Friday, May 01, 2026

The Devil Wears Prada 2 - What to Expect?

Selepas dua dekad akhirnya filem yang telah memberi impak pada suatu masa dahulu kini akhirnya muncul dengan sekuel keduanya tetapi adakah filem kedua ini sehebat filem pertama yang sangat ikonik? The Devil Wears Prada 2 yang menjadi bualan sejak beberapa bulan lalu akhirnya kini ditayangkan di panggung wayang dan selepas menonton filem ini terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi sorotan penulis untuk mengulas tentang filem ini dan apakah filem ini berbaloi atau tidak untuk di tonton. Pertama sekali selepas menonton trailer filem ini pada tahun lepas ianya telah menjadi satu keterujaan untuk menonton filem ini kerana impak dari filem pertama sangat besar dan ikonik sehingga menjadi antara barisan filem yang harus ditonton untuk tahun 2026 ini. Penulis menunggu sehingga hari kedua tayangan untuk menonton filem ini kerana ingin melihat sebarang ulasan atau kritikan daripada para peminat filem dan netizen yang telah menonton filem ini pada hari pertama. Perkara pertama yang ingin penulis sorot adalah tentang mutu lakonan para pelakon utama filem ini iaitu Meryl Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt & Stanley Tucci yang tampak tidak jauh berbeza dengan filem pertama dan mereka telah memberikan lakonan yang terbaik dan mengkagumkan untuk menjayakan watak masing-masing walaubagaimanapun penulis merasakan lakonan Meryl Streep kali ini mungkin tidak akan membawa beliau untuk dicalonkan ke Oscar seperti filem pertama kerana watak Miranda Priestly pada kali ini nampak seperti terlalu biasa tanpa ada sebarang babak yang agak mengkagumkan atau ikonik. Penampilan busana atau pakaian pada filem kali ini sangat menarik dan 'outstanding' dan menjadi 'highlight' utama filem ini dan mungkin kerana filem kedua ini mendapat perhatian dan banyak bantuan dari pelbagai rumah fesyen terkenal di seluruh dunia dan sepanjang filem ini diputarkan kita akan dapat melihat pelbagai jenis busana dari pelbagai pereka fesyen mewah terkenal yang dipakai oleh para pelakon filem ini. Watak ikonik Miranda Priestly pada filem kedua ini nampak sedikit berbeza daripada filem pertama kerana wataknya telah berubah menjadi seorang yang boleh menerima pendapat orang lain dan mengikut telunjuk orang tertentu dan hilang sedikit taring dan ini mungkin menjadi sedikit janggal kerana mungkin ramai yang ingin melihat watak Miranda Priestly menjadi lebih 'devil' pada kali ini namun ianya tidak seperti jangkaan ramai mungkin ini terjadi kerana penulis filem mengambil perubahan zaman yang dilalui dari tahun 2006 ke tahun 2026 dan pada filem kali ini kita mungkin merasa sedikit 'pity' pada watak Miranda Priestly yang nampak terpaksa menerima perubahan zaman yang berlaku. Tetapi secara keseluruhan filem ini masih filem yang bagus dan menarik untuk ditonton dengan beberapa babak yang menghiburkan dan mungkin akan diperkatakan seperti babak 'fashion show' yang menampilkan Lady Gaga dan babak dalam kereta antara Miranda dan Andrea "Andy". Kepada yang menantikan filem ini dari dulu rasanya anda boleh menonton filem ini sekarang di panggung wayang terdekat kerana ianya  berbaloi untuk ditonton kerana menghiburkan dan bak kata ikonik dari Miranda Priestly 'That's All'.....

Friday, January 02, 2026

Timor Leste - Permata Baru ASEAN

Maybe Sudah ramai yang telah mengenali negara Timor Leste kerana sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 2002, negara kita telah memperkenalkan negara ini kepada rakyat Malaysia. Namun apakah keistimewaan Timor Leste yang boleh kita terokai pada masa ini. Timor Leste yang terletak di Pulau Timor di Nusa Tenggara Indonesia dan berhampiran dengan Australia melalui sempadan Laut Timor. Negara ini telah dijajah oleh Portugis selama 300 tahun sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1975, namun kemerdekaan ini hanya bertahan selama 9 hari sahaja apabila Indonesia telah menceroboh dan menduduki Timor Leste. Sejak itu, pihak Fretilin yang merupakan gerakan politik yang membebaskan Timor Leste dari penjajahan Portugis membantah pendudukan oleh Indonesia ini dan telah melancarkan serangan sebagai bantahan kepada tindakan Indonesia ini. Namun pada 1976, pihak Indonesia telah mengisytiharkan Timor Leste sebagai wilayah Indonesia ke 27 dan menamakan wilayah ini sebagai Timor Timur dan sejak itu, Fretilin dan beberapa gerakan telah melancarkan gerakan militia untuk membebaskan Timor Timur daripada cengkaman Indonesia dan kemuncaknya berlaku apabila berlakunya Santa Cruz Massacre apabila 250 rakyat Timor Timur yang merupakan sebahagian aktivis pro-kemerdekaan yang melakukan bantahan kepada Indonesia telah dibunuh di kawasan perkuburan Santa Cruz dan peristiwa ini disaksikan dan telah dirakamkan secara rahsia oleh wartawan dari Amerika Syarikat dan rakaman tersebut telah berjaya dibawa keluar secara rahsia ke Australia dan sejak itu dunia telah menyaksikan kekejaman tentera Indonesia terhadap rakyat Timor Timur. Akhirnya apabila Suharto telah dijatuhkan dan B.J Habibie mengambil alih jawatan Presiden Indonesia, beliau telah melancarkan referendum kepda rakyat Timor Timur samada mahu merdeka atau kekal dalam Indonesia dan 78.5% rakyat Timor Timur memilih untuk kemerdekaan daripada Indonesia. dan akhirnya pada tahuin 2002, secara rasmi Timor Leste mencapai kemerdekaan sepenuhnya dan menjadi negara yang berdaulat. Sejak itu, Timor Leste berusaha untuk menjadi sebahagian daripada ASEAN kerana dengan menjadi negara anggota ASEAN, suara Timor Leste akan menjadi lebih di dengari di pelosok dunia terutama di rantau ASEAN sendiri. Selepas berbelas tahun berusaha untuk menjadi anggota ASEAN, akhirnya pada tahun 2025 Timor Leste secara rasminya menjadi anggota ASEAN dan ini merupakan satu pencapaian yang amat bermakna bagi mereka.