kedai dari yang murah hingga ke yang berjenama terdapat di sini. Kawasan ini dinamakan sebagai Shinshaibashi-dori dan kawasan ini terletak berhampiran dengan Dotonbori yang terkenal  dengan Terusan kecil yang dikiri kanannya penuh dengan lampu-lampu neon. Di Dotonbori ini juga terkenal dengan "Glico Man" yang telah menjadi ikon utama di sini. Jika anda ingin memenuhkan lawatan anda di Osaka dengan ke tempat sejarah anda boleh ke Osaka Castle yang telah menjadi latar Osaka sejak lama dahulu dan antara tempat wajib lawat jika ke Osaka. Osaka Castle ini boleh akses dengan mudah melalui tren yang terdapat berhampiran kawasan ini. Castle ini telah dibina sejak lebih dari 400 tahun dahulu namun telah dimusnahkan oleh perang tetapi telah dibina semula semasa tahun 1930an. Sejarah Osaka dan bangunan ini ada dipaprkan di dalam bangunan ini dan untuk masuk ke dalam Osaka Castle anda perlu membayar sebanyak ¥600 dan di kawasan ini terdapat kedai cenderamata jika anda ingin mendapatkan cenderamata Osaka pada harga yang murah dan berpatutan.

Lawatan seterusnya adalah ke Kyoto yang terletak lebih kurang 50km dari Osaka. Untuk ke Kyoto anda boleh menaiki tren laju atau tren biasa yang dikendalikan oleh JReast atau Keihan, kami telah memilih untuk menaiki Keihan yang boleh diakses dari stesen Kyobashi dan jika anda ingin menaiki JReast anda boleh menaiki dari stesen umeda/osaka. Tambang tren untuk kyoto dari stesen kyobashi adalah sebanyak ¥400 sahaja. Apa yang menarik di Kyoto adalah tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat di sini kerana Kyoto merupakan bekas ibu negara Jepun selama hampir 1000 tahun sebelum dipindahkan ke Tokyo oleh Maharaja Meiji. Di sini terdapat banyak kuil-kuil lama dan istana lama maharaja jepun yang pastinya menjadi perhatian para pelancong antaranya Nijo Castle, Imperial Palace Kyoto, Kiyomizu dera, Fushimi Inari Taisho, Kinkakuji dan pelbagai lagi yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Antara tempat yang sempat kami lawat semasa di Kyoto adalah Kiyomizu-dera yang terletak di kawasan berbukit yang agak jauh dari stesen subway atau tren di Kyoto. Kami telah membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja dari stesen shinjo kerana untuk menikmati permandangan kota Kyoto dengan lebih dekat Tidak jauh dari stesen shinjo ini terletak daerah Gion yang amat terkenal dengan maiko atau Geisha yang merupakan nadi kota Kyoto, malangnya kami tidak dapat melihat menyaksikan maiko atau geisha ini kerana mereka hanya akan mula keluar pada waktu petang sehaja. Dari kawasan Gion ini kami melewati jalan-jalan sekitar Kyoto dalam 30 minit untuk tiba di kaki bukit kuil kiyomizu-dera ini. Untuk ke kuil ini pula kami perlu untuk mendaki bukit dalam lebih kurang hampir 1km, tetapi setiba hampirnya dengan kuil ini terdapat banyak gerai-gerai cenderamata yang menjual pelbagai barang yang bileh dibawa pulang oleh pelancong, jadi perjalanan akan menjadi sedikit lambat kerana kami akan meninjau dan melihat-lihat cenderamata yang ada dijual di sini. Untuk masuk ke kawasan kuil ini anda perlu membayar dalam ¥300 dan apa yang membuatkan kuil ini istimewa adalah kerana kuil ini dibina di kawasan bukit dan dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Seusainya kami turun dari kuil ini kami menuju pula ke nishiki market yang terletak tidak jauh dari stesen shinjo. Market ini jga dikenali sebagai kyoto kitchen kerana terdapat pelbagai barang makanan dari yang basah ke kering dijual disini. Selepas menikmati makanan halal di sekitar kyoto kami menikmati pemandangan sungai yang amat bersih dan jernih yang menjadi nadi penduduk Kyoto ini.

Di Osaka dan Kyoto terdapat beberapa restoran halal yang boleh anda dapati dan antara yangbtelah sempat kami jengah dan singgah adalah restoran Muqam dan Ali yang terdapat di kawasan shinshaibashi dan kedua restoran ini amat direcommended oleh kami kerana juadahnya berkonsepkan timur tengah dan cina muslim yang jarang kita dapatibdi malaysia. Di kansai airport juga terdapat restoran halal yang mendapat status halal dari pihak berkuasa malaysia dan restoran ini menjual pelbagai makanan berasaskan makanan jepun seperti mee soba, ramen dan tempura. Osakan dan Kyoto boleh dikategorikan antara bandar unik yang perlu anda lawati jika ke jepun kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri di sini yang pasti akan memikat anda untuk kembali ke sini dan jepun secara amnya. Jadi apa lagi yang anda tunggu, jom kita ke Jepun!

sebantang jalan di sekitar Honmachi Osaka
 
Glico Man yang menjadi ikon di Dotonbori
 
kawasan sekitar Shinsaibashi yang sangat happening
 
restoran Muqam yang merupakan salah satu restoran halal di Osaka
 
kedai takoyaki yang sangat banyak di kawasan dotonbori
 
di hadapan Universal Studio Japan
 
sekitar kawasan Gion yamg popular dengan Geisha
 
salah sebuah kuil yang terdapat di sekitar Kyoto
 
lorong menuju ke Kiyomizu-dera
 
pintu masuk ke kiyomizu-dera
 
pemandangan kota Kyoto dari puncak Kiyomuzu-dera
 
kuil utama di Kiyomiu-dera
 
sungai di Kyoto yang sangat jernih
 
restoran Ali's Kitchen yang menjadi tumpuan masyarakat Islam jika ke Osaka
 
Osaka Castle
 
kota Osaka dari tingkat atas Osaka Castle
 
menikmati tempura di Kansai Airport
 
restoran halal yang terdapat di Kansai Airport