Saturday, September 19, 2026

Tokyo - Dari Edo ke Tokyo Moden

Tokyo adalah sebuah kota yang tak perlu diperkenalkan lagi kepada kita semua, sebuah kota yang penuh dengan cerita dan pelbagai kisah yang menarik. Tokyo atau bermaksud "Ibu Negara Timur" dalam bahasa Jepun merupakan ibu negara Jepun di era moden dan telah diisytiharkan sebagai ibu negara Jepun oleh Maharaja Meiji setelah baginda memindahkan ibu negara Jepun dari Kyoto ke Tokyo pada tahun 1868 dan sebelum perpindahan itu Tokyo dikenali dengan nama "Edo" serta ditadbir oleh Tokugawa Shogunate. Pada tahun 1868, Yoshinobu Tokugawa menyerahkan pentadbiran Edo kepada Maharaja Meiji setelah Maharaja Meiji menghapuskan sistem Shogun dan menyatukan seluruh Jepun di bawah pentadbiran Maharaja secara "absolute monarchy" dan baginda juga menukarkan nama Edo kepada Tokyo. Setelah perpindahan ibu negara ke Tokyo, kota ini telah menjalani pelbagai perubahan seperti bangunan kerajaan dan fasiliti telah dibina mengikut acuan Jepun dan barat dan banyak bangunan moden mula dibina mengunakan batu-bata berbanding kayu sebelum ini. Namun pembangunan pesat Tokyo mula terhenti apabila berlakunya gempa bumi dahsyat yang dikenali sebagai "Kanto Earthquake" pada tahun 1923 yang telah memusnahkan kota Tokyo dengan begitu dahsyat sekali dan dianggarkan seramai 105 ribu penduduk Tokyo telah terbunuh dalam gempa bumi tersebut. Selepas itu, kota Tokyo dibangunkan sekali lagi hingga menjadi antara kota termoden di Asia namun sekali lagi kota Tokyo telah dimusnahkan tetapi kali ini bukan kerana gempa bumi tetapi kerana pengeboman Tokyo oleh Amerika Syarikat ketika perang dunia kedua iaitu pada Ogos 1945. Dianggarkan bahawa keseluruhan kota Tokyo telah musnah dalam pengeboman tersebut memaksa kota Tokyo untuk dibangunkan sekali lagi. Namun, Tokyo kembali bangkit dari debu-debu peperangan dan terus membangun menjadi antara kota terhebat di dunia dan hampir keseluruhan bangunan yang ada di Tokyo pada hari ini adalah bangunan yang dibina selepas tahun 1945 selepas pembangunan semula Tokyo dilaksanakan. 

No comments: