Sunday, February 16, 2014

Fadzly at Europe part 2 - London


Ok aku rasa dh dekat dua minggu pas balik dari europe aku tak update apa-apa pun kan so nilah time aku nak update after sekian lama jadi aku nak mulakan dengan hari pertama tiba di London atau lebih tepat lagi Heathrow Airport...aku ke sana dengan menaiki pesawat A380 MAS...13 jam dalam pesawat memang perkara yang aku tak boleh blah sebab sakit tulang ponggok aku dalam flight. Setibanya di kota London ni perkara pertama aku cari ialah tiket underground atau orang kat sana panggil sebagai tube sebab inilah pengangkutan utama dan paling mudah kat kota London ni...ok sebagai pelancong aku sarankan korang semua kalau ke sini beli tiket 'osyter' sebab senang dan mudah dan ada diskaun untuk setiap perjalanan jika gunakan kad ini. Underground kat kota London ni memang bagus u olls sebab banyak tempat dihubungkan dengan laluan underground dan ada banyak line dan kalau nak tahu underground di London ni adalah yang pertama di dunia dan berusia 150 tahun u olls! 
Keesokkan harinya tempat pertama aku lawat adalah Kensington Garden dan Istana Kensington yang terletak tak jauh dari hostel aku duduk tu dan boleh jalan kaki sahaja untuk.ke sana. Kalau ada yang tak tahu istana kensington merupakan sebuah kediaman beberapa orang ahli keluarga diraja Britain di mana yang paling popular adalah Puteri Diana dan kini Putera William  juga tinggal di Istana ini. Taman di hadapan istana ini agak menarik dan aku pun teruskan perjalanan ke muzium sejarah asli yang terletak di area south kensington dan aku jalan kaki je ke sana sebab tak jauh sangat di samping dapat cuci mata sekali kan. 
Muzium kat London ni memang menarik sebab banyak koleksi dan kalau nak tahu nak masuk ke muzium di sini kena beratur dahulu sebab sangat ramai macam kat klcc plak suasananya...kalau dibandingkan dengan muzium di malaysia memang sedih la...Pas ke muzium tu aku ke area Istana Buckingham ok aku rasa semua dah tahu kan Istana Buckingham adalah kediaman rasmi pemerintah Britain iaitu kalau sekarang ni Queen Elizabeth ll dan disini selalu diadakan changing the guard iaitu pertukaran pengawal istana...hmmm pertukaran pengawal istana pun meriah ko dengan segala muzik dan pancaragam ada..memang meriah lah


. Di kawasan berhampiran istana ni ada beberapa taman awam seperti Green park dan James Park tapi sebab sekarang ni ngah winter so xdelah aku nak berpiknik kat taman ni kan nanti orang kata gilo ke pe piknik time sejuk-sejuk ni kan. Owh sebelum ke Istana Buckingham actually aku singgah dulu kat Big Ben kalo nak tahu Big Ben tulah menara jam yang femes tu dan terletak tak jauh dengan Eyes of London dan di situlah terletaknya Parliment British dan Westminter Abbey iaitu tempat majlis pengebumian kerabat diraja British diadakan dan berkahwin, so tempat-tempat tu memang tak jauh la antara satu sama lain dan aku rasa kalau nak jimat jalan kaki jelah lagipun tengah winter kan so takdelah rasa berpeluh ke or penat sangat. Penat plak aku menaip so nanti aku sambung lagi plak sebab mengantuk nak tido plak aku...hehehe