Friday, May 01, 2026

The Devil Wears Prada 2 - What to Expect?

Selepas dua dekad akhirnya filem yang telah memberi impak pada suatu masa dahulu kini akhirnya muncul dengan sekuel keduanya tetapi adakah filem kedua ini sehebat filem pertama yang sangat ikonik? The Devil Wears Prada 2 yang menjadi bualan sejak beberapa bulan lalu akhirnya kini ditayangkan di panggung wayang dan selepas menonton filem ini terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi sorotan penulis untuk mengulas tentang filem ini dan apakah filem ini berbaloi atau tidak untuk di tonton. Pertama sekali selepas menonton trailer filem ini pada tahun lepas ianya telah menjadi satu keterujaan untuk menonton filem ini kerana impak dari filem pertama sangat besar dan ikonik sehingga menjadi antara barisan filem yang harus ditonton untuk tahun 2026 ini. Penulis menunggu sehingga hari kedua tayangan untuk menonton filem ini kerana ingin melihat sebarang ulasan atau kritikan daripada para peminat filem dan netizen yang telah menonton filem ini pada hari pertama. Perkara pertama yang ingin penulis sorot adalah tentang mutu lakonan para pelakon utama filem ini iaitu Meryl Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt & Stanley Tucci yang tampak tidak jauh berbeza dengan filem pertama dan mereka telah memberikan lakonan yang terbaik dan mengkagumkan untuk menjayakan watak masing-masing walaubagaimanapun penulis merasakan lakonan Meryl Streep kali ini mungkin tidak akan membawa beliau untuk dicalonkan ke Oscar seperti filem pertama kerana watak Miranda Priestly pada kali ini nampak seperti terlalu biasa tanpa ada sebarang babak yang agak mengkagumkan atau ikonik. Penampilan busana atau pakaian pada filem kali ini sangat menarik dan 'outstanding' dan menjadi 'highlight' utama filem ini dan mungkin kerana filem kedua ini mendapat perhatian dan banyak bantuan dari pelbagai rumah fesyen terkenal di seluruh dunia dan sepanjang filem ini diputarkan kita akan dapat melihat pelbagai jenis busana dari pelbagai pereka fesyen mewah terkenal yang dipakai oleh para pelakon filem ini. Watak ikonik Miranda Priestly pada filem kedua ini nampak sedikit berbeza daripada filem pertama kerana wataknya telah berubah menjadi seorang yang boleh menerima pendapat orang lain dan mengikut telunjuk orang tertentu dan hilang sedikit taring dan ini mungkin menjadi sedikit janggal kerana mungkin ramai yang ingin melihat watak Miranda Priestly menjadi lebih 'devil' pada kali ini namun ianya tidak seperti jangkaan ramai mungkin ini terjadi kerana penulis filem mengambil perubahan zaman yang dilalui dari tahun 2006 ke tahun 2026 dan pada filem kali ini kita mungkin merasa sedikit 'pity' pada watak Miranda Priestly yang nampak terpaksa menerima perubahan zaman yang berlaku. Tetapi secara keseluruhan filem ini masih filem yang bagus dan menarik untuk ditonton dengan beberapa babak yang menghiburkan dan mungkin akan diperkatakan seperti babak 'fashion show' yang menampilkan Lady Gaga dan babak dalam kereta antara Miranda dan Andrea "Andy". Kepada yang menantikan filem ini dari dulu rasanya anda boleh menonton filem ini sekarang di panggung wayang terdekat kerana ianya  berbaloi untuk ditonton kerana menghiburkan dan bak kata ikonik dari Miranda Priestly 'That's All'.....

No comments: