Wednesday, July 09, 2008

actology-Petrosains National Science Theatre Competition

Semalam aku gi MTC (malaysia tourism centre) kat jalan ampang nak gi tengok grand finale Petronas National Science Theatre Competition. Ada 5 pasukan akhir yang bertanding mewakili zon masing2 iaitu zon utara, selatan & tengah, pantai timur, sabah dan sarawak. Masing2 telah mempamerkan kehebatan lakonan di samping tidak meminggirkan tema pertandingan. Tema pada tahun ini adalah tenaga atau energy, jadi kebanyakkan pasukan banyak memasukkan dialog yang berkaitan tenaga seperti berkenaan tenaga kinetik dan tenaga solar. Tempat pertama dimenangi oleh pasukan zon utara iaitu SMK Hamid Khan, Pulau Pinang di mana mereka telah menampilkan satu persembahan yang menarik dengan mencampurkan pelbagai elemen seperti komedi, drama, cinta dan aksi di samping tema mereka yang memaparkan tentang tenaga2 yang boleh dipraktikan bagi menggantikan elektrik. Tempat kedua dimenangi oleh SMK Sains Machang yang mewakili zon pantai timur dan tempat ketiga oleh wakil zon tengah & selatan, SMK Tinggi St David Melaka.