Saturday, March 22, 2008

Muzium Seni Bina Malaysia







Lokasi : Banda Hilir, Melaka
Muzium ini memaparkan pelbagai koleksi dan sejarah senibina di Malaysia. Terdapat beberapa koleksi model-model bangunan yang di pamerkan di muzium ini yang pasti akan menarik perhatian pengunjung. Masuk adalah percuma dan di buka setiap hari dari jam 9 pg - 5.30 ptg.

Sunday, March 16, 2008

Kenangan Di Langkawi 2007

Ini adalah gambar-gambar kenangan kat Pulau Langkawi....











Wednesday, March 05, 2008

Angkasawan di Pekan

29 Feb -1 Mac 08 lalu aku gi Pekan kat Pahang untuk join pameran angkasawan kat sana. Pameran tu sempena pelancaran Ikon PLKN di mana angkasawan kedua negara Dr Faiz Khaleed telah dilantik menjadi ikon PLKN. Bandar tu ok gak r mungkin sebab Bandar DiRaja jadi pembangunan pun seimbang walaupun sepatutnya lebih lagi dari itu. Mula-mula sampai kat sana dah dekat jam 10 malam, hujan turun dengan selebat-lebatnya sampai kitaorang angkat barang-barang dalam basah kuyup sebab barang-barang mesti diangkat malam tu gak. Lepas tu kena tunggu nak gi hotel sebab kitaorang suma tak tahu kat mana hotel kitaorang nak menginap tu. Dalam kul 1 pagi barulah kitaorang sampai kat resort tu. Nampak macam menarik sebab kat tepi pantai, tapi sayangnya kita orang tak boleh mandi laut sebab pantainya berlumpur. Resortnya kelihatan agak pendalaman di area kampung sesuai untuk camping. Keesokkannya kitaorang pun mulakan tugas sebagai fasilitator kat pameran tu, sekejap aje pas pelancaran ikon tu dah abis sebab orang ramai tak ada. Hujan dari semalam tak berenti sampaikan majlis pelancaran terpaksa dibatalkan dijalankan di atas padang sebaliknya dijalankan di dalam khemha pameran sahaja. Maka berhimpiy-himpitlah suma orang dalam khemah tu yang penuh ngan barang-barang pameran. Dalam jam 2 petang kitaorang suma berkemas semula nak balik kl. lega rasanya hati dapat balik kl awal dari yang dijangkakan. Sebelum balik sempat gak borak ngan Dr Faiz bertanyakan beberapa perkara tentang pengalaman beliau semasa latihan angkasawan. Dalam jam 7 malam kitaorang pun sampai kl selepas 4 jam perjalanan dari Pekan, Pahang