Tahun 2012 sudah menjelma dan adakah anda telah memilih destinasi percutian anda untuk tahun ini samada bersama teman, keluarga atau sendirian? Jika sudah membuat perancangan pasti banyak destinasi yang bermain-main di fikiran anda bukan? ataupun perancangan sudah dibuat berbulan-bulan yang lalu lagi-lagi apabila AirAsia sering membuat promosi hebat. Namun begitu, terdapat 5 destinasi percutian terbaik yang disenaraikan oleh CNN hasil komentar dari beberapa pakar percutian terkemuka dunia dan majalah percutian antarabangsa. Ingin mengetahui 5 destinasi tersebut akan saya paparkan dibawah dan terus membaca.
1) London, England
Mengapa London menjadi pilihan utama destinasi percutian 2012 sedangkan perkahwinan diraja telah pun berlangsung pada tahun lalu? Ingin mengetahui mengapa? Ini sudah tentulah kerana pada tahun 2012, London akan menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik yang akan berlangsung antara 27 Julai - 12 Ogos 2012. Sudah pasti ramai pelancong akan membanjiri kota London pada waktu itu untuk menyaksikan acara utama dunia yang hanya berlangsung 4 tahun sekali sahaja. Namun begitu, faktor lain yang menjadi pilihan adalah kerana Kota London juga bakal dihiasi dengan pelbagai acara sempena ulangtahun pemerintahan ke 60 Ratu Elizabeth II sebagai pemerintah England. Pelbagai acara telah dirancang sempena sambutan tersebut yang dijangka menarik perhatian ramai pelancong. Selain itu, sambutan ulangtahun kelahiran ke 200 Charles Dickens juga akan berlangsung di Kota London pada tahun 2012, di mana pelbagai acara dan festival telah dirancang. Sudah pasti dengan pelbagai acara dan festival sepanjang 2012 Kota London akan menjadi pilihan utama pelancong dari seluruh dunia.
2) Amerika Tengah (Tamadun Maya)
Sejak akhir-akhir ini negara Amerika Tengah yang mempunyai hububgan dengan tamadun Maya seperti Mexico, Guatemala, Belize dan Honduras menjadi sebutan para pelancong di seluruh dunia. Apa yang membuat negara-negara ini menjadi sebutan adalah kerana kalendar Maya yang menyebut akan berlaku bencana dasyat pada Disember 2012 dan ini menyebabkan para pelancong teringin untuk melawat tapak-tapak sejarah yang berkaitan tamadun ini seperti tapak Piramid Chichen Itza di Mexico yang merupakan salah satu 7 keajaiban dunia yang baru dan Tikal di Guatemala. Sudah pasti banyak tapak sejarah yang berkaitan tamadun ini yang akan menjadi pilihan pelancong.
3) Myanmar
Pilihan utama ketiga untuk para pelancong ini pasti akan memeranjatkan ramai pihak kerana selama ini agak sukar untuk mendengar orang perseorangan untuk menyatakan untuk pergi bercuti di Myanmar kerana faktor kerajaan junta tentera di sana. Namun, persepsi itu harus diketepikan untuk tahun 2012 ini setelah kerajaan demokrasi telah mula memerintah Myanmar dan Aung San Suu Kyi telah dibebaskan. banyak tempat menarik yang boleh diterokai di sini dan mulai di kota Yangoon yang merupakan kota terbesar di negara ini yang penuh dengan sejarah seperti Kuil Swedagon pagoda yang amat popular di sini. Ataupun anda boleh bercuti di Myanmar dengan melawat Bagan yang merupakan bekas tapak sejarah yang amat bernilai di Myanmar kerana tapak pagoda dan tamadun Bagan yang amat kuat suatu masa dahulu. Selain itu anda juga boleh melawat Tasik Inle yang menawan pemandangan. Di samping itu juga, keramahan penduduk di sini juga menjadi faktor Myanmar menjadi pilihan ketiga untuk destinasi percutian 2012.
4) Chicago, Amerika Syarikat
Agak memeranjatkan apabila Chicago menjadi pilihankomentar dan bukannya kota New York. Ini mungkin disebabkan faktor beberapa acara utama akan berlangsung di Chicago sepanjang tahun 2012 seperti Persidangan ke 12 Nobel Peace Laureates, Persidangan NATO dan Sidang Kemuncak Kumpulan G8 dan Piala Ryder. Disamping itu, Chicago juga menawarkan pelbagai tempat menarik untuk dilawati seperti muzium, acara sukan dan membeli-belah.
5) St Vincent & The Grenadines
Negara ini merupakan salah satu negara Caribbean yang amat menarik terutama apabila menjadi salah satu lokasi utama untuk pengambaraan filem "Pirates Of The Caribbean". Pantai tropikanya yang cantik pasti menjadi pilihan para pelancong untuk pergi bercuti walaupun untuk ke sana agak sukar terutamanya dari Malaysia yang tidak mempunyai penerbangan terus ke sana. Namun begitu, keindahannya pasti membuatkan ramai akan memasang angan untuk ke negara ini suatu hari nanti walaupun bukan di tahun 2012.
Destinasi Pilihan
Jadi yang manakah menjadi pilihan anda untuk pergi bercuti? Jika anda merasakan tempat-tempat ini agak jauh dari negara kita mungkin anda boleh memikirkan destinasi lain di dalam negara seperti Melaka, Penang, Kuching, Kota Kinabalu atau Pulau Langkawi.
Jadi yang manakah menjadi pilihan anda untuk pergi bercuti? Jika anda merasakan tempat-tempat ini agak jauh dari negara kita mungkin anda boleh memikirkan destinasi lain di dalam negara seperti Melaka, Penang, Kuching, Kota Kinabalu atau Pulau Langkawi.