Selama ini kita selalu tertanya-tanya apakah ada tempat yang menarik dari segi eco-pelancongan di Negeri Selangor ini, namun atas usaha Kerajaan Selangor melalui program "Selangor Shine" barulah eco-pelancongan di negeri ini mulai popular. Saya telah mengikuti satu program yang dipanggil Selangor Eco-Photo Hunt 2011 yang telah berlangsung pada 17hb Disember yang lalu bertempat di Shah Alam dan berakhir di Sungai Congkak. Program ini merupakan program treasure hunt la lebih kurang tetapi jawapan haruslah dalam bentuk fotografi. Fuhhh, memang agak mencabar gaklah sebab untuk memenangi pertandingan ini harus bijak mengambil gambar yang menarik.
Tetapi apa yang saya nak tekankan di sini adalah tentang keindahan alam semulajadi yang terdapat di negeri Selangor ini. Sepanjang program ini berlangsung kesemua tempat untuk mengambil jawapan adalah berasaskan keindahan alam semulajadi selangor terutama di daerah Hulu Langat. Jika selama ini selalunya jika berkaitan keindahan alam semulajadi di Selangor kita mesti terfikir akan keindahan sawah
padi di Tanjung Karang atau Sungai Besar dan keindahan air terjun di sekitar Hulu Langat, namun ada lebih dari itu sebenarnya.
Antara tempat yang menarik untuk dikunjungi untuk melihat keindahan alam sekitar adalah di ladang ternakan UPM. Ladang ini agak luas keluasannya, namun apa yang menarik adalah suasananya yang seakan berada di New Zealand! . Padang rumput yang menhijau serta pohon rendang yang menarik telah menjadi tempat pengambaran beberapa filem dan drama tempatan dan yang paling terkenal adalah menjadi lokasi untuk filem "Magika" . Tempat lain yang boleh diamati keindahannya adalah empangan Semenyih yang terletak di antara kajang dan Sg Congkak. Keindahan empangan ini agak terselah kerana kedudukannya yang terletak jauh dari kawasan bandar berbanding empangan Batu yang terletak di laluan utama dari KL ke Kuala Kubu Bharu. Selain itu, Keindahan bukit Broga juga amat menarik jika berjaya mendaki sampai ke puncaknya. Kehijauan alam sekitar begitu terselah dan jika melhat pemandangan dari atas bukit ini memang sangat-sangat menarik perhatian mata kita kerana hanya rumput sahaja tumbuh menghijau di atas puncak bukit Broga ini.
Selain itu, keindahan air terjun memang tidak dapat disangkal lagi seperti Sg Congkak, Taman Rimba Komanwel, Pasun, Sg Tekala dan banyak lagi. Jadi jika anda berminat akan alam semulajadi, di negeri Selangor banyak menawarkan tempat-tempat yang menarik dan kebanyakkan tempat-tempat ini juga mempunyai chalet untuk anda bermalam. Jadi semuanya ada dan amat menarik sekali!

No comments:
Post a Comment