Wednesday, October 08, 2014

Berlin - The City of Deutschland


Ok dah beberapa bulan baru la sekarang aku nak update tentang holiday aku kat europe awal tahun ni, Berlin merupakan kota terakhir yang menjadi persinggahan aku semasa di europe dan buat pengetahuan korang semua Berlin merupakan sebuah kota yang aku nak sangat jejak semenjak aku kecil lagi mungkin di atas faktor kekaguman dan keobsesan aku terhadap negara Jerman yang melampau jadi Berlin harus menjadi kota haru lawat aku semasa si sana. Ok, disebabkan masa aku pergi sana sedang musim sejuk jadi Berlin ni merupakan sebuah kota yang bersalji semasa musim sejuk...kesejukkan dier memang sampai ke tulang sum-sum akulah. Perjalanan kami bermula di kota amstersdam di mana kawan aku so nora yang duk kt amsterdam yg menjadi leader kitaorang sepanjang perjalanan ke Berlin. Nora ambil aku dan kawan aku di hotel kami di amsterdam dalam pukul 4 pagi kalau aku tak silap...bayangkan betapa sejuknya masa tu...kami bertolak awal sebab kitaorang nak tiba di Berlin dalam tengahari...owh ye perjalanan kami dari Amsterdam ke Berlin mengambil masa lebih kurang 7-8 jam dengan menaiki kereta Nora...wow memang pengalaman yang aku takkan lupakan sepanjang hidup sebab akhirnya aku dapat melihat keindahan negara Jerman secara lebih dekat. Ok buat pengetahuan anda di eropah jika memasuki sempadan di antara negara tidak memerlukan sebarang cop pasport kerana mereka mengamalkan konsep borderless jadi dalam perjalanan tu tetiba je rupanya kami dah masuk ke negara Jerman kita sedar...kita akan terperasan papan tanda yang inform anda dah masuk ke negara Jerman. Ok dari amsterdam ke Berlin actually kami berlima di mana nora dier membawa rakan-rakan dier sekali iaitu jaja dan ryan dan mereka merupakan orang Malaysia jugak yang mana jaja telah berkahwin dengan orang uk dan ryan pulak ngah holiday untuk beberapa bulan di belanda. Sepanjang perjalanan tu memang aku tak tido la sebab terpesona dan teruja sangat tengok pemandangan dan semasa dalam perjalanan tu tetiba salji turun...perghhh memang jakun sangat aku masa tu sebab tulah kali pertama  aku tengok salji turun dan rupa salji sebenar(selama ni tengok salji buatan je kat genting ngan Mines masa kecil dulu). 
Kami tiba di Berlin dalam lebih kurang pukul 12tghari dan selepas tu kami terus menaiki tren ke pusat bandar di mana kereta di letak sementara di stesen keretapi. Setibanya di kota Berlin aku agak termanggu sebab salji yang agak tebal menutupi kota Berlin hingga di waktu siang pun kelihatan seperti suram je. Selepas dah cek in di hostel kami pun memulakan perjalanan kami dengan mencari kedai makan halal..ok satu cabaran nak mencari kedai halal di sini sebab mostly orang Islam jerman tak tinggal di kawasan pusat bandar Berlin tetapi mujurlah kami terjumpa sebuah kedai makanan thai halal yang terletak di sebelah stesen u-bahn Alexanderplatz (kat jerman u-bahn ni bermaksud keretapi metro bawah tanah).  Lepas je makan kitaorang pun just pusing-pusing di kawasan sekitar situ sebab hari dah mula gelap. Malam tu nora and the gang kuar semula sebab nak cari currywurst halal tapi aku penat sangat so aku just stay ke kat hostel tapi lepas je nora balik kitaorang malam tu kenduri maggi dan mee goreng yang nora masak dari rumah dia before kitaorang bertolak ke Berlin, maybe sebab lapar memang habis la kita orang makan. Tapi yang kelakar dengan muka tak malu kami minta air panas kat cafe hostel ni bergilir-gilir sebab tak cukup air nak masak maggi, mesti orang kat cafe tu boleh cam muka kami ni yang asik minta ait panas.
Pagi-pagi esok tu kita orang keluar menuju ke destinasi pertama iaitu ke charlie checkpoint. Apa benda charlie checkpoint tu? Kalau tak tahu tempat ni dulu merupakan pintu pemeriksaan tentera semasa zaman wujudnya tembok Berlin. Kat sini masih ada checkpoint tersebut dan dijadikan tempat pelancongan di mana kat sini ada la sorang mamat mat saleh yang duk pakai baju askar berkawal kat sini dan pelancong boleh bergambar dengan mamat ni dengan memberi 2euro. Kita orang pun bergambar la ngan mamat ni yelah alang-alang dah sampai sini bergambar jelah kan, tapi yang unik nyer mamat ni akan cuba belajar cakap terima kasih ikut bahasa negara asal kita, aku pun ajarlah dier cakap terima kasih dan sebutan dier memang oklah cuma cam slang orang jerman sikit la. Kat area sini ada diletakkan tembok berlin yang asal dan kalau korang nak tau rupanya leh datang sini sebab tempat ni antara must visit place kat Berlin. Kalau ada yang berminat nak kumpul batu asal tembok Berlin ni pun ada dijual kat sini dan aku beli fridge magnet yang diletakkan batu dari tembok Berlin walaupun agak mahal tapi bukan selalu kan bolehlah dijadikan koleksi aku ketika di europe ni kan. Ok sepanjang beberapa hari kami di Berlin ni kami cuma menggunkan sistem metro Berlin yang agak efficient dan terdapat dua jenis iaitu U-bahn untuk underground dan S-bahn untuk overground dan paling unik adalah stesen kat sini tiket boleh di beli kat platform yang mana takde gate untuk nak masuk ke dalam platform stesen, rupa-rupanya baru aku tau tiket kalau kita nak beli atau tak terpulang pada kita ikut pada kejujuran kita tapi kalau tetiba ada pemeriksaan dan kita tak beli tiket memang denda dier tersangat la mahal. Seterusnya kami teruskan perjalanan ke muzium yahudi berlin...eh eh..ok tujuan aku gi sini sebenarnya nak tau serba sikit pasal banhsa yahudi ni dan kenapa jahat sangat dierorang ni. Tapi aku agak pelik la sebab kat muzium ni dipaparkan tentang amalan ketiga-tiga agama samawi iaitu Islam, kristian dan yahudi dan persamaan antara ketiga-tiga agama ni. Tengah hari tu kami lunch di sebuah restoran turki yang mana menu utama dier ialah ayam goreng, rasa dier oklah walaupun sedikit rasa rempah arab agak kuat. Lepas dah kenyang kami pun masuk kat satu kedai ni menjual barang-barang dengan harga 1euro, banyak gak la barang aku sapu sebab murah kan yelah ada cd yang dijual dengan harga 1 euro je dan sedikit souvenir berlin aku beli kat sini. 
Selepas tu kami pergi ke mercu tanda yang paling popular di Berlin iaitu Brandenburger Tor atau lebih dikenali sebagai Brandenburger Gate di mana di sini menjadi ikon paling popular semasa runtuhnya tembok Berlin pada tahun 1989. Memang kat sini bergambar sampai puas la kan dan pas tu kami berjalan kaki ke bangunan Reischtag iaitu Parlimen Jerman yang terletak dalam 100 meter je dari Brandenburger Gate tu dan macam biasa kat sini bergambar memang sampai lebam la. Dah puas bergambar kami pun ke apa lagi nilah masanya nak bershopping di.area shopping terkenal di sini iaitu Unter Den Linden yang mana terletak di sepanjang jalan di hadapan Brandenburger Gate tu saja, kat area sini juga letaknya madame tussaud berlin kalau ada yang berminat nak masuklah tapi sebab nak jimat aku tak masuklah sebab lagipun dah pernah masuk yang kat Bangkok kan, so aku rasa sama je. Kat area sini ada sebuah stesen metro yang nama dier susah nak sebut tapi bunyinya seakan-akan fried rice so aku gelarkan stesen ni stesen nasi goreng. 
Last day kat Berlin kami plan untuk ke sebuah tempat di pinggir Berlin iaitu Designer Brands Outlet , kalau tak tau tempat ni sama macam kat jpo tu tapi kat sini harga dier memang tersangatlah murah. Sepanjang perjalanan ke sini dapatlah lah aku lihat beberapa bangunan yang menjadi ikon Berlin seperti Berlin Cathedral, museum island dan stadium olimpik Berlin. Kat outlet ni memang murahah bagi aku yelah bayangkan aku dapat membeli  jersi pasukan jerman yang terkini dan tshirt tommy hilfiger dengan harga 15euro je iaitu lebih kurang rm70. Mana aku nak dapat harga macam tu kat Malaysia memang taklah kan dan paling best aku beli tshirt jenama stefanel pada harga 5euro je. Kat Jerman ni harga barang memang agak murahlah walaupun selepas dimasukkan gst yelah mana aku nak dapat coklat murah macam ferrero rocher dan sport ritter dengan harga 0.45sen euro je. Selepas kami dah puas bershopping kami pun singgah di sebuah kompleks beli belah tak jauh dari situ sebab nak cari dinner dan dapatlah aku merasa apfelstrudel yang asal dari sini. 
Malam tu kami pun bertolak la pulang ke amsterdam semula dan sebelum menghantar aku dan rakan aku ke airport untuk kami ke london semula kitaorang singgah dulu kat rumah nora di Appeldoorn di mana sampai je kat rumah dia abis kami melantak maggi sup dan ayam rosemary..nasib baik la hubby si nora ni masak ayam tu macam tau-tau je kami kelaparan, dah abis melantak tu nora pun hantar kami ke schiphol airport yang lebih kurang 1 jam perjalanan dari rumah nora untuk kami meneruskan tour kami di London dan seterusnya pulang semula ke malaysia.


bergambar di tengah kota Berlin

singgah breakfast dulu...ntah berapa kali kitaorang singgah breakfast

sempadan Jerman-Belanda



Charlie Checkpoint

di hadapan Brandenburger Gate

bangunan Reichstag

suasana winter di Berlin

world clock

memorial peringatan di hadapan Reichstag

shopping sakan di Designer Brand's Outlet

apfelstruddel

pemandangan malam di area hostel kami di Alexanderplatz

pemandangan di Unter Den Linden

sebuah muzium terkenal di Berlin di kawasan Museum Island

schiphol airport amsterdam before kami pulang semula le London
maggi pek bahasa melayu jumpa di belanda

pemandangan sekitar Alexanderplatz

sebuah gereja lama di Alexanderplatz, Berlin

sebuah kedai unik berkonsep toleransi dalam agama di checkpoint charlie

kedai bundle di Berlin

kanak-kanak sekolah yang suka sangat tengok kami bergambar


di hadapan Madame Tussauds Berlin

Nora sedang membelek indian food di area unter Den Linden

ni semua sedang kelaparan menunggu afdelstuddel