Saturday, August 23, 2025

Osaka : Kota Makanan Jepun




Osaka merupakan salah satu kota terbesar di Jepun selepas Tokyo dan ianya terletak di wilayah Kansai dimana Osaka sering mendapat jolokan "Japan's kitchen" atau dapur Jepun kerana pada masa dahulu Osaka merupakan pusat perdagangan penting berkaitan makanan dan sumber makanan dari seluruh Jepun dan menjadi hub pembangunan kulinari di Jepun. Makanan yang sangat terkenal di Osaka adalah Takoyaki dan Okonomiyaki dimana anda boleh mendapatkan Takoyaki dan Okonomiyaki di Osaka dengan begitu mudah terutamanya di kawasan Dotonbori yang merupakan pusat nadi kota Osaka. Tokyo dsn Osaka merupakan antara kota terbesar dan tersibuk di Jepun namun begitu terdapat perbezaan ketara antara kedua-dua kota ini di mana jika di Tokyo suasananya agak sedikit "hectic" dan sentiasa sibuk dengan orang ramai namun di Osaka pula keadaannya sedikit berbeza di mana walaupun kotanya sibuk tetapi kurang "hectic" dan lebih santai berbanding Tokyo. Jika mahukan kota yang lebih santai dan rileks maka Osaka merupakan sau pilihan yang terbaik untuk berlibur kerana di Osaka juga mempunyai pelbagai pilihan liburan atau hiburan seperti Universal Studio dan Osaka Castle dan Osaka juga terletak tidak jauh dari Kyoto yang mana anda boleh melawat Kyoto dari Osaka dengan sangat mudah. Dari Osaka juga abda boleh melawat kota lain di Jepun seperti Kobe dan Nara kerana kedudukan Osaka yang agak hampir dengan kota-kota ini.

Saturday, August 09, 2025

Buli : Penyakit atau Kebiasaan?

Dini hari kita sering mendengar tentang buli yang seakan-akan menjadi satu kebiasaan di kalangan kita terutama terhadap pelajar atau rakan sekerja sehingga kadang-kala membawa kepada perkara yang serius dan membimbangkan. Tetapi apakah yang menyebabkan buli ini seolah-olah masih berleluasa walaupun pihak berkuasa dan pelbagai pihak telah mengambil tindakan untuk membendung perkara ini dan apakah buli ini merupakan satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia sehingga sukar untuk dibendung. Walaupun kes buli di sekolah asrama dilihat semakin berkurangan tetapi buli siber pula menjadi satu perkara yang sangat serius sehingga kerajaan terpaksa menggubal akta dan undang-undang untuk mencegah perkara ini daripada semakin berleluasa dab memudaratkan masyarakat terutama buli siber. Jika dilihat dari satu sudut buli ini berpunca daripada sikap segelintir masyarakat kita yang tidak mengambil serius terhadap perkara ini walaupun sering terjadi pada anak-anak dan rakan sekerja malah ada yang menganggap buli ini adalah perkara biasa yang akan berlalu begitu sahaja. Sebagai masyarakat kita seharusnya cakna dan membantu membanteras kes-kes buli ini daripada menjadi barah di dalam masyarakat kita terutamanya buli siber dan seharusnya kita membantu pihak berkuasa melaporkan sebarang kes-kes buli yang terjadi samada di dalam kalangan ahli keluarga atau masyarakat sekeliling kita.