Wednesday, August 15, 2007

Thursday, July 26, 2007

Saturday, July 21, 2007

Wednesday, June 13, 2007

Alor Gajah




Ini adalah antara gambar-gambar menarik di sekitar Alor Gajah antaranya Dataran Alor Gajah, Muzium Adat istiadat, A'Famosa Resort, Pantai Tanjung Bidara dan Muara Sungai Linggi.




Jadi apa yang ditunggu lagi Marilah beramai-ramai melawat Alor Gajah sekarang juga!

Semalam Di Alor Gajah


Alor Gajah atau dahulu dikenali dengan nama Naning merupakan salah satu daerah yang terdapat di negeri Melaka. daerah ini pada asalnya merupakan sebuah negeri bebas yang ditadbir oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Datuk Naning dan penduduknya mengamalkan adat perpatih walaupun ianya tidak terletak di dalam Negeri Sembilan menjadikan daerah ini amat istimewa. Namun perang naning yang berlaku di antara 1831-1832 menyebabkan daerah ini jatuh ke tangan Inggeris dan akhirnya disatukan di bawah pentadbiran negeri Melaka oleh Inggeris. Penduduk Alor Gajah kini di bawah Majlis Perbandaran Alor Gajah pesat membangun hasil pembangunan oleh kerajaan negari. Penduduk di sini juga harus berbangga kerana di sini terletaknya kilang membuat kereta Honda serta kawasan industrinya yang semakin bertambah dari hari ke hari.

Daerah ini terbahagi kepada beberapa mukim yang meliputi beberapa bandar iaitu Alor Gajah, Masjid Tanah serta Pulau Sebang. Bandar Alor Gajah merupakan pusat pentadbiran utama manakala Masjid Tanah pula merupakan pusat perdagangan utama daerah ini. Kini daerah ini ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah. Kedudukan Alor Gajah amat strategik kerana dihubungi oleh beberapa lebuhraya iaitu Lebuhraya Utara Selatan dimana pelawat boleh keluar melalui susur keluar Simpang Empat dan Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Muar yang baru siap memudahkan perjalanan untuk ke Kuala Lumpur ataupun ke Bandaraya Melaka.
Di sini terdapat banyak kawasan yang boleh dilawati antaranya adalah Makam Dato' Dol Said, Dataran Alor Gajah yang terkenal dengan replika keris gergasinya, makam British, kubu belanda serta banyak lagi. Jika inginkan riadah di daerah ini menawarkan pelbagai kawasan reakreasi keluarga seperti A' Famosa Resort, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Pengkalan Balak, taman rama-rama serta Air Panas Gadek. Banyak lagi yang boleh dilawati di daerah ini kerana sememangnya Alor Gajah amat mempersonakan seperti motto bandar ini iaitu 'Bandar Maju Persona'.




Wednesday, May 23, 2007

Jangan Pandang Belakang

Filem "Jangan Pandang Belakang" ini telah memecahkan rekod box office filem-filem melayu apabila telah mendapat kutipan melebihi RM7 juta...hmmm nampaknya filem ini telah berjaya memintas kedudukan filem "Lagi-lagi Senario" sebagai filem melayu paling laris di Malaysia. Filem ini juga telah berjaya ditayangkan di sekitar negara-negara ASEAN yang lain iaitu Singapura dan Filipina. Nampaknya filem melayu juga boleh diterima di negara asing. Namun mengapa filem melayu sendiri kadang-kadang seperti di anak tirikan oleh rakyat Malaysia sendiri? Pada pemerhatian saya, filem-filem luar khususnya Indonesia tema filem mereka sama sahaja iaitu tentang cinta...walhal filem Malaysia mempunyai pelbagai genre malah file kita lebih maju dari filem-filem yang ada di Asia Tenggara ini...silap siapakah ini? adakah kerana sikap kita yang terlalu mengagung-agungkan budaya luar atau kerana sikap terlalu terbuka kita menyebabkannya. Jadi fikir-fikirkanlah...

Friday, January 05, 2007

PAMERAN KEGEMILANGAN SAINS DALAM TAMADUN ISLAM
Scientific Excellence in Islamic Civillisation Exibition

Tarikh : 8-14 Januari 2007
Tempat : Dewan pameran 1, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
Masa : 10 AM - 10PM

Tarikh : 23 Januari - 31 Mac 2007
Tempat : Pusat Sains Negara
Masa : 9AM - 6PM

Masuk adalah Percuma....Silalah datang beramai-ramai!