Seperti kebiasaan bila hadirnya Eid Mubarak atau Aidilfitri...pasti akan disusuli dengan jemputan rumah terbuka atau open house dan ianya seperti sudah menjadi tradisi setiap tahun untuk mengadakannya...Setiap tahun pasti akan ada jemputan sehingga ada 3-4 jemputan dalam sehari dan hampir kesemua jemputan akan dihadiri walaupun dalam keadaan penat. Namun apa yang menariknya tentang rumah terbuka ini adalah makanan yang dihidangkan pastilah enak-enak belaka dan sukar untuk kita menolak untuk tidak menikmatinya kerana mana mungkin kita menolak hidangan ynag disediakan seperti ketupat, lemang, rendang, mee kari, nasi kerabu, nasi beriyani dan macam-macam lagi. Seems like yesterday, i went to my clique open house at ampang area, so lot of food be there...memang menyelerakan dan lazat dan disambung ke rumah kedua dan macam biasa harus dinikmati makanan yang terhidang...anyway, my points here is did we realize that all the food are really healthy or not? seems like maybe not healthy with a lot of food are meat and carbohydrate basis. Maybe, after balik dari open house kita perlu bersenam dengan lebih kerap untuk memastikan tiada kesan sampingan, tapi macam biasa pasti ramai yang agak keberatan untuk meninggalkan katil untuk bersenam termasuk saya pun, nak tak nak kita terpaksa lakukan sesuatu samada bersenam ataupun kurangkan makan ketika menghadiri rumah terbuka atau open house ini. Terpulang pada kita samada kita mahukan penyakit di masa depan atau kekal sihat sehingga tua, tepuk dada tanya selera anda....anyway saya pun sedang berusaha untuk kekal sihat, Insyaallah kalau berusaha pasti berjaya....
Saturday, September 17, 2011
Thursday, September 01, 2011
Salam Eid Mubarak
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri atau Eid Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia terutama di Malaysia. Semoga Aidilfitri kali ini di sambut dengan meriah dan dengan keserdehanaan, semoga kita semua dapat memaafkan dosa-dosa orang-orang Islam di seluruh dunia. Jangan kita lupa pada yang tidak bernasib baik hulurkan sedekah kepada mereka ini yang amat memerlukan dan bantulah la umat-umat Islam di seluruh dunia yang tidak bernasib baik terutama di Somalia kerana mereka menyambut Aildilfitri dalam serba kekurangan akibat kemarau panjang. apa-apapun marilah kita bersyukur pada Allah SWT di atas segala limpah kurnia dan rahmatnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)