Monday, April 16, 2012

Journey To Medan, Indonesia

Bulan Mac lepas dari 22hb sampai 25hb aku dan kedua ibu bapa aku pergi lah bercuti ke Medan, Indonesia yang aku dah plan sejak setahun yang lepas dengan menaiki pesawat AirAsia (besa r nak dapat tambang murah kena r tggu setahun kan). Setiba di airport Medan yang agak kecil tapi padat aku dan family terus dibawa ke hotel penginapan aku sekeluarga yang terletak di jln Mohammad Yamin iaitu Hotel Grand Sakura. Bila sampai hotel ingatkan boleh la terus check in n  masuk bilik skali ada masalah la plak sbb hotel nie masa booking x caj kredit kad aku trus...(ngok gak hotel ni) Selepas selesai sedikit salah faham tu barulah aku dapat check in ke dalam hotel dengan selesa dan oleh sebab kami tiba agak lewat sekitar jam 6 ptg waktu tempatan, jadi selepas check in kami sekeluarga hanya rehat di dalam bilik sahaja dan terus makan malam sekitar hotel sahaja.

Pada keesokkan harinya bermula aktiviti kami di mana aku telah book tour guide untuk satu hari bermula dengan lawatan ke ladang buaya. Di ladang buaya ini terdapat beberapa jenis buaya yang tinggal dan diasingkan mengikut tahun. Apa yang menariknya adalah kerana sangkar buaya yang agak terbuka dengan pengunjung pastinya memberi debaran pada setiap pengunjung. Selepas itu kami terus ke sebuah gereja yang berbentuk seperti kuil hindu, dan selepas itu pula kami terus menuju ke Istana Maimoen yang terletak di tengah kota Medan. Istana ini merupakan peninggalan daripada Sultan Deli yang pernah memerintah Medan sehinggalah akhirnya Medan menjadi sebahagian Republik Indonesia apabila kesultanan ini telah dihapuskan. Kini, istana ini ditadbir sendiri oleh ahli keluarga diraja yang masih tinggal di Istana ini dan menjadi salah satu tarikan pelancong ke Medan. Di sini juga terdapat meriam puntung yang agak menarik kisahnya. Selepas puas melawat istana tersebut kami terus sebuah restoran masakan Padang untuk menikmati hidangan tengahari. Memang enak makanan yang dihidangkan disini. Jika ke Medan tidak lengkap jika tidak ke Masjid Raya al Masyun Medan ini yang juga dibina pada zaman kesultanan Deli. Rekabentuk masjid ini agak menarik kerana mempunyai sentuhan rekabentuk moor, melayu dan timur tengah manakala rekabentuk dalamnya pula seperti Masjid Kubah Batu di Baitulmuqaddis. Di Medan juga terdapat beberapa buah pusat membeli belah yang menarik serta kawasan berbelanja seperti pasar ikan, medan mall dan sogo.

Pada hari kedua pula kami sekeluarga telah ke Berastagi yang terletak dalam 2 jam perjalanan dari Kota Medan. Di sini merupakan kawasan tanah tinggi di mana anda dapat melihat dengan lebih dekat keunikkan kaum batak yang tinggal di kawasan ini dan paling menarik adalah terdapat 2 gunung berapi di sini iaitu Gunung Sinabung dan Gunung Sibanyak. Lakukan aktiviti seperti menunggang kuda atau menaiki kereta kuda di sini dan kemudian membeli belah di pasar buah berastagi atau membeli cenderamata seperti baju dan barabgan kraf di sini. Selain dari tempat-tempat yang saya sebutkan banyak lagi tempat menarik untuk di lawati jika ke Medan seperti ke Tasik Toba yang amat terkenal dan Pulau Samosir untuk melihat dengan dekat cara hidup kaum batak. Juga terdapat tempat menarik di kota Medan sendiri seperti Muzium Sumatera Utara dan Muzium Rahmat yang mempamerkan koleksi haiwan yang telah di awetkan. Lawatan saya sekeluarga berakhir dengan kami menaiki pesawat pulang ke KL pada hari keempat dan mungkin akan ke sini lagi untuk ke Tasik Toba pula, Insya Allah.















Pemandangan di Berastagi berlatar belakangkan Gunung Berapi Sibanyak















Pusat Bandar Medan berhampiran kawasan Kesawan














Bersama keluarga di hadapan Istana Maimoen, Kota Medan














Masjid Raya Al Masyun Medan














Gunung Berapi Sinabung, Berastagi, Medan














Pasar Buah Berastagi

1 comment:

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.