Tuesday, October 15, 2013

Bangkok Journeys : Grand Palace Bangkok

Ok entry kali ni aku nak sambung pasal lawatan aku ke Grand Palace di Bangkok plak, kalau sesiapa yang pernah ke Bangkok maybe Grand Palace ni merupakan salah satu tempat lawatan yang dimasukkan ke dalam senarai tempat yang perlu dilawat. Pada yang tidak pernah ke Bangkok mungkin tertanya-tanya apa tu Grand Palace..istana ke or tempat riadah. Ok, actually Grand Palace merupakan salah sebuah istana yang pernah diduduki oleh Raja Thailand dimana pada masa kini istana ini tidak lagi diduduki oleh Raja Thailand tetapi masih digunakan untuk tujuan rasmi diraja. Istana ini dibina oleh Raja Thailand yang pertama dari dinasti chakri iaitu Rama 1 (nama penuh raja ni aku tak ingat sebab susah aku nak ingatkan namanya). Kedudukan istama ini terletak di tebing sungai chao phraya so kalau nak ke istana ni memang cara paling mudah adalah menggunakan bot atau feri sungai. Harga tiket untuk masuk ke istana ini adalah berharga 500bath atau lbh kurang rm50 duit kita, memang agak mahal tetapi harga ini adalah termasuk untuk lawatan ke muzium tekstil dan Istana Dusit dan boleh digunakan dalam tempoh 7hari tetapi sebab tak sempat maka aku terlepas untuk masuk ke Istana Dusit yang terletak agak jauh dari sini tetapi muzium tekstil pula terletak dalam kawasan kompleks Grand Palace ini. Istana Dusit merupakan tempat dimana letaknya salah satu throne room.Raja Thailand dan di sinilah terletaknya kediaman terkini Raja Thailand iaitu Istana Chitralada. Di Grand Palace terdapat beberapa bangunan seperti istana, wat dan pejabat kerana suatu ketika dahulu disinilah merupakan pusat pemerintahan kerajaan Thailand. Di dalam kompleks ini antara istana yang terkenal.yang terdapat di sini adalah Chakri Maha Prasat Throne Hall iaitu sebuah istana milik Raja Thailand namun begitu ianya tidak lagi diduduki tetapi hanya digunakan untuk istiadat-istiadat tertentu sahaja. Selain itu terdapat juga sebuah Wat atau tokong terkenal di Thailand iaitu Wat Phra Kaew dimana di wat ini tersimpannya patung buddha yang diperbuat dari emerald dan sebab itu lah ianya amat suci bagi penganut buddha di sini dan kerana itu jugalah ianya dinamakan The Temple of Emerald Buddha. Jadi jika anda ke Bangkok jangan lupa untuk melawat ke Grand Palace kerana tidak semua Istana di dunia ini yang boleh kita lawat dalam 365 hari setahun.




Sunday, October 13, 2013

Bangkok Journeys : Chatuchak Market Bangkok


Lama gak tak update blog aku ni kan...makin lama makin bertambah penyakit malas aku ni, anyway sebelum aku mengarut benda-benda yang merapu baik aku cerita pasal entry aku kali ni, kalau ke Bangkok mesti u olls semua wajib ke satu tempat ni kan yang bernama Chatuchak Market...tada....hahhhaaa yang pernah ke Bangkok mesti tau kan tempat ni. Chatuchak Market ni memang femes di kalangan penduduk tempatan dan pelancong asing hatta pendatang asing di sana sebab tempat ni tersangat la best u olls. Tiap kali datang ke Bangkok tempat ni memang dah de dalam senarai akulah  untuk perkara wajib dilakukan di Bangkok walaupun baru 2 kali je pun g Bangkok..heheee. Pasar ini bukanlah pasar basah yang menjual ikan or sayur-sayur tu yek jangan lak korang terkonfius lak sebab namanya market x semestinya jual barang-barang basah kan, kalau pasar basah takkanlah aku bersungguh-sungguh bercerita nak buat apa kan padahal pasar kt kl or melaka tu pun aku x pernah jejak. Ok, untuk pengetahuan anda yang tidak pernah ke sini actually kat Chatuchak ni ada menjual banyak barang-barang seperti baju,seluar, kain, aksesori, alatan muzik,barang perhiasan dan macam-macam lagi la so sure memang x abis la aku nak cerita barang-barangnya. Harga barang-barang kat sini murah ok dan rasanya kalau x bargain pun dah kira murah bagi aku yelah bayangkan tshirt yg sangat fancy dan menarik bole dapat dalam harga rm10 je...memang berbaloi, dan kalau korang nak tau kat sini ada ribuan kedai yang dibuka tetapi mostly kedai-kedai kat sini hanya dibuka pada hujung minggu sahaja iaitu sabtu dan ahad so kalau korang plan nak datang sini pastikan korang mempunyai waktu terluang samada pada hari sabtu atau ahad. Lagi satu kalau dah datang sini so sure aku dari pagi sampai petang lom tentu puas sebab sangat best, last time aku pergi bulan 6 lepas sampai.2 hari aku spend kat sini sebab nak cari macam-macam barang yang menarik  dari baju ke seluar sampailah ke beg dan harga jangan cakaplah memang berbaloi ok. Untuk pengetahuan korang, jangan risau pasal makanan halal kat sini sebab ada beberapa gerai yang menjual makanan halal dibuka di sini dan pastinya sangat lazat dan dijamin halal sebab pemilik dan tukang masaknya Muslim dan bertudung cuma korang kena cari la kat mana kedudukan kedai ni sebab dah dua kali datang pun aku masih sesat sebab terlalu banyak kedai. Tapi kalau nak.datang sini aku nasihatkan bawalah kipas tangan sebab agak panas keadaan kat Chatuchak ni maybe disebabkan sesak sikit ngan pengunjung. 
Untuk ke sini tidak perlu risau tentang pengangkutan kerana untuk ke sini terdapat 3 stesen skytrain dan mrt di sini jadi memang mudahlah untuk ke sini dan tidak ada masalah. Apapun bagi aku kalau ke Bangkok memang tak sah ke Chatuchak Market ni selain area Patpong...oppss..Apa yang menarik di Patpong pulak? hehehe..yang tu kena tanya kawan-kawan korang yang pernah ke Bangkok mesti ramai yang tahu lagi-lagi kalau lelaki...hehhhe