Monday, April 29, 2013

Bali...Aku Cinta Sama Kamu! ....part 1

Wah...wah..kalau baca tajuk tu macam tajuk filem dari indonesia la pulak kan, tapi sebenarnya aku nak ceritakan tentang pengalaman pertama kali ke Bali awal bulan hari tu (sebab tu dah lama tak update blog ni...hehehe). Ok aku nak cerita dari awal pengalaman aku ke Bali ni so maybe, akan ambil beberapa part untuk habiskan cerita aku ni. Anyway, aku beli tiket flight dan penginapan serta tour ke Bali ni masa Matta Fair yang berlangsung bulan Mac hari tu dan disebabkan banyak pakej agak menarik untuk ke bali aku pun beli tiket untuk ke sana. Tiket penerbangan dan penginapan semasa di Bali aku beli asing sebab nak beli tiket penerbangan MAS, bukan apa sebab kalau penerbangan lebih dari 2 jam kalau naik MAS akan rasa lebih selesa sikit...hehehe....

hidangan semasa dalam penerbangan (tu air jus epal jangan salah sangka)

Aku pergi ke Bali dalam 4 hari dan 3 malam di mana sampai-sampai je di Bali ada pak supir yang akan menunggu aku di lapangan terbang Bali. Kalau di Indonesia tour guide akan dipanggil Pak Supir, disebabkan dah beberapa kali aku ke Indonesia jadi aku dah tahu panggilan nama ni. Pak Supir aku kali ini nama dier Pak Eddy, orangnya agak fasih bercakap dialek melayu Malaysia dan sangat fasih berbahasa Inggeris dan korea (hebat la...). Kalau korang nak tahu actually aku dapat private tour sepanjang aku di Bali ni, so xde masalah sebab tiada kumpulan lain yang akan ikut bersama...memang terasa macam VIP la aku tetiba..hehehe. Disebabkan aku tiba agak awal di sana maka Pak Eddy telah mencadangkan agar kami ke Uluwatu untuk melawat Pura Luhur Uluwatu yang agak terkenal di Bali.

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai

Pura Luhur Uluwatu ni sangat terkenal antara Pura-pura yang terdapat di Bali ini kerana ianya merupakan antara 6 Pura yang dibina di tepi laut untuk melindungi Bali dari Dewi laut (ini menurut kepercayaan orang Bali seperti yang diceritakan oleh Pak Eddy pada aku). Kalau korang semua tak faham apa tu pura, actually pura tu bermaksud kuil atau tempat orang-orang hindu beribadat atau temple dalam bahasa ingerisnya. Pura ini terletak di hujung sebuah tebing yang agak tinggi dan nama uluwatu ini bermaksud "batu di hulu". Kalau dilihat pada tepi tebing kuil ini memang menakjubkan kerana alam semulajadinya yang sangat menarik dan cantik, tapi harus diingatkan bahawa di sini juga menjadi tempat tinggal berpuluh-puluh ekor monyet yang agak agresif (jadi diingatkan semasa disini sila jaga barang anda dengan baik dan gelang, rantai atau anting-anting tidak digalakkan pakai semasa di sini). Di sini juga terdapat persembahan tarian yang sangat popular di Bali iaitu tarian kecak, tapi sayang aku tak dapat menonton persembahan ini kerana bergegas ke jimbaran untuk makan malam.

 Bergambar sat kat tebing...yang hujung tu Puru Luhur Uluwatu

Di pintu masuk ke Pura Luhur Uluwatu

Selepas tamat lawatan ke uluwatu, Pak Eddy membawa aku ke Jimabaran dimana di sini boleh menikmati hidangan makan malam yang elok berasaskan makanan laut. Di sepanjang kawasan Jimbaran ini terdapat banyak kedai makanan laut yang enak-enak dan aku telah dibawa ke salah satu kedai yang bernama Seri Melasti Kedongonan untuk menikmati makan malam aku. Apa yang membuatkan aku begitu teruja semasa beradi di sini adalah suasana yang amat indah dan menarik kerana meja makan diletakkan di atas pasir pantai sambil menghadap laut. Bayangkan betapa indahnya suasana ini bagi yang berbulan madu kerana dapat melihat matahari terbenam sambil menikmati hidangan laut yang amat lazat ini. Makanan laut di sini amat lazat dan sedikit berbeza dengan di Malaysia kerana rempah yang digunakan amat sedap dan enak sekali. Di sini juga para pengunjung boleh melihat pemandangan lapangan terbang di mana pengunjung boleh melihat kapal terbang turun dan naik di lapangan terbang sambil menikmati hidangan dan melihat matahari terbenam. Di samping itu juga kebanyakkan kedai di sini juga menghidangkan para pengunjung dengan persembahan kebudayaan Bali seperti tarian Legong dan gamelan. Satu yang membuatkan aku terpaku di sini adalah kebanyakkan pelayan di sini boleh berbahasa lebih dari 2 bahasa! mereka boleh berbahasa inggeris, jepun, korea, france atau sepanyol dengan baik sekali...bila mendengar mereka bertutur bahasa lain membuatkan aku terpaku dan terdiam...dalam hati giler ko aku pun tak reti nak cakap bahasa lain selain melayu dan inggeris...pergh...malunya aku...hehehe..(terus terasa nak ambil kursus bahasa asing...hehehe)...Apakan kalau ke Bali memang kena pergi ke Jimbaran ni. Lepas dah penat makan dan berjalan di hari pertama tu terus lepas itu, Pak Eddy dan pemandu kami menghantar aku ke hotel penginapan yang terletak di Kuta, nama hotel tu Spazzio Hotel...agak selesa dan menarik hotel ini kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti wifi, cafe dan surau...apapun masuk je bilik terus aku capai tilam dan terus aku berdengkur...zzzzz

Suasana di Jimbaran yang sangat menarik...aduss..aku dipakaikan bunga di telinga 

Hidangan laut aku..yummy memang lazat dong

Suasana di Restoran Sri Melasti


Suasana matahari hampir terbenam di Jimbaran

Pemandangan hotel tempat aku menginap sepanjang di Bali...nampak menarik tak?

Monday, April 15, 2013

Quotes Of The Day

"You must be the change you wish to 

see in the world"

                                              by Mahatma Ghandi

Sunday, April 14, 2013

The Importance Of Being Your Own

Dekat 2 bulan aku tak menulis dalam blog aku ni kan...sampai nak bersarang dah blog aku ni jadinya, jadi aku pun decide untuk menyambung semula penulisan aku ni. Kalau di lihat pada tajuk blog aku hari ini macam tajuk sebuah filem Hollywood yang diadaptasikan dari sebuah novel jika aku tak silap la tapi aku dah ubahsuaikan sikit kat hujung tu daripada "Ernest" kepada "Your Own" sebab kali ini aku nak menulis tentang diri kita sendiri (dah macam program motivasi lak aku ni). Kenapa kita perlu menjadi diri kita sendiri? sapa boleh jawab? anyone? sila angkat tangan anda jika anda ingin menjawab persoalan tersebut. Diri kita adalah diri kita sendiri jangan kita cuba merubah diri kita untuk orang lain hanya untuk mendapatkan perhatian daripada orang tersebut kerana itu bukan satu tabiat yang bagus. Jika kita ingin benar-benar berubah biarlah ianya kerana ingin menjadi orang yang lebih baik dari sekarang dan kerana Allah SWT. Diri kita sudah cukup baik cuma ada beberapa perkara yang mungkin tidak begitu menyenangkan kerana kita kan manusia biasa yang punya pelbagai kekurangan. Jika kita yakin akan diri kita sendiri, jadi segala yang kita ingin buat dan impikan pasti akan terlaksana kerana kita amat yakin akan kemampuan diri sendiri, so nasihat aku kalau nak buat apa-apa sekalipin yang penting jadilah diri sendiri dan yakin akan kemampuan kita, lagipun Allah SWT telah menciptakan kita dengan sangat sempurna cuma bergantung pada kita untuk mencorakkannya.