Dah beberapa hari aku tak dapat nak update blog aku ni sebabnya adalah kerana laptop aku buat hal la pulak, tiba-tiba je skrin bermasalah. Aduhai waktu-waktu macam inilah laptop aku nak rosak, tapi apakan daya semuanya sudah ditakdirkan jadi terpaksa lah aku menerima hakikat, disebabkan oleh aku memang nak sangat guna laptop terpaksalah juga aku menghantar ke kedai untuk membaiki laptop aku ni. Setelah puas berfikir aku pun decide untuk menghantar laptop aku ke plaza low yat dekat jalan imbi untuk membaiki semula laptop kesayangan aku ni. Mula-mula tu aku fikir gak nak hantar kat kedai yang mana satu, aku pun try la hantar kat satu kedai ni.
Mula-mula je aku aku buat-buat tanya apa yang rosak pada skrin laptop aku ni, orang yang jaga kedai tu macam orang pakistan aku agaklah, dier pun beritahu yang dia kena check dulu apa masalah dan akan inform aku kemudian. So aku pun tinggalkan no hp aku pada mamat tu and lepas tu aku pun pergi la merayau kat sekitar low yat tu, belum sampai 15 minit mamat pakistan tu dah call aku and beritahu aku yang skrin laptop aku yang ada masalah tu and aku pun tanya kosnyer berapa, terus dier jawab RM270...fikir punya fikir aku pun decide untuk tak jadi hantar kat kedai tu. Aku pun terus datang semula ke kedai tu dan ambil semula laptop aku and lepas tu aku try tanya kat kedai lain pun jawapan yang sama diberi dan harga yang sama (pada aku semua tu pemilik yang sama kot tu yang sama je harganya) So, aku pun decide lepas tu takpelah next time jelah aku hantar..tup..tup ada satu kedai tu aku try tanya sebelum balik terus dier jawab RM250...Sebabkan aku rasa bodoh pulak kalau tak repair, so aku pun hantarlah kat kedai cina tu, terus dier repair waktu tu gak, tukar skrin baru...tak sampai 30 minit dah siap laptop aku. Punyalah cepat siap, so aku pun balik lah lepas tu sambil fikir-fikir, tu baru skrin yang rosak kalau yang lain rosak sure aku tukar laptop baru lah gamaknya...
No comments:
Post a Comment