Monday, December 31, 2012

Al-Kisahnya 4 Kali Masuk Universal Studio Singapore

Kalau dengar tajuk kat atas ni memang rasa macam menyampah gila kan sebab macam berlagak je tajuk entry aku kali ni...hehehehe...bukan apa saja nak berkongsi kisah aku yang dah masuk Universal Studio Singapore ni sampai 4 kali dan apa yang membuatkan aku syok sangat pergi sini, mana tau lepas dah baca entry korang berkobar-kobar plak nak gi sana kan.  Aku ingat lagi masa first time aku masuk ke Universal Studio ni memang macam jakun la aku masa tu, yelah aku sorang-sorang je masa tu mau tak jakun dibuatnya. Tapi dah lepas 4 kali masuk rasa jakun tu dah hilang lah cuma masih rasa best giler pergi sini dan kalau ikut rasa hati memang akan datang lagi, In sya' Allah kan....apa yang best sangat kat sini aku rasa ramai yang dah tau kan sebab rasanya ramai yang dah pernah masuk ke Universal Studio ni tak kira di mana sahaja lokasi, betul tak anak murid semua? Dalam taman tema ni ada bermacam-macam permainan dan pertunjukkan yang sangat menarik dan yang paling best mestilah "Transfomers Ride" yang mengujakan. Tapi yang paling best kalau kanak-kanak mesti sebab dapat bergambar dengan karakter dari pelbagai watak seperti Shrek & Fiona, Marilyn Monroe, Beetlejuice, Woody Woodpecker dan banyak lagi kan (aku yang dah tua bangka ni pun masih sibuk nak bergambar ngan karakter-karakter ni, yelah bukan dapat bergambar selalu pun kan) So, kalau ada yang belum pernah pergi sini aku memang nasihatkan pergilah sini walau sekali seumur hidup sebab memang best .





Friday, December 21, 2012

Bila Laptop Buat Hal...alkisahnya

Dah beberapa hari aku tak dapat nak update blog aku ni sebabnya adalah kerana laptop aku buat hal la pulak, tiba-tiba je skrin bermasalah. Aduhai waktu-waktu macam inilah laptop aku nak rosak, tapi apakan daya semuanya sudah ditakdirkan jadi terpaksa lah aku menerima hakikat, disebabkan oleh aku memang nak sangat guna laptop terpaksalah juga aku menghantar ke kedai untuk membaiki laptop aku ni. Setelah puas berfikir aku pun decide untuk menghantar laptop aku ke plaza low yat dekat jalan imbi untuk membaiki semula laptop kesayangan aku ni. Mula-mula tu aku fikir gak nak hantar kat kedai yang mana satu, aku pun try la hantar kat satu kedai ni. 

Mula-mula je aku aku buat-buat tanya apa yang rosak pada skrin laptop aku ni, orang yang jaga kedai tu macam orang pakistan aku agaklah, dier pun beritahu yang dia kena check dulu apa masalah dan akan inform aku kemudian. So aku pun tinggalkan no hp aku pada mamat tu and lepas tu aku pun pergi la merayau kat sekitar low yat tu, belum sampai 15 minit mamat pakistan tu dah call aku and beritahu aku yang skrin laptop aku yang ada masalah tu and aku pun tanya kosnyer berapa, terus dier jawab RM270...fikir punya fikir aku pun decide untuk tak jadi hantar kat  kedai tu. Aku pun terus datang semula ke kedai tu dan ambil semula laptop aku and lepas tu aku try tanya kat kedai lain pun jawapan yang sama diberi dan harga yang sama (pada aku semua tu pemilik yang sama kot tu yang sama je harganya) So, aku pun decide lepas tu takpelah next time jelah aku hantar..tup..tup ada satu kedai tu aku try tanya sebelum balik  terus dier jawab RM250...Sebabkan aku rasa bodoh pulak kalau tak repair, so aku pun hantarlah kat kedai cina tu, terus dier repair waktu tu gak, tukar skrin baru...tak sampai 30 minit dah siap laptop aku. Punyalah cepat siap, so aku pun balik lah lepas tu sambil fikir-fikir, tu baru skrin yang rosak kalau yang lain rosak sure aku tukar laptop baru lah gamaknya...

Tuesday, December 11, 2012

Cuti oh Cuti...memang best

nak juga promosi diri sendiri

Pada penduduk negeri Selangor dan yang bekerja di Selangor hari ini memang best sebab cuti, (yahoo leh tido sampai tengah hari ) dan  ada yang ambil kesempatan dengan mengambil cuti tahunan pada semalam so boleh la bercuti panjang dari hujung minggu lepas kan. Tapi sebab cuti tahunan aku tinggal 2 hari je so baik aku duk diam-diam kat opis je tak payah la ambil cuti sebab 2 hati tu aku nak gunakan untuk cuti hujung tahun aku nanti sebab aku nak pergi holidays krismas ini nanti. Disebabkan hari ini aku malas nak plan ke mana-mana so better aku duk kat rumah sambil melingkau (bak kata orang melaka) atas sofa aku dari pagi sampai la ke petang, memang best beb tak payahlah nak fikir masalah atau pun tentang kerja. So, kerja aku hari ini adalah menonton rancangan tv yang ada kat astro tu dari pagi sampailah ke petang, apa guna ada astro kalau tak digunakan sepenuhnya kan, betul tak? mestilah betulkan jawapannya. Jadi kepada anda semua jika ada hari cuti manfaatkanlah sepenuhnya cuti itu kerana itu sahajalah waktu untuk kita rehat betul-betul, tapi pada yang ada keluarga tu inilah masanya untuk menghabiskan bersama keluarga tersayang dan bagi yang bujang trang tang tang ni duk jelah depan tv tu atau keluar menghabiskan duit yang ada. 

Gelagat Medan Selera jalan 223 PJ

gambar ihsan dari internet
Ni nak habaq mai kang hang semua penah dengar kah medan selera jalan 223 PJ? Kalau tak penah dengar ni nak habaq kat hang semua tempat ini agak popular juga la pada orang-orang yang tinggal di kawasan PJ dan KL yang bersempadan dengan PJ . Memang dari dulu masa zaman belajar kat UM (dekat 10n tahun dah) inilah tempat aku nak hang out dengan kawan-kawan aku dulu. (yelah nak hang out kat bangsar masa tu manalah mampu kan, baru belajar dah nak perabihkan duit mak bapak lah kan, memang dasar penghabis beras mak bapak la macam tu) Tempat ini memang agak popular di kalangan pelajar-pelajar UM dan kebanyakkan pelajar-pelajar UM memanggil tempat ini sebagai "mapley" . aku pun tak tahu apa maksud mapley ini sebenarnya. (kalau ada yang tahu tolong beritahu aku yek). Apa yang membuatkan aku nak story kat korang semua ni adalah tentang gelagat peniaga dekat medan selera ini. Kalau anda semua memang kaki lepak kat sini mesti dah tau apa yang sedang aku merepek kan. Hah, kalau nak tahu masuk-masuk je kat pintu medan selera tu waktu kaki korang baru je setapak melangkah masuk korang akan disambut dengan peniaga-peniaga kat medan selera tu, berduyun-duyun la mereka ini menawarkan tempat dan makanan untuk anda semua makan dan beli. (nah ambik ko, nilah masanya nak feeling macam korang tu artis paling popular kan) Selagi korang tak duduk dan tak order makanan selagi tulah depa-depa ni akan dok bertanya kat hang apa yang hang nak makan dan minum sampai ada satu tahap tu aku pun dah tau nak pilih makan apa sebab ramai sangat berkerumun tanya order. Disebabkan dulu-dulu suatu ketika dahulu yang aku ni hari-hari makan kat sini sampai ada peniaga dah kenal aku sehinggakan kalau dah lama tak datang pun bole ingat lagi tu. (aku tak tahu la depa ni betul-betul ingat or buat-buat memang kenal kan) Tapi bila ingat balik tengok gelagat mereka-mereka ini kelakar pun ada gak, yelah tetiba serbu kat meja dah macam dihurungi lalat pulak tu. Anyway, selain tu korang leh gak tengok gelagat customer yang datang makan kat situ macam-macam perangai ada sambil cuci mata kan. 
Anyway kat medan selera ni pun ada macam-macam jenis makanan seperti roti canai, nasi lemak, otak-otak, nasi goreng, western food dan macam-macam lagilah dan yang paling popular dan sedap kat medan selera ini adalah laksa. Memang terbaiklah laksa kat sini sampai ada yang bukan orang PJ pun tahu laksa kat sini sedap. So, kalau nak rasa bolehlah datang ke sini dan kedai laksa tu terletak di gerai agak depan dan tidak jauh dari pintu masuk medan selera ini berhadapan dengan HQ The Store. Jadi aku nak nasihatkan pada korang semua kalau nak cuci mata ke or tengok gelagat orang tak payah pergi jauh-jauh or tempat makan yang mahal-mahal dekat sini pun menarik dan pelbagai gelagat ada. jadi, marilah ke medan selera jalan 223 PJ, chewahhh promosi sangat aku ni kan. 

Sunday, December 09, 2012

Hujan oh Hujan...

Semenjak akhir-akhir ini kalu anda semua perasan selalu nau ujan dan selalunya waktu petang bila waktu nak balik kerja. Rasanya dah dekat 2 bulan musim hujan ini melanda lembah klang dan masih berterusan sehingga kini dan mungkin akan berterusan sehingga hujung tahun ini. (dengar tu sampai hujung tahun tu, berpayung la jawabnya aku tiap kali balik keje lagi nampaknya) . Disebabkan aku ni orang yang tidak mempunyai kenderaan sendiri maka memang masalah lah aku tiap kali nak balik kerja waktu hujan sampai demam-demam la aku dibuatnya. Tapi macam mana sekalipun kenalah redha kalau hujan sebab hujan tu kan rahmat dari Allah SWT dan kepada orang yang menanam sayur-sayuran amat beruntung sebab bila hujan tumbuhan dan sayuran tumbuh dengan begitu subur sekali. Tapi masalah yang timbul kalau hari-hari hujan ni pulak ialah masalah banjir tak kira banjir kilat ke or banjir lumpur ke whatever nama banjir yang diberi nama lah kan. Tapi kalau nak diikutkan kat KL ni kalau hujan lebat sikit je mesti banjir sebab apa sebab sistem perparitan kat Malaysia ni memang bermasalah dan tak tahulah samada JPS tahu or buat-buat tak tahu je.  But, ada satu lagi masalah ialah sikap orang Malaysia lagi-lagi kaum pendatang dari Indonesia dan Bangladesh (eh cik jah ko ingat ini negara ko yang ko leh buat sesuka mak bapak ko?)yang suka buang sampah kat dalam sungai atau longkang memang masalah besar sebab so sure sampah sarap tu akan tersangkut dalam longkang dan akan  menyebabkan punca banjir.

Anyway, sejak musim hujan ni kalau perasan la banyak pulak fesyen-fesyen payung yang keluar di pasarankan, ada macam-macam jenis pulak tu dan pelbagai warna pun ada, bagus gak musim hujan adalah jugak rezeki untuk  orang yang jual payung lagi-lagi kat kawasan macam Bukit Bintang, so sure lah kalau hujan orang akan beli, gila sapa yang nak basahkan? So, peringatan hujan itu adalah Rahmat Allah SWT sebab kalau tak hujan nanti musim kemarau la pulak dan lagi bermasalah sebab tiada air dan tumbuhan tak dapat hidup dengan subur, dan yang penting bila musim hujan ni mesti malam-malam sejuk so bolehlah tido dengan selesa.

Friday, November 30, 2012

IKLAN - PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKA SEGERA

PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan

Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan

Maklumat lanjut layari:
http://www.jobdirumah.com/corax82

Sunday, November 04, 2012

Koleksi terbaru H&M...Maison Martin Margiela



Maison Martin Margiela...punyalah panjang nama sampai tergeliat lidah melayu aku ni nak sebut.....mesti u all semua tertanyakan apa benda la Maison Martin Margiela tu kan....nama orang ke? tapi apa kaitannya dengan H&M? mesti u all tertanya-tanyakan apa benda tu...Actually Maison Martin Margiela ni adalah nama label pakaian yang berasal dari Belgium tapi bertapak di kota Paris. Jenama fesyen ini merupakan jenama fesyen berasaskan konsep "Avant-Garde" ...Apa benda plak avant-garde tu...yang tu u all buka wikipedia or kamus ke cari sendiri la kan....Anyway apa yang cuba aku sampaikan kat sini adalah jenama ini akan berkerjasama dengan jenama terkenal H&M untuk menghasilkan koleksi terbaru yang akan dijual di gedung-gedung H&M...disebabkan aku ni memang suka jenama H&M ni so memang agak mengujakan kerana H&M sekali lagi akan berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal untuk dijual di H&M dan pada harga yang berpatutan. So kepada semua yang mengaku fashionista tu inilah waktunya untuk berfesyen lagi kali ini dengan mencuba koleksi-koleksi terbaru dari H&M dan Maison Martin Margiela ini sebab rasanya jenama Maison Martin Margiela ini belum ada butik di Malaysia rasanya dan harga yang dijual bersama H&M ini tidaklah terlalu mahal walaupun beratus-ratus harganya tapi masih ok sebab kalau nak harapkan beli jenama ini kat butiknya sendiri confirm harganya beribu-ribu kan so inilah masanya bergaya dengan harga bawah rm1k untuk jenama mahal seperti Maison Martin Margiela. Koleksi terbaru H&M ini akan didapati untuk lelaki dan wanita dan akan mula dijual mulai 15 November ini, jadi mark kalendar anda semua pada tarikh ini dan kita serbu H&M ramai-ramai. Di sini juga aku letakkan beberapa keping gambar koleksi H&M dan Maison Martin Margiela ini dan supaya bila u all tengok nanti bolehlah u all berkira-kira nak serbu H&M pada 15 November ini nanti (abaikan harga yang tertera pada gambar tu sebab gambar-gambar ni aku ambil dari internet...hehehehee)







Thursday, November 01, 2012

Masterchef Malaysia Musim Kedua yang penuh ngan drama...

Kepada sesiapa yang menonton dan menyukai Masterchef Malaysia sila angkat kaki atau tangan anda atau apa sahaja yang boleh diangkat ....hahaha...ok just joke je...anyway actually aku memang suka sangat menonton masterchef malaysia ni since dari musim pertama lagi ( yahooo dr ezani yang menang masa tu) dan ke musim kedua...masterchef selebriti aku just kadang-kadang tengok kadan-kadang tak...tapi masterchef selebriti suka tengok gelagat Azwan Ali...walau mulut laser tapi menghiburkan...(matilah aku kena baling ngan kasut oleh Azwan Ali haters...tapi ada aku kesahhh? bak kata Azwan Ali...hehehhee) . Memang menghiburkan tengok bila peserta-peserta masterchef ni bertungkus -lumus menyediakan hidangan masing-masing dan bertungkus-lumus supaya masing-masing terus kekal...pergh macam iklan masterchef pulak...anyway masterchef musim kedua ni mula-mula aku malas sangat nak layan sebab ramai sangat peserta yang buatkan aku menyampah macam atikah dan dean tu. Tapi since atikah tu dah terkeluar dan dean tu dah tak poyo sangat so aku pun rasa nak layan masterchef musim kedua ni semula. Kalau nak dibandingkan dengan musim pertama serius memang aku lebih suka musim pertama sebab kebanyakkan peserta agak pandai masak dan agak cantik platting mereka tapi musim kedua ni lebih banyak drama kan kalau ramai perasan la contoh macam sapa lagi kalau bukan che lah. Walaupun che lah ni suka berdrama bagai tapi aku suka dia ada dalam masterchef musim kedua ni sebab kalau che lah takde macam suram la pulak masterchef musim kedua ni.

Kalau musim pertama dulu aku memang beriya la nak tengok sampai record la masa guna PVR astro tu (tq astro sebab memperkenalkan PVR kat malaysia, kalau takde PVR tu matilah tak dapat nak rekod cerita-cerita yang meletop) tapi untuk musim kedua ni macam malas nak rakam sebab rasa kalau tertinggal tengok pun masih tak rasa ralat lagi...sebab apa sebab masterchef musim kedua ni banyak sangat drama sampai menyampah aku nak tengok. Tapi la ni aku dah mula tengok semula lepas muka-muka yang aku menyampah dah keluar macam atikah dan joharis. Yelah bukan apa macam si atikah tu menyampahnyer aaku tengok macam bagus je bila cakap tapi padahal minggu-minggu awal dah terkeluar, apa cer? kalau aku macam tu dah malu sangat dah buat perangai macam tu sebab ramai yang nonton dan tahu perangai buruk kita kat luar...(tapi atikah ni jenis tak tahu malu kot) Apa pun bagi aku untuk musim kedua ni aku harap Nina atau Izyan yang akan menjuarai kali ini sebab bagi aku mereka berdua ni aja yang best lagi-lagi Nina yang agak jarang masuk pusingan penyingkiran. Adakah anda masih meminati atau menyampah terus dah nak nonton masterchef musim kedua ni?

Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha dan selamat mengerjakan Haji 1433H

Hari ni semua umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari yang amat mulia iaitu sambutan Aidiladha di mana namanya berbeza-beza di seluruh dunia seperti kalau di Malaysia selalu kita panggil Hari Raya korban atau Hari Raya Haji, ada yang memanggil sebagai Iduladha, kalau di negara arab di kenali sebagai Eid Ul Adha dan pelbagai lagi nama namun apa yang penting adalah betapa pentingnya kita meraikan Aidiladha ini. Aidiladha akan disambut oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s terhadap anaknya Nabi Ismail a.s dan semestinya kita telah mempelajari tentang peristiwa penting ini sejal dari kecil lagi dan ianya disambut setiap tahun pada 10 Zulhijjah kalendar hijrah. Aidiladha amat penting kerana pada masa inilah himpunan terbesar umat Islam di seluruh dunia akan berlaku iaitu menunaikan rukun Islam kelima iaitu fardhu Haji, di mana pada masa inilah seluruh umat Islam yang mampu akan berkumpul di kota Mekah untuk bersama-sama mengerjakan ibadah yang amat suci ini. Seluruh umat Islam akan berkumpul tidak kira bangsa dan darjat mereka bersama-sama bermula dengan Wukuf di Arafah. Pada masa inilah semua yang mengerjakan Haji akan memakai pakaian yang sama iaitu ihram berkumpul di bawah matahari yang terik dan ketika inilah mereka akan sama-sama berdoa dan berzikir memuji Allah SWT bersama-sama, begitu indah keadaannya ketika itu dan signifikannya adalah supaya umat Islam dapat merasai bagaimana suasana di padang masyhar nanti, dan selepas itu mereka akan melakukan beberapa ibadah lagi seperti melontar jamrah, saei haji, tawaf haji dan bercukur sehingga tamat ibadah haji mereka yang akan berterusan sehingga 13 Zulhijjah. Umat Islam lain yang tidak dapat menunaikan fardhu haji pula akan meraikan Aidiladha di tempat masing-masing dengan bermula solat sunat Aidiladha dan kemuncaknya melakukan ibadah korban seperti korban lembu, kambing, kibas atau unta. Semoga Aidiladadha tahun ini akan menambahkan keimanan kita kepada Allah SWT dengan lebih mendalam lagi dan terus mengingati Rasulullah SAW setiap masa. Ambillah iktibar dari peristiwa korban ini sebagai satu pengajaran yang amat berguna, jika kita taat akan perintah Allah SWT nescaya Allah SWT pasti akan membalas kita dengan pelbagai nikmat dan kurniaan dari-Nya. 

Sunday, October 21, 2012

GLAM Lelaki....kini muncul sebulan sekali

Yeah kepada semua lelaki yang berada di luar sana yang sentiasa mengikuti perkembangan majalah GLAM Lelaki pasti sudah mengetahui majalah ini telah pun diterbitkan sebulan sekali berbanding sebelum ini 2 bulan sekali. Jika sebelum ini majalah ini pernah diterbitkan 3 bulan sekali, nah sekarang tidak perlu lagi kerana majalah ini telah menjadi majalah bulanan sejak keluaran September 2012 yang lalu. Apa yang menarik tentang majalah ini adalah isu yang dipaparkan agak menarik dan mengikut trend semasa dan kupasan setiap isu itu agak menaraik terutama berkaitan fesyen dan dunia kaum lelaki. Iyelah selalu asyik majalah tentang kaum wanita sahaja kan. So kepada sesiapa yang belum pernah membaca majalah ini silalah pergi ke kedai berdekatan dan membeli majalah ini dan kepada masih bersekolah jika mahu membaca majalah ini tidak ada masalah tapi menabunglah untuk membeli majalah ini setiap bulan...hehehee...gurau aje...majalah ini sesuai untuk dewasa sahaja....so, beli jangan tak beli dan baca jangan tak baca. p/s : bulan ini frontpage wajah Aaron Aziz so kepada kaum wanita yang fanatik gila ngan AA boleh juga membeli majalah ini...( promote majalah ni nampak )...hehehe

Monday, October 01, 2012

H&M...available in KL now...


To all shopaholics dan fashionista mesti korang dah tau kan H&M dah buka kat KL since 22 september lepas....ayyo lambat plak aku update kat sini kan...kalau pada yang tak tahu lagi tu H&M ni dah buka kat Lot 10 Bukit Bintang...haa apa lagi mau ditunggu...mari shopping sampai pengsan kat H&M nie. Actually, H&M ni jenama pakaian no 2 paling popular kat dunia jah....lepas tu harga baju-baju kat sini memang reasonable dan memuaskan hati sangat-sangat...dulu kalau nak shopping H&M ni terpaksa la pergi Singapore tu pun kat Singapore baru buka tahun lepas, kalau tak merasa gak nak pakai baju jenama H&M nie....tapi since dah buka kat KL ni tak payah susah-susah lagi nak ke sana untuk shopping H&M nie...(jimat duit tambang aku nak ke singapore kan) . Apa yang membuatkan H&M ni popular sebab harga yang agak murah berbanding jenama lain yang setanding dengannya macam ZARA, topman or topshop, GAP atau Levi's....bayangkan aku boleh dapat baju plain yang sama macam kat GAP or ZARA pada harga rm19.90 je jah oooiii....(tapi kalau aku orang singapore aku lagi untung sebab orang singapore harga $7.90 je...nanges aku kalo macam nie ) ..So aku memang suggest korang kalau nak shopping sakan baju or seluar korang shopping kat H&M nie...memang menaraik dari segi design...satu lagi setiap tahun H&M ni akan collaborate dengan pereka-pereka dan jenama terkenal dunia untuk menghasilkan koleksi tertentu...antara jenama yang pernah collaborate dengan H&M ni macam Karl Lagerfeld, Versace, Madonna, Lanvin dan yang tebaru bersama Anna Dello Russo dan koleksi mereka ini dijual pada harga yang agak berpatutan dan boleh dibeli...yelah nak beli baju versace ko mahal nak mapus so yang mampu H&M designed for Versace...ha baru boleh berlagak kan...hahhhaa...so mari kita serbu H&M...psstt...3 oktober ni mari serbu Setia Alam Mall sebab branch kedua H&M kat Malaysia akan dibuka di sana...abis lagi duit aku lagi nampaknya....



instagram....my new addiction

Lama tul aku tak update blog aku nie...biasalah raya kan so aku pun terlebih raya sibuk ngan open house bagai....anyway aku nak kongsi satu benda yang amat aku addict lately nie iaitu bermain "instagram" ....kalau sesapa yang ada smartphone tu mesti tau punyalah apa tu instagram nie. So sebab aku pun dah guna smartphone ni xdelah jakun sangat aku kan so aku pun install gak instagram ni. Kalau korang nak tau best ada instagram nie macam2 gambar boleh kita upload kat sini dan pelbagai gaya gambar boleh di 'edit' kat sini...so tak payah la korang guna adobe photoshop lagi kan....kan senang tue...aku sekarang nie asik upload macam2 gambar kat instagram nie sebab senang lepas edit je guna instagram ni dah boleh update kat facebook or twitter...senang kan? ramai selebriti kat dunia ni yang sekarang guna instagram ni untuk update gambar-gambar dierorang, so peminat2 selebriti ni leh la tau pe yang selebriti faveret dier orang ni dah buat...so kepada korang yang kat luar tu kalau belum install instagram kat smartphone korang tu install la sekarang...kalo tak pekejadahnya ada smartphone tapi tak smart pun nanti jadi semak plak...hehehe...jangan marah, aku gurau je tu....so anyway kat sini aku nak kongsi beberapa keping gambar yang aku dah edit guna instagram...so enjoy...




Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri Dari Saya Untuk Semua....

Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam tidak kira dimana anda berada....oleh itu korang dengar dan tontonlah video ucapan raya aku yang amat poyos ni...korang ingat PM je leh wat ucapan raya...aku pun boley tau...so aku memohon maaf atas segala dosa dan silap serta kata cacian...oppsss....maaf zahir dan batin

Sunday, August 05, 2012

Nuzul Al-Quran....malam turunnya kitab suci Al-Quran

Malam ini merupakan malam nuzul Quran di mana pada lbh kurang 1400 tahun yang lalu Rasulullah SAW telah menerima wahyu yang pertama daripada Allah SWT melalui malaikat Jibrail...bayangkan pada malam itu wahyu pertama Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah SAW untuk didakwahkan kepada umat Islam adalah perkataan "Iqra" atau bermaksud "Bacalah"....begitu indah wahyu dari Allah SWT kepada umatNya yang mahukan umatNya sentiasa mencari ilmu....Maka pada malam itu, Rasulullah SAW yang amat kita sayang secara tidak langsung telah dilantik menjadi Rasul terakhir walaupun baginda tidak  mengetahui pada awalnya sehinggalah turunnya wahyu seterusnya dan setelah diberitahu oleh Waraqah b Naufal akan tanda-tanda keRasulan baginda...apa yang ingin saya tekan disini adalah untuk mengajak semua umat Islam amnya untuk sentiasa mencari ilmu yang berguna supaya dapat menjadi petunjuk kepada diri kita di dalam menghadapi dunia hari ini. Begitulah Allah SWT begitu amat mahu umatNya sentiasa mencari ilmu sehingga wahyu pertama diturunkan kepada umat Islam adalah berkaitan ilmu. Bak kata Rasulullah SAW " mencari ilmu biarlah sehingga ke negara China " ....begitu mendalam akan maksud Baginda itu....jadi sempena sambutan Nuzul Al Quran ini di samping kita membanyakkan bacaan kitab suci ini kita juga harus mencari ilmu yang banyak terdapat di dalam kitab suci ini...moga menjadi pedoman yang amat berguna....

Wednesday, July 25, 2012

Singapore 2012 - Part 3 ( Sentosa Island )



Dah masuk part 3 dah untuk entry aku ke Singapore tahun nie....so part yang ni aku nak citer pasal Sentosa Island yang terletak nun juah ke belakang pulau singapore nie...bukan jauh sgt pun sbb nek MRT tup...tup jah dah sampai ko....kalo nak ke sini korang just naik MRT line purple (East-West line) sampai lah stesen harbour front lepas tu korang just naik monorel plak yang terletak di vivo city kat tingkat 3...nah ko jah dah tiba pun ko ke pulau yang korang idam-idamkan sangat nak pergi tu kan....So kalau korang nak pergi ke Universal Studio just step down kat stesen monorel waterfront....After that korang just jalan la dengan bangganyer ke Universal Studio tue yang terletak kat kawasan Resort World Sentosa...kelazzz ko jah....kalo korang tiba kat depan pintu masuk Universal Studio nie ada landmark terkenalnyer iaitu globe gergasi yang bertulis "UNIVERSAL" so confirm korang berada di jalan yang benar...kalo korang nampak tulisan UNILEVER tu maksudnya korang berada di jalan yang salah la tu (padahal xde tempat nama unilever pun kat Singapore tue)....kat depan tu jadi tempat wajib kalau orang nak bergambar walaupun pada hakikatnyer korang tak masuk pun universal studio tue kan...so posing2 macam model la kitaorang kat depan globe tue....anyway kitaorang tak masuk dalam tu sebab plan nak gi sana dalam bulan 9 nanti....lagipun aku dah 3 kali masuk kat Universal Studio tu...so aku tak heran sangatlah nak masuk situ....so korang mampu nak masuk sampai 3 kali? mesti tak kan....hahahahahaha....bangga nie...hahahhaaha...x habis bangga lagi nie....oppsss....

So aku nak citer sket kat dalam tu kalau korang nak masuk silakan beli tiket awal2 yek jangan ko pukul 12 tghhari korang nak gi beli tiket...confirm korang takkan dapat tiketnyer...sebab apa? sebab tiket yang dikeluarkan sehari terhad yek. o kat dalam tue korang kalo nak masuk aku advice masuk seawal pintu dibuka dan keluar selewat pintu nak tutup sebab baru best kalau korang masuk seharian kat sana. Kat dalam tu ada macam2 permainan korang bole main...pastu leh ada sessi mengejar watak2 kartun...walaupun dah 3 kali masuk aku tetap akan mengejar kartun2 tu untuk bergambar...yelah masa kecik dulu xde mende2 nie suma kan....after dah penat korang bolehla shopping goodies kat dalam store dier...mcm2 ada best u'olls....pastu ada restoren halal kat dalam universal studio nie just korang kena tau la yang mana satu halal. After dah posing2 ala2 model kat area pintu masuk universal studio tu kitaorang pun posing2 la jap kat depan hard rock cafe tu plak...sakan posing2 walaupun tak mampu nak masuk makan kat dalam tu kan sebab tak halal k bukan sebab len...hehehe ( tapi aku mampu beli kat dalam tu tau...hehehe)

Korang kalo ke sentosa nie leh gak gi ke area monorel beach station sebab kat sini plak pun ada macam2 yang menarik....kat sini ada pantai leh mandi atau namanya siloso beach...so korang akan nampak la mat salleh ngan minah salleh yang berbaring tepi pantai tue...aku pelik tul kat pantai mcm nie pun jadi nak berbaring n mandi sakan....masa hari tue kitaorang gi kitaorang decide nak main luge ngan naik skyride...memang best sebab aku dapat tiket free...hahahhaha...ada tetb orang philipines tue bagi aku tiket free sebab dier nak balik dah so tak sempat nak main lagi...hahahahah jgn jeles yek korang...yang lain dipersilakan beli tiket sendiri...si hafiez tak nak join main mende nie sebab hari tue kitaorang berdua dah main mendi nie tapi aku biasalah mana pernah puas kan....hahhaa..sebelum naik luge tue korang kena naik skyride dulu yakni ala2 cabel car tapi open u oll xde pintu2...walaupun tak tggi sangat tapi tetap mendebarkan jantung ku ini...bila dah tiba kat stesen luge tu korang kenalah beratur ya amat panjang sebab nak dengar explanation dari orang tu tentang cara nak guna luge nie...luge senang je korang just guna handle untuk control samada nak break tau jalan...senang kan? budak umur 3 tahun pun leh main..kalo korang yang dah tua bangka nie pun tak reti jugak aku rasa bek korang gi gali tanah pastu kambus muka korang tu....huhuhuu...so kitaorang pun main la luge tue sampai kat penamat walaupun tak puas sgt...actually banyak lagi citer pasal sentosa nie tapi byk sgt so korang gi la sendiri tengok mcm mana kan...hehehhe.....sebab penat nak menaip dah....so pepe memang enjoy kalau ke sana k....













Sunday, July 22, 2012

Singapore 2012- Part 2 ( Orchard Road )



Ok dah seminggu aku tak update pasal tour aku kat Singapore...biasalah nak pose ni kan...so aku nak citer sket pasal tour kat Singapore nie pe yang best lagi kat sana. Anyway salah satu tempat yang u'olls kena lawat kalau gi sana adalah  Orchard Road....gerek sey kalo kata orang Singapore...tempat nie memang heaven untuk orang yang kaki shopping. Tapi aku tak lah kaki shopping sangatkan....(walaupun berduyun-duyun beg shopping aku hangkut). Kalau korang suma nak tau ada lebih dari 20 shopping mall ada kat sepanjang orchard road nie...giler ke tak giler? kalau kat area bukit bintang pun ada lah dalam 6 ke 7 shopping mall je tau tu pun dah termasuk times square ngan low yat, tapi kat sini sumanya shopping mall yang ada jual barang2 yang agak terkenal dan branded u'olls...Tiap kali kalau datang ke Singapore nie tak sah kalau aku tak singgah kat sini sebab apa...adalah....hehehe...klah sebab utama aku selalu singgah sini kalau datang sini sebab suasana kat orchard road nie memang best n dapat lihat macam2 jenis orang kat sini...satu lagi daya penarik untuk aku melekat kat sini ialah sebab nak beli perfumes....(aik kat kl macam xde jual perfumes je kan..) sebelum korang ngumpat aku meh sini aku explain kat korang sebab apa aku suka beli perfume kat sini...pertama sebab perfumes kat sini murah u'olls....murah sesangat tak dapek harga macam kat kl u'olls....eh sebelum tu mall yang aku selalu beli perfumes tu namanya Lucky Plaza....ada beberapa kedai perfumes murah kat mall ni ok...k kita sambung balik pasal citer aku tue...harga perfumes kat salah satu kedai yang aku selalu pergi tu (namanya Dollar & scents)  jauh giler beza ngan kat kl...bayangkan perfumes D&G kalau kat kl harga dekat rm300 utk 100ml tapi kat sini harganya cuma x sampai rm200 untuk bottle yang sama....huhuuhuhu...nangis aku dibuatnyer....korang fikirlah murah ke tak murah...kalo Davidoff tu lagi murah sesangat kat sini harga $48 atau korang convert jadi rm120 jer...huhuhuu...murahkan? tapi ingat suma tue original tau....si hafiez ngan pjol siap shopping perfumes kat sini pas aku tunjuk kat dierorang betapa murahnya harga perfumes tue..sebab tu kalau datang sini kalau balik berbondong-bondong botol perfumes aku hangkut balik kl tau...stok untuk setahun katakan....hehehhee...boleh siap wat mandi perfumes lagi ok...ko mampu? (aku tau korang mampu tapi saja berlagak).


Penat citer pasal perfumes, aku nak citer pasal store yang ada kat area Orchard Road nie sumanya barang2 yang berkualiti dan berjenama...pastu plak tak cukup satu store ada 2 3 store jenama yang sama kat mall yang berbeza2 je...contoh jenama Prada ada kat mall ION orchard, kat Paragon pun ada...kat Ngee Ann City mall pun ada store Prada...ishhh kaya sungguh orang-orang kat Singapore nie...kalo kat malaysia nie datin2 je mampu pakai...tapi kat sana korang keje kerani pun mampu beli ok....bestkan...huhuhuu...kalo gi Singapore ni aku giler masa time sale memang sawan shopping la aku dibuatnyer sebab sale murah2 u'olls...kalau korang nak tau member aku si hafiez siap wat statement kalau kat singapore aku jadi diva sebab giler bershopping...hahaha lawak la..buka diva tapi divos r...samapai dierorang suma tak larat nak jalan sebab panjang ngan banyak sangat shopping mall nak masuk...bayangkan GAP bole sale sampai 70% untuk barang yang sama kat KL just 30% je sale....best kan? Aku suka shopping kat H&M kalau datang sini sebab murah barang2nyer tapi berkualiti (x silap H&M nie akan dibuka kat KL bln september nie...so be watch out k)...so berduyun-duyun la beg shopping aku bila blk kl dari sini...hehehe...duit pun pokai pas balik KL...hehehe...tapi memang best suasana kat sini...orang Singapore memang kaki shopping tau...sebab nak bagi inflasi sifar kenalah bershopping (part ekonomi nie) cuma jangan sampai membazir udahlah...so kalau korang nak tau sendiri camne suasana kat orchard road nie korang kena datang sini ngan lihat sendiri k...






Thursday, July 19, 2012

Memasak Burritos...

Hah korang kalo nak tau aku ni pun ada bakat terpendam memasak k...walaupun aku x gi ujibakat masterchef tapi bakat memasak aku tu memang superb r (puji diri sendiri tu). Kalo korang nak tau 2 hari lepas aku try nak masak burritos untuk first time k..(ni suma gara2 azwan ali propa dlm propaganza r nie) So dengan muka bangga aku pun gi ar beli barang2 nak wat burritos ni...kalo sesapa yang tak tau apa benda burritos nie, actually adalah makanan ruji orang mexico dimana ramuan utamanya adalah daging atau ayam. Cara nak masak burritos ni senang je & pantas nak buat tapi kalo korang jenis lembap tetap gak lembap nak siapkan burritos nie...hehehehe jangan mare yek...lepas aku dah beli barang2 ni so aku pun tanpa berlengah mak limah terus je ke dapur nak masak burritos nie. Mula2 korang kena decide samada nak buat burritos daging atau ayam tapi actually kat mexico depa lebih suka makan burritos daging sbb lebih sedap. 

Bahan2 nak buat burritos nie x susah sgt...korang just perlukan adalah macam kat bawah nie k...


1) daging/ayam
2) taco seasoning powder 
3) mayonis 
4) sos cili 
5) cheese (x kisah pepe jenis cheese pun bole)
6) tomato (dipotong dadu)
7) telur ayam
8) roti tortilla


Kalo nak buat burritos paling simple senang je korang just guna daging cincang yang telah diperap dengan serbuk taco  seasoning masukkan ke dalam periuk dan rebus sebentar nak bagi dier empuk je. selepas tu korang keluarkan dari periuk tue dan campurkan semula dengan sedikit serbuk taco itu dan goreng daging/ayam sekejap sahaja dan jangan sampai hangus. pas tue korang goreng plak telur wat ala2 scrambled egg n kalo dah siap campurkan sekali dengan daging/ayam dan tomato sekali. Lopeh itu korang amik la roti tortilla tu tebar dan panaskan sikit dan pas tue korang amik campuran daging/ayam bersama telur dan tomato yang telah kita goreng mula2 itu ke dalam tortilla dan gulung nampak macam popia. Eh sebelum gulung tu korang masukkan la cheese skali...khas utk tmbhkan perisa aje. Bila dah digulung tue apa lagi...bantai ar makan burritos tu sampai licin....sodap kan...

Sunday, July 15, 2012

Singapore 2012 - Part 1 (Harry Potter The Exhibition)




Lama sungguh aku x update blog aku nie...dah mcm kena freeze je...so sebelum blog aku ni beku so better aku update nanti de orang mengata aku nama je ada blog tapi blog dah bersawang macam orangnya jugak. Neway aku nak update pasal trip aku ke Singapore atau Singapura dalm bahasa melayunyer....walaupun aku    setiap tahun 3-4 kali gi Singapura tetap jugak nak updatekan sebab kali ni aku gi sana jadi macam tourist guide kepada budak-budak nie (mentang-mentanglah aku salo g sana, korang ingat aku tourist guide free je) tapi aku nak citer dulu kalo korang nak tau bulan lepas je 2 kali aku gi Singapore selang 2 minggu je..ko mampu? (walaupun aku tau korang mampu tapi aku tetap gak nak berlagak...hahahaha) . Mula-mula aku g tengah bulan jun tu aku g sorang je sebab nak gi lawat member aku hafiez yang terpaksa dengan terpaksanya transfer ke sana untuk beberapa bulan oleh company dier keje...so sebab dier dapat rumah sewa percuma dan tanpa berlengah-lengah mcm mak limah aku pun amik la kesempatan itu untuk melawat hafiez sambil berjalan-jalan ke kota singa yang dah 6 bulan aku tak lawat. So untuk part 1 ni aku nak citer pasal pameran Harry Potter yang diadakan kat sana bertempat kat Art Science Museum, bayangkan seni sains pun leh wat muzium k...rekabentuk muzium tu pun dah cukup unik sebab mcm bentuk bunga teratai, tapi aku x sempat nak amik gambar keseluruhan muzium ni sebab korang mesti dah salo tengok kan kat tv ke majalah ke or surat khabar, tapi kalo korang x penah tgk gak nampak sangat korang nie mcm org dari planet len yang x baca majalah or paper or tgk tv kan....kalo xpun korang bukak ke internet tu search art science muzium, berduyun-duyun la kuar gambar muzium tu kan...berbalik pasal pameran tu aku gi sana ngan si hafiez nie, awal2 aku ngan si hafiez ni dah kuar nak gi sana konon-kononnya leh la masuk awal kan. Lepas je beli tiket yang berharga S$24.90 (mahal tue nak masuk pameran ni, dlm hati leh beli baju kat GAP ngan rege mcm ni) terus kitaorang tanpa lengah-lengah mcm mak limah masuk ke pameran ni. Actually sebelum ni aku dah penah masuk muzium ni masa nak tengok pameran Titanic tahun lepas, biasalah aku ni kan kaki muzium so semua muzium aku nak masuk kan...


Mula-mula masuk je kitaorg dah terpesona ngan susun atur nak masuk ke pameran nie, memang rasa mcm aku ni kt sekolah hogwarts tu lah, so berangan la kejap kitaorng, anyway sebelum masuk kitaorang  kena amik gambar ala2 kitaorang ni student kat hogwart la siap ngan mafla ngan tongkat sakti bagai...aku ngan hafiez ngan pantas mengambil mafla untuk rumah gryffindor la kan, takkan nak masuk rumah ravenclaw or hufflepuff, jauh skali slytherin kan. So after that, kitaorg xleh mengambil gambar dalam pameran tu...(kedekut dah bayar mahal2 tp xleh amik gambar, nasib bek tongkat sakti tu x berfungsi kalo idak mesti aku batukan korang sebab halang aku nak bergambar dlm pameran tu tp aku amik gak gambar2 tapi kena la pandai2kan jangan sampai kantoi). Dengan jakunnya kitaorang pun masuk ke pameran tu memang kelazzz u olls cara masuk kat pameran tu siap de vitae lagi before korang masuk ngan siap ada part pemilihan rumah...ko ado? mesti xdo kan....

So kat dalam tu dipamerkanlah bermacam-macam barang-barang dan pakaian yang digunakan dalam filem harry potter since dari filem pertama sampai la filem yang terakhir tu....memang teruja giler la sebab dapat tengok depan mata set2 asal filem harry potter tue. lepas kuar je dari pameran tu trus ke kedai cenderamata yang jual berbagai barangan cenderamata berkaitan harry potter...mahal nak mampus u oll harga2 barang kat situ...x mampu aku nak bershopping cenderamata kat situ, berangan mula2 nak beli tongkat sakti tu alih2 tengok harga S$75 u olls trus je aku cancelkan niat terawal aku tu...tapi aku sambar gak r poster harry potter yang berharga S$20 atau rm50 duit kita...huhuu...tulah poster termahal aku penah beli...walaupun rasa mcm bodo tetap aku bangga sebab ko ado? mesti xde kan...hehehehe...dan aku beli buku notes sebuah...kalo korang nak tau gambar yang aku amik awal2 tu harganya S$20 untuk sekeping...mahal tapi berbaloi r (walaupun pas tu aku fikir2 dekat S$100 habis kat pameran tu je). So after kuar dari pameran tu kitaorang pun g la shopping kat orchard road plak....tu nnt aku smbg kemudian. Apapun kepada suma peminat Harry Potter inilah peluang korang nak lihat dengan dekat set2 n busana dari filem Harry Potter, pameran ni x silap akan sampai akhir september...so apa lagi jangan tunggu lama-lama...nanti lama-lama pe ek? (macam lirik lagu je).




Monday, April 16, 2012

Journey To Medan, Indonesia

Bulan Mac lepas dari 22hb sampai 25hb aku dan kedua ibu bapa aku pergi lah bercuti ke Medan, Indonesia yang aku dah plan sejak setahun yang lepas dengan menaiki pesawat AirAsia (besa r nak dapat tambang murah kena r tggu setahun kan). Setiba di airport Medan yang agak kecil tapi padat aku dan family terus dibawa ke hotel penginapan aku sekeluarga yang terletak di jln Mohammad Yamin iaitu Hotel Grand Sakura. Bila sampai hotel ingatkan boleh la terus check in n  masuk bilik skali ada masalah la plak sbb hotel nie masa booking x caj kredit kad aku trus...(ngok gak hotel ni) Selepas selesai sedikit salah faham tu barulah aku dapat check in ke dalam hotel dengan selesa dan oleh sebab kami tiba agak lewat sekitar jam 6 ptg waktu tempatan, jadi selepas check in kami sekeluarga hanya rehat di dalam bilik sahaja dan terus makan malam sekitar hotel sahaja.

Pada keesokkan harinya bermula aktiviti kami di mana aku telah book tour guide untuk satu hari bermula dengan lawatan ke ladang buaya. Di ladang buaya ini terdapat beberapa jenis buaya yang tinggal dan diasingkan mengikut tahun. Apa yang menariknya adalah kerana sangkar buaya yang agak terbuka dengan pengunjung pastinya memberi debaran pada setiap pengunjung. Selepas itu kami terus ke sebuah gereja yang berbentuk seperti kuil hindu, dan selepas itu pula kami terus menuju ke Istana Maimoen yang terletak di tengah kota Medan. Istana ini merupakan peninggalan daripada Sultan Deli yang pernah memerintah Medan sehinggalah akhirnya Medan menjadi sebahagian Republik Indonesia apabila kesultanan ini telah dihapuskan. Kini, istana ini ditadbir sendiri oleh ahli keluarga diraja yang masih tinggal di Istana ini dan menjadi salah satu tarikan pelancong ke Medan. Di sini juga terdapat meriam puntung yang agak menarik kisahnya. Selepas puas melawat istana tersebut kami terus sebuah restoran masakan Padang untuk menikmati hidangan tengahari. Memang enak makanan yang dihidangkan disini. Jika ke Medan tidak lengkap jika tidak ke Masjid Raya al Masyun Medan ini yang juga dibina pada zaman kesultanan Deli. Rekabentuk masjid ini agak menarik kerana mempunyai sentuhan rekabentuk moor, melayu dan timur tengah manakala rekabentuk dalamnya pula seperti Masjid Kubah Batu di Baitulmuqaddis. Di Medan juga terdapat beberapa buah pusat membeli belah yang menarik serta kawasan berbelanja seperti pasar ikan, medan mall dan sogo.

Pada hari kedua pula kami sekeluarga telah ke Berastagi yang terletak dalam 2 jam perjalanan dari Kota Medan. Di sini merupakan kawasan tanah tinggi di mana anda dapat melihat dengan lebih dekat keunikkan kaum batak yang tinggal di kawasan ini dan paling menarik adalah terdapat 2 gunung berapi di sini iaitu Gunung Sinabung dan Gunung Sibanyak. Lakukan aktiviti seperti menunggang kuda atau menaiki kereta kuda di sini dan kemudian membeli belah di pasar buah berastagi atau membeli cenderamata seperti baju dan barabgan kraf di sini. Selain dari tempat-tempat yang saya sebutkan banyak lagi tempat menarik untuk di lawati jika ke Medan seperti ke Tasik Toba yang amat terkenal dan Pulau Samosir untuk melihat dengan dekat cara hidup kaum batak. Juga terdapat tempat menarik di kota Medan sendiri seperti Muzium Sumatera Utara dan Muzium Rahmat yang mempamerkan koleksi haiwan yang telah di awetkan. Lawatan saya sekeluarga berakhir dengan kami menaiki pesawat pulang ke KL pada hari keempat dan mungkin akan ke sini lagi untuk ke Tasik Toba pula, Insya Allah.















Pemandangan di Berastagi berlatar belakangkan Gunung Berapi Sibanyak















Pusat Bandar Medan berhampiran kawasan Kesawan














Bersama keluarga di hadapan Istana Maimoen, Kota Medan














Masjid Raya Al Masyun Medan














Gunung Berapi Sinabung, Berastagi, Medan














Pasar Buah Berastagi