PEKERJA DI RUMAH DI PERLUKAN SEGERA
Gaji Sehingga RM1300 - RM3400 Sebulan
Syarat Kelayakan:
- Asas komputer & internet
- Microsoft Office (Words & Excel)
- Boleh menulis, membaca & faham B.Inggeris
- Komputer/Laptop
- Akses ke talian internet
- 18 tahun keatas
- Boleh bekerja tanpa pengawasan
Maklumat lanjut layari:
http://www.jobdirumah.com/corax82
Friday, November 30, 2012
Sunday, November 04, 2012
Koleksi terbaru H&M...Maison Martin Margiela
Maison Martin Margiela...punyalah panjang nama sampai tergeliat lidah melayu aku ni nak sebut.....mesti u all semua tertanyakan apa benda la Maison Martin Margiela tu kan....nama orang ke? tapi apa kaitannya dengan H&M? mesti u all tertanya-tanyakan apa benda tu...Actually Maison Martin Margiela ni adalah nama label pakaian yang berasal dari Belgium tapi bertapak di kota Paris. Jenama fesyen ini merupakan jenama fesyen berasaskan konsep "Avant-Garde" ...Apa benda plak avant-garde tu...yang tu u all buka wikipedia or kamus ke cari sendiri la kan....Anyway apa yang cuba aku sampaikan kat sini adalah jenama ini akan berkerjasama dengan jenama terkenal H&M untuk menghasilkan koleksi terbaru yang akan dijual di gedung-gedung H&M...disebabkan aku ni memang suka jenama H&M ni so memang agak mengujakan kerana H&M sekali lagi akan berkolaborasi dengan jenama fesyen terkenal untuk dijual di H&M dan pada harga yang berpatutan. So kepada semua yang mengaku fashionista tu inilah waktunya untuk berfesyen lagi kali ini dengan mencuba koleksi-koleksi terbaru dari H&M dan Maison Martin Margiela ini sebab rasanya jenama Maison Martin Margiela ini belum ada butik di Malaysia rasanya dan harga yang dijual bersama H&M ini tidaklah terlalu mahal walaupun beratus-ratus harganya tapi masih ok sebab kalau nak harapkan beli jenama ini kat butiknya sendiri confirm harganya beribu-ribu kan so inilah masanya bergaya dengan harga bawah rm1k untuk jenama mahal seperti Maison Martin Margiela. Koleksi terbaru H&M ini akan didapati untuk lelaki dan wanita dan akan mula dijual mulai 15 November ini, jadi mark kalendar anda semua pada tarikh ini dan kita serbu H&M ramai-ramai. Di sini juga aku letakkan beberapa keping gambar koleksi H&M dan Maison Martin Margiela ini dan supaya bila u all tengok nanti bolehlah u all berkira-kira nak serbu H&M pada 15 November ini nanti (abaikan harga yang tertera pada gambar tu sebab gambar-gambar ni aku ambil dari internet...hehehehee)
Thursday, November 01, 2012
Masterchef Malaysia Musim Kedua yang penuh ngan drama...
Kepada sesiapa yang menonton dan menyukai Masterchef Malaysia sila angkat kaki atau tangan anda atau apa sahaja yang boleh diangkat ....hahaha...ok just joke je...anyway actually aku memang suka sangat menonton masterchef malaysia ni since dari musim pertama lagi ( yahooo dr ezani yang menang masa tu) dan ke musim kedua...masterchef selebriti aku just kadang-kadang tengok kadan-kadang tak...tapi masterchef selebriti suka tengok gelagat Azwan Ali...walau mulut laser tapi menghiburkan...(matilah aku kena baling ngan kasut oleh Azwan Ali haters...tapi ada aku kesahhh? bak kata Azwan Ali...hehehhee) . Memang menghiburkan tengok bila peserta-peserta masterchef ni bertungkus -lumus menyediakan hidangan masing-masing dan bertungkus-lumus supaya masing-masing terus kekal...pergh macam iklan masterchef pulak...anyway masterchef musim kedua ni mula-mula aku malas sangat nak layan sebab ramai sangat peserta yang buatkan aku menyampah macam atikah dan dean tu. Tapi since atikah tu dah terkeluar dan dean tu dah tak poyo sangat so aku pun rasa nak layan masterchef musim kedua ni semula. Kalau nak dibandingkan dengan musim pertama serius memang aku lebih suka musim pertama sebab kebanyakkan peserta agak pandai masak dan agak cantik platting mereka tapi musim kedua ni lebih banyak drama kan kalau ramai perasan la contoh macam sapa lagi kalau bukan che lah. Walaupun che lah ni suka berdrama bagai tapi aku suka dia ada dalam masterchef musim kedua ni sebab kalau che lah takde macam suram la pulak masterchef musim kedua ni.
Kalau musim pertama dulu aku memang beriya la nak tengok sampai record la masa guna PVR astro tu (tq astro sebab memperkenalkan PVR kat malaysia, kalau takde PVR tu matilah tak dapat nak rekod cerita-cerita yang meletop) tapi untuk musim kedua ni macam malas nak rakam sebab rasa kalau tertinggal tengok pun masih tak rasa ralat lagi...sebab apa sebab masterchef musim kedua ni banyak sangat drama sampai menyampah aku nak tengok. Tapi la ni aku dah mula tengok semula lepas muka-muka yang aku menyampah dah keluar macam atikah dan joharis. Yelah bukan apa macam si atikah tu menyampahnyer aaku tengok macam bagus je bila cakap tapi padahal minggu-minggu awal dah terkeluar, apa cer? kalau aku macam tu dah malu sangat dah buat perangai macam tu sebab ramai yang nonton dan tahu perangai buruk kita kat luar...(tapi atikah ni jenis tak tahu malu kot) Apa pun bagi aku untuk musim kedua ni aku harap Nina atau Izyan yang akan menjuarai kali ini sebab bagi aku mereka berdua ni aja yang best lagi-lagi Nina yang agak jarang masuk pusingan penyingkiran. Adakah anda masih meminati atau menyampah terus dah nak nonton masterchef musim kedua ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)