Sabtu lepas aku gi picnic kat Sg Gabai ngan member-member aku, ada ramai yang join dekat 9 orang sumanya di mana calon-calon yang gi adalah aku, daud, arm, natrah, syima, afdhal, azida, intan dan hisyam. Best giler kitaorang mandi sampi tak ingat dunia. tapi pengalaman yang paling best bila kitaorang jumpa ular. Mula-mula daud la yang wat suspen tetiba kitaorang ngah syok mandi, daud tetiba lari menyelamatkan diri sambil menjerit-jerit kata ada ular. Kitaorang yang dengar terus lari lintang pukang menyelamatkan diri masing-masing. Ada yang panjat batu air terjun tapi tak lepas-lepas. Selepas keadaan dah reda kita orang cuba tengok semula kalo ada ular tu, tetiba ular tu ada kat kaki syima, pelagi lintang-pukang la melarikan diri lagi. Masa tu syima n azida ada kat bwh air lagi, menjerit-jerit nak selamatkan diri masing-masing. Punyalah kelakar masa tu tengok masing-masing nak selamatkan diri termasuklah aku. Macam-macam binatang yang kitaorg jumpa cam pacat, mengkarung, ular, lipan dan haiwan2 yang aneh. pepun itu antara pengalaman yang paling aku ingati picnic beramai-ramai.
No comments:
Post a Comment