Wednesday, June 13, 2007

Alor Gajah




Ini adalah antara gambar-gambar menarik di sekitar Alor Gajah antaranya Dataran Alor Gajah, Muzium Adat istiadat, A'Famosa Resort, Pantai Tanjung Bidara dan Muara Sungai Linggi.




Jadi apa yang ditunggu lagi Marilah beramai-ramai melawat Alor Gajah sekarang juga!

Semalam Di Alor Gajah


Alor Gajah atau dahulu dikenali dengan nama Naning merupakan salah satu daerah yang terdapat di negeri Melaka. daerah ini pada asalnya merupakan sebuah negeri bebas yang ditadbir oleh seorang ketua yang dikenali sebagai Datuk Naning dan penduduknya mengamalkan adat perpatih walaupun ianya tidak terletak di dalam Negeri Sembilan menjadikan daerah ini amat istimewa. Namun perang naning yang berlaku di antara 1831-1832 menyebabkan daerah ini jatuh ke tangan Inggeris dan akhirnya disatukan di bawah pentadbiran negeri Melaka oleh Inggeris. Penduduk Alor Gajah kini di bawah Majlis Perbandaran Alor Gajah pesat membangun hasil pembangunan oleh kerajaan negari. Penduduk di sini juga harus berbangga kerana di sini terletaknya kilang membuat kereta Honda serta kawasan industrinya yang semakin bertambah dari hari ke hari.

Daerah ini terbahagi kepada beberapa mukim yang meliputi beberapa bandar iaitu Alor Gajah, Masjid Tanah serta Pulau Sebang. Bandar Alor Gajah merupakan pusat pentadbiran utama manakala Masjid Tanah pula merupakan pusat perdagangan utama daerah ini. Kini daerah ini ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah. Kedudukan Alor Gajah amat strategik kerana dihubungi oleh beberapa lebuhraya iaitu Lebuhraya Utara Selatan dimana pelawat boleh keluar melalui susur keluar Simpang Empat dan Lebuhraya Alor Gajah-Melaka-Muar yang baru siap memudahkan perjalanan untuk ke Kuala Lumpur ataupun ke Bandaraya Melaka.
Di sini terdapat banyak kawasan yang boleh dilawati antaranya adalah Makam Dato' Dol Said, Dataran Alor Gajah yang terkenal dengan replika keris gergasinya, makam British, kubu belanda serta banyak lagi. Jika inginkan riadah di daerah ini menawarkan pelbagai kawasan reakreasi keluarga seperti A' Famosa Resort, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Pengkalan Balak, taman rama-rama serta Air Panas Gadek. Banyak lagi yang boleh dilawati di daerah ini kerana sememangnya Alor Gajah amat mempersonakan seperti motto bandar ini iaitu 'Bandar Maju Persona'.