Tuesday, June 23, 2015

Bazar Ramadhan

Salam Ramadhan 2015, pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk bulan ramadhan 1436H dan apa yang dinantikan setiap ramadhan di Malaysia ni adalah bazar ramadhan yang akan berlangsung sepanjang ramadhan ini tapak-tapak yang telah disediakan oleh pihak berkuasa. Bazar ramadhan ini telah menjadi satu tradisi di malaysia dan beberapa negara di dunia Islam kerana di bazar inilah pelbagai juadah berbuka puasa yang dijual. Kalau di Malaysia selalunya juadah yang sering dijual adalah seperti nasi berlauk, kuih muih dan air, tetapi semasa bazar ramadhan lah selalunya kita akan nampak beberapa juadah yang ketika bukan bulan ramadhan tidak selalunya dipandang atau dijual tapi semasa bazar ramadhan ada dijual seperti roti john, murtabak, puding caramel, ayam golek dan air kathira serta beberapa juadah lain lagi. Namun sambutan ramadhan di Malaysia masih tak semeriah di beberapa negara Islam lain kerana di sini jika dihujung-hujung ramadhan tu selalunya ramai yang akan fokus kepada sambutan Aidilfitri. Diharapkan supaya rakyat Malaysia akan dapat memfokuskan lebih kepada sambutan Ramadhan berbanding Aidilfitri di masa hadapan kerana hanya bulan Ramadhan sahaja terdapat malam yang penuh mulia iaitu malam Lailatul Qadar dan diharap tidak dilupaaan mereka yang kurang bernasib baik terutama mereka yang berada di negara yg berkonflik. Bersederhana dalam berbuka namun hebatkan ibadah kita supaya amalan kita lebih bermakna di bulan mulia ini.

Friday, June 05, 2015

GO ASEAN

Bermula 2 Jun yang lalu satu saluran baru telah dilancarkan oleh Astro iaitu saluran GoASEAN.  Saluran ini memfokuskan tentang pelancongan di negara-negara ASEAN, jadi saluran ini amat bagus dalam mempromosikan tempat-tempat menarik di kalangan negara ASEAN. Pelbagai siri menarik yang dipaparkan di saluran ini dan sudah tentunya saluran ini akan menjadi salah satu saluran utama pilihan aku untuk ditonton kerana banyak siri yang dipaparkan dan disiarkan sangat menarik.
Makanya, kalau anda semua nak tahu setiap panduan atau tempat-tempat menarik sekitar negara asean bolehlah bolehlah anda menonton saluran ini untuk mencari tips-tips yang sesuai. Jadi anda semua jangan tunggu lagi, pergi ambil remote astro korang dan cari saluran 737 dan tonton sepuas-puasnya macam aku.