Monday, May 19, 2014

History of Naning - Sejarah Naning


Okay mungkin beberapa hari yang lalu ramai yang tertanya-tanya wujud lagikah Naning ni...kat mana letaknya Naning ni...so kat sini aku nak beritahu sebagai anak jati Alor Gajah, Naning itu wasih wujud dan keseluruhan daerah Alor Gajah itu adalah termasuk di dalam kawasan Naning dan fungsi Undang Naning itu masih ada dan diiktiraf cuma bab pemberian darjah kebesaran tu aku kurang arif la..ini diselitkan sedikit penerangan tentang wilayah Naning daripada wikipedia.


Naning is an area in modern day Malacca, Malaysia and was founded in 1641. Naning was previously part of Negeri Sembilan but it was later annexed by the British into Malacca in 1832 via the Naning War. Malacca at that time was a British holding.The Naning War started in 1831 and lasted around two years until 1833. The Penghulu of Naning then, Dol Said was enraged over British claim over Naning as part of Malacca. The British demanded that Naning pay 10% of its produce as tribute to Malacca. Dol Said, of course, refused resulting in a British attack upon Naning in 1831. Dol Said managed to fend off the attack with help from his allies.Towards the end of 1832, the British attacked Naning once again with a much larger force. Dol Said did not have the help of his allies this time. His army was defeated and he surrendered. He was offered a pension and a house in Malacca.Besides, British also deficit 100,000 pound sterling.( http://www.wikipedia.org/naning )

Naning adalah sebuah daerah bebas yang telah wujud di utara negeri Melaka iaitu dalam daerah Alor Gajah sekitar abad ke 16. Wilayah ini dikatakan telah wujud sekitar abad ke 13 apabila penghijrahan besar-besaran oleh orang Minangkabau dari sumatera ke Tanah Melayu. Wilayah ini telah diketuai oleh seorang Penghulu bergelar undang. Sehingga hari ini jawatan Penghulu atau Datuk Naning masih wujud ke hari ini dan masih menguna pakai adat perpatih Naning dan jawatan ini diteruskan walaupun apabila penghulu Naning Datuk Dol Said tewas di dalam Perang Naning 1831-1832. 
Pada suatu ketika wilayah Naning ini berpusat di sekitar kawasan yang dikenali sebagai Taboh Naning manakala terdapat satu kawasan pelabuhan kecil di tebing sungai melaka yang dinamakan Pangkalan Naning atau pada hari ini Pangkalan Naning ini telah dikenali hanya sebagai Pengkalan, Alor Gajah. Taboh naning pula wasih wujud dan masih dikenali dengan nama yang sama. Hari ini wilayah naning atau Alor Gajah pada hari ini telah membangun bersama kemajuan negeri Melaka namun kesan sejarah Naning masih terpahat dan kehebatan Datuk Dol Said menentang British adalah satu perbuatan terpuji dan perlu diiktiraf sebagai pahlawan negara.Perang Naning 1831-1832 telah berlaku apabila penghulu Naning datuk Dol said tidak berpuashati apabila pihak British telah memaklumkan bahawa Naning adalah sebahagian Melaka dan perlu membayar cukai sebanyak 10% dari hasil tanaman kepada Bristih. Perkara ini berlaku akibat daripada perjanjian yang telah dibuat antara British dan Datuk Dol Said pada tahun 1801 di Melaka. isi kandung perjanjian itu adalah seperti di bawah :

PERSETIAAN YANG DIIKAT PADA 1801 OLEH RESIDEN BRITISH DI MELAKA, LEFTENAN KOLONEL TAYLOR DENGAN PENGHULU NANING.Perkara dan syarat yang diimlakkan oleh Leftenan Kolonel Aldwell Taylor, Gabenor dan Komandan Melaka, untuk dan bagi pihak Yang Mulia Gabenor Kota St. George dengan Raja Merah Kapitan Penghulu, dll., yang bemama Dol Said; dan Lela Hulubalang dan Maulana Hakim, yang bergelar Orang Kaya; Kecil yang bergelar Musah; dan Menobonjon-kaya bergelar Konchil dan Maharaja Ankaia bergelar Sumuna; dan Maulana Garang, Menteri dan Pembesar Naning dan kampung-kampung di sekelilingnya yang dengan sesungguhnya telah menerima dan berikrar mematuhi Perkara-perkara berikut:-

Perkara I

Kapitan, atau Penghulu, Menteri, dan Pembesar-pembesar berjanji dan bersumpah atas nama dan bagi pihak seluruh masyarakat Naning, untuk taat setia kepada Yang Mulia Gabenor dalam Majlis di Kota Saint George yang tersebut di atas, dan demikian juga kepada Gabenor dan Komandan Bandar dan Kota ini, serta semua Komandan yang ada atau yang selepas ini dilantik di bawah mereka dan tambahan pula, mereka akan melakukan apa-apa sahaja dengan penuh taat setia kepada Pihak Berkuasa British, sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat yang taat setia, tanpa bersama-sama atau secara berasingan mencuba melakukan apa-apa langkah permusuhan terhadap Gabenor tersebut, sama ada secara langsung ataupun tidak langsung, dan Perkara-perkara berikut hendaklah dipatuhi dengan sesungguhnya dan dengan seketat-ketatnya, dan segala kontrak dan waad lain yang telah diluluskan dengan negara lain yang boleh memudaratkan British hendaklah dimansuhkan.

Perkara II

Jika mana-mana orang di Naning, anak Minangkabau dan anak Melayu, melanggar kandungan Kontrak ini, atau ingkar kepada Gabenor atau Pegawainya, maka Penghulu dan Pembesar hendaklah, apabila diminta oleh Gabenor, menyerahkan mereka bagi dihukumsebagaimana sepatutnya.

Perkara III

Penghulu, Pembesar dan penduduk Naning keturunan Minangkabau, dan juga Melayu, adalah terikat untuk menyerahkan satu per sepuluh daripada hasil padi dan segala buah-buahan mereka kepada Syarikat Hindia Timur; tetapi memandangkan keadaan mereka yang miskin, Syarikat tersebut telah memutuskan bahawa Penghulu hendaklah datang sendiri, setiap tahun, atau mengarahkan salah seorang Pembesarnya supaya datang ke Melaka, bagi memberi penghormatan kepada Syarikat, dan, sebagai tanda taat setia mereka, mereka hendaklah menghadiahkan Syarikat tuaian pertama mereka sebanyak setengah koyan padi (400 gantang).

Perkara IV

Penduduk Naning, apabila meninggalkan negeri mereka untuk ke Melaka, hendaklah menyerahkan kepada Syahbandar kebenaran bertulis daripada Penghulu, yang ditandatangan dan dicapmeterainya; dan begitu juga semua orang yang ingin meninggalkan Melaka untuk ke Naning, diarahkan supaya menunjukkan dokumen serupa kepada pihak berkuasa di sana, yang ditandatangani (atas perintah Kerajaan) oleh Syahbandar; jika tidak, kedua-dua pihak wajib menghantar balik orang yang berkenaan itu; tetapi apabila ditunjukkan Perakuan yang dikehendaki, mereka akan dibenarkan tinggal di Naning dan di kampung-kampung bersebelahan dan mencari nafkah dengan bercucuk tanam seperti menanam sirih, dll., dengan syarat mereka berpegang teguh dan mematuhi adat resam tempat itu sebagaimana yang diamalkan penduduk lain.

Perkara V

Penghulu dan Pembesar berjanji bahawa semua bijih timah yang dibawa dari Sri Menanti, Sungai Ujong, Rembau, dan tempat-tempat lain di daerah-daerah itu ke Naning, hendaklah dengan serta-merta dihantar dan diserahkan kepada Syarikat, di mana mereka akan menerima sebanyak 44 Dolar Rix tunai, dibayar dengan wang Rupee Surat, bagi setiap bahara 300 kati.

Perkara VI

Mereka juga berjanji menyerahkan lada Naning dan lada daerah-daerah bersebelahan kepada Syarikat, jika apa-apa jumlah yang banyak diperlukan, dengan dibayar harga 12 Dolar Rix sebahara.

Perkara VII

Penghulu, Pembesar, dan penduduk Naning tidak dibenarkan merunding (jualan) atau berdagang dengan mana-mana negeri pedalaman, tetapi hendaklah membawa barang-barang mereka menghilir Sungai Melaka, dengan menggunakannya, tanpa apa-apa jua alasan untuk menggunakan mana-mana laluan atau cara pengangkutan lain, dan mereka juga tidak boleh mengadakan apa-apa perhubungan dengan mana¬-mana negeri pedalaman di Sungai Penajis, jika tidak nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.

Perkara VIII

Penghulu dan Pembesar berjanji, atas nama Masyarakat Naning, bahawa bilamana Pembesar Yang Memerintah berundur daripada memerintah, atau apa¬-apa geruh menimpa mereka, Penghulu dan Pembesar hendaklah dalam keadaan sedemikian mencadangkan salah seorang daripada anggota keluarga mereka yang terdekat dan paling berkelayakan, kepada Gabenor Melaka, bagi menjadi penggantinya; tetapi mereka tidaklah boleh mengharapkan cadangan itu akan sentiasa dipersetujui Gabenor; sebaliknya adalah menjadi pilihan Gabenor melantik sesiapa yang difikirkannya patut dilantik.

Perkara IX

Mana-mana hamba sama ada kepunyaan Syarikat Yang Mulia, atau kepunyaan penduduk Melaka, yang mencari perlindungan di Naning, atau di kampung-kampung atau di tempat-tempat di sekelilingnya, maka Penghulu, Pembesar dan penduduk (tiada sesiapa pun yang dikecualikan) adalah terikat bagi menangkap dan menghantar ke Pekan orang pelarian itu dengan serta-merta, (atau) orang pelarian itu boleh diserahkan kepada tuan mereka dan tuntutan sebanyak 10 Dolar Rix, tidak lebih daripada itu, boleh dituntut daripada tuannya sebagai hadiah.

Perkara X

Mana-mana hamba lelaki dan perempuan yang dipujuk lari dari Naning ke Melaka, bagi memeluk agama Kristian, maka tuan punya hamba itu akan menerima ganti rugi sebanyak separuh daripada harga hamba itu, mengikut penilaian Jawatankuasa yang akan dilantik Kerajaan.

Perkara XI

Tetapi (jika) mana-mana orang menjual mana-mana hamba beragama Kristian atau orang biasa dari Melaka kepada orang Islam atau orang Pagan, sama ada dengan kerelaan mereka sendiri atau digoda ataupun dilarikan secara paksa daripada tuan mereka, lebih-lebih lagi mereka yang menggoda hamba Kristian atau orang biasa supaya berkhatan atau menggunakan kekerasan bagi mempengaruhi mereka menjadi orang Islam, nyawa mereka akan melayang dan harta benda mereka dirampas.

Perkara XII

Dan bahawa kandungan Perkara tersebut hendaklah dipatuhi tanpa boleh dilanggar, dan Penghulu serta Pembesar berjanji dan bersumpah atas nama seluruh masyarakat, bahawa mereka akan serta-merta memulangkan dan menyerahkan kepada Yang Mulia Gabenor semua hamba yang lari yang berada di Naning atau di tempat-tempat lain.

Perkara XIII

Akhir sekali, Penghulu dan Pembesar berjanji dan bersumpah dengan menggunakan al-Quran, atas nama masyarakat Naning, bahawa mereka akan mematuhi dengan sesungguhnya segala perintah yang ditetapkan dalam Perkara¬-perkara ini, dan mengikat diri mereka bagi menyerahkan mana-mana pencabul perintah tersebut kepada Syarikat Hindia Timur, supaya hukuman boleh dikenakan ke atas orang itu.Bagi menyempurnakan segala yang dijanjikan dan dipersetujui dalam Perjanjian ini, maka saya dengan ini menurunkan tandatangan saya.Dibuat dan diikrarkan di Bandar dan Kota Melaka pada 16 hari bulan Julai 1801.

(Tandatangan) A. TAYLOR.Ikrar Penghulu dan Pembesar NaningKami, Kapitan atau Penghulu dan Pembesar-pembesar, berjanji dan bersumpah bagi pihak diri kami dan juga bagi pihak masyarakat Naning, akan sentiasa taat setia kepada Gabenor dalam Majlis Kota Saint George, Gabenor dan Komandan Melaka, serta semua Komander yang dilantik atau yang akan dilantik di bawah mereka selepas ini, dan selanjutnya akan menepati masa bagi memenuhi segala perintah dan arahan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan selepas ini, dan akan berkelakuan sewajarnya terhadap Syarikat Hindia Timur pada masa hadapan, mengikut cara sebagaimana yang dikehendaki daripada rakyat dan vasal yang taat setia.

Ditandatangani oleh DOL SAID, BILAL MOREN, KANJUN, SAMEON dan MAULANA GUNAN.(Teks ini diambil daripada Perjanjian dan Dokumentasi Lama Malaysia. 2008. Kuala Lumpur: ITNM)

No comments: