Hi everybodyyyy...long time in hiatus kan...ok anyway lama sangat ni tak update blog memang bersawang abis ni, ok saya nak update tentang journey saya ke Osaka dan Kyoto pada sebelum hari kebangsaan yang lalu di mana kali ini saya telah pergi dalam rombongan cik kiah sebab kali ni ramai sket la dalam 5 orang je pun (layak ke nak dipanggil rombongan cik kiah). Ok, setibanya kami ke Osaka di mana untuk ke Osaka kita perlu menaiki penerbangan dan kapal terbang akan mendarat di Kansai International Airport di mana airport ini terletak agak jauh dari pusat bandar Osaka. Untuk pengetahuan anda airport ini dibina di atas tanah tambak yang terletak di atas laut dan untuk ke pusat bandar Osaka kita perlu menaiki tren di mana terdapat beberapa jenis tren yang menuju ke osaka. Ada tren ekspress yang terus ke pusat bandar Osaka dan berhenti di Umeda station atau Osaka shin Station dan ada juga tren yang boleh terus ke kyobashi station. Untuk kami telah memilih tren JR rapid kansai kerana kami peelu turun di stesen kyobashi dan tren ini mengambil masa lebib kurang 80minit untuk tiba di stesen kyobashi..memang agak lama kan. Terdapat juga tren nankai express yang turun di osaka atau umeda station di mana dari kansai juga anda boleh menaiki tren untuk terus ke kyoto atau wakayama.
Apa yang menarik kat Osaka ni? Ok untuk pengetahuan anda semua osaka ni terkenal sebagai pusat perdagangan dan perniagaan di Jepun dan di sini terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dilawati dan semestinya kulinari dan tempat liburan antara perlu anda cuba semasa di sini. Antara kulinari yang membuatkan Osaka terkenal adalah "takoyaki" iaitu sejenis makanan berbentuk bulat dan terdapat inti sotong, udang atau belut yang mana di Malaysia juga agak terkenal danidah didapati pasa masa kini. Kepopularan takoyaki ini sehingga terdapat sebuah lorong panjang berhampiran Dotonbori yang menjual pelbagai jenis takoyaki. Jika ke Osaka adalah tidak puas jika tidak ke Univesal Studio Japan yang merupakan tarikan utama di Osaka dan taman tema ini adalah antara taman tema yang paling ramai pengunjung di dunia. Apa yang menaruk di sini adalah terdapat mini Harry Potter yang telah dibuka pada tahun 2014. Saya tidak sempat masuk ke dalam Universal Studio ini tapi hanya sempat berada di sekitar hadapan taman tema ini kerana bergegas untuk ke Kyoto. Jika anda sukakan shopping terutamanya kaum wanita, di Osaka terdapat kawasan shopping antara yang terpanjang di dunia di mana konsepnya macam petaling street tetapi terdapat banyak kedai dari yang murah hingga ke yang berjenama terdapat di sini. Kawasan ini dinamakan sebagai Shinshaibashi-dori dan kawasan ini terletak berhampiran dengan Dotonbori yang terkenal dengan Terusan kecil yang dikiri kanannya penuh dengan lampu-lampu neon. Di Dotonbori ini juga terkenal dengan "Glico Man" yang telah menjadi ikon utama di sini. Jika anda ingin memenuhkan lawatan anda di Osaka dengan ke tempat sejarah anda boleh ke Osaka Castle yang telah menjadi latar Osaka sejak lama dahulu dan antara tempat wajib lawat jika ke Osaka. Osaka Castle ini boleh akses dengan mudah melalui tren yang terdapat berhampiran kawasan ini. Castle ini telah dibina sejak lebih dari 400 tahun dahulu namun telah dimusnahkan oleh perang tetapi telah dibina semula semasa tahun 1930an. Sejarah Osaka dan bangunan ini ada dipaprkan di dalam bangunan ini dan untuk masuk ke dalam Osaka Castle anda perlu membayar sebanyak ¥600 dan di kawasan ini terdapat kedai cenderamata jika anda ingin mendapatkan cenderamata Osaka pada harga yang murah dan berpatutan.
Lawatan seterusnya adalah ke Kyoto yang terletak lebih kurang 50km dari Osaka. Untuk ke Kyoto anda boleh menaiki tren laju atau tren biasa yang dikendalikan oleh JReast atau Keihan, kami telah memilih untuk menaiki Keihan yang boleh diakses dari stesen Kyobashi dan jika anda ingin menaiki JReast anda boleh menaiki dari stesen umeda/osaka. Tambang tren untuk kyoto dari stesen kyobashi adalah sebanyak ¥400 sahaja. Apa yang menarik di Kyoto adalah tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat di sini kerana Kyoto merupakan bekas ibu negara Jepun selama hampir 1000 tahun sebelum dipindahkan ke Tokyo oleh Maharaja Meiji. Di sini terdapat banyak kuil-kuil lama dan istana lama maharaja jepun yang pastinya menjadi perhatian para pelancong antaranya Nijo Castle, Imperial Palace Kyoto, Kiyomizu dera, Fushimi Inari Taisho, Kinkakuji dan pelbagai lagi yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Antara tempat yang sempat kami lawat semasa di Kyoto adalah Kiyomizu-dera yang terletak di kawasan berbukit yang agak jauh dari stesen subway atau tren di Kyoto. Kami telah membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja dari stesen shinjo kerana untuk menikmati permandangan kota Kyoto dengan lebih dekat Tidak jauh dari stesen shinjo ini terletak daerah Gion yang amat terkenal dengan maiko atau Geisha yang merupakan nadi kota Kyoto, malangnya kami tidak dapat melihat menyaksikan maiko atau geisha ini kerana mereka hanya akan mula keluar pada waktu petang sehaja. Dari kawasan Gion ini kami melewati jalan-jalan sekitar Kyoto dalam 30 minit untuk tiba di kaki bukit kuil kiyomizu-dera ini. Untuk ke kuil ini pula kami perlu untuk mendaki bukit dalam lebih kurang hampir 1km, tetapi setiba hampirnya dengan kuil ini terdapat banyak gerai-gerai cenderamata yang menjual pelbagai barang yang bileh dibawa pulang oleh pelancong, jadi perjalanan akan menjadi sedikit lambat kerana kami akan meninjau dan melihat-lihat cenderamata yang ada dijual di sini. Untuk masuk ke kawasan kuil ini anda perlu membayar dalam ¥300 dan apa yang membuatkan kuil ini istimewa adalah kerana kuil ini dibina di kawasan bukit dan dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Seusainya kami turun dari kuil ini kami menuju pula ke nishiki market yang terletak tidak jauh dari stesen shinjo. Market ini jga dikenali sebagai kyoto kitchen kerana terdapat pelbagai barang makanan dari yang basah ke kering dijual disini. Selepas menikmati makanan halal di sekitar kyoto kami menikmati pemandangan sungai yang amat bersih dan jernih yang menjadi nadi penduduk Kyoto ini.
Di Osaka dan Kyoto terdapat beberapa restoran halal yang boleh anda dapati dan antara yangbtelah sempat kami jengah dan singgah adalah restoran Muqam dan Ali yang terdapat di kawasan shinshaibashi dan kedua restoran ini amat direcommended oleh kami kerana juadahnya berkonsepkan timur tengah dan cina muslim yang jarang kita dapatibdi malaysia. Di kansai airport juga terdapat restoran halal yang mendapat status halal dari pihak berkuasa malaysia dan restoran ini menjual pelbagai makanan berasaskan makanan jepun seperti mee soba, ramen dan tempura. Osakan dan Kyoto boleh dikategorikan antara bandar unik yang perlu anda lawati jika ke jepun kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri di sini yang pasti akan memikat anda untuk kembali ke sini dan jepun secara amnya. Jadi apa lagi yang anda tunggu, jom kita ke Jepun!
sebantang jalan di sekitar Honmachi Osaka |
Glico Man yang menjadi ikon di Dotonbori
kawasan sekitar Shinsaibashi yang sangat happening
restoran Muqam yang merupakan salah satu restoran halal di Osaka
kedai takoyaki yang sangat banyak di kawasan dotonbori
di hadapan Universal Studio Japan
sekitar kawasan Gion yamg popular dengan Geisha
salah sebuah kuil yang terdapat di sekitar Kyoto
lorong menuju ke Kiyomizu-dera
pintu masuk ke kiyomizu-dera
pemandangan kota Kyoto dari puncak Kiyomuzu-dera
kuil utama di Kiyomiu-dera
sungai di Kyoto yang sangat jernih
restoran Ali's Kitchen yang menjadi tumpuan masyarakat Islam jika ke Osaka
Osaka Castle
kota Osaka dari tingkat atas Osaka Castle
menikmati tempura di Kansai Airport
restoran halal yang terdapat di Kansai Airport