Tuesday, June 18, 2013

Bali...Aku Cinta Sama Kamu...part 2

Ni aku nak sambung semula cerita tentang aku kat bali...punyalah lama aku nak sambung tu dekat 2 bulan baru nak sambung tu (kalau blogger lain kalau 2 bulan ni dah banyak citer dah masuk dalam blog...nak wat camne dapat blogger macam aku ni memang beginilah cara aku...berbulan-bulan baru nak updatekan...hahahaha)...anyway, aku akan cerita hari kedua aku kat Bali so takdelah tersangkut lagi cerita aku ni kan...hari kedua tu after dah sarapan so aku pun mulakan ekspedisi aku di bali ni dengan ditemani private tour guide. Tempat pertama yang dibawa oleh mas Eddy ni tempat nak menonton persembahan barongan di area bernama BatuBulan...menurut cerita, orang kat Bali ni suka sangat menari, katanya untuk memuja atau menghalau semangat bagai la dan sebab tu lah barongan ini hanya akan dipersembahkan hanya pada waktu pagi sahaja iaitu waktu sebelum mereka pergi bekerja...(nampak macam pelik pun ada kan) ... tarian barongan ni memang menariklah dan lebih kurang je macam yang ada kat malaysia tapi gelagat barongan tu yang tiba-tiba muncul depan aku memang buat aku terkejut ko..tanjat boboi k...kuss semangat, nasib baik takde sakit jantung kalau tidak interframe la aku news seluruh Bali hari esoknya nanti...Tarian ini mengisahkan tentang kuasa baik melawan kejahatan dan berakhir dengan tiada yang menang atau kalah. Selepas itu, kami pun teruskan perjalanan dengan melawat tempat menukang dan menjual emas, perak dan barangan kayu di sekitar Mas, celuk dan Ubud. 

persembahan barongan sebelum bermula...cutekan barongan tu...hehehe

Meneruskan perjalanan ke Kintamani pula, kalau korang suma nak tau Kintamani ini adalah sebuah kawasan tanah tinggi di Bali di mana di sini terletak Gunung Batur iaitu sebuah gunung berapi yang sangat aktif di Bali ini di mana ianya merupakan antara tempat wajib di lawat jika berkunjung ke Bali.Sebelum tiba di Kintamani ni sempat la jugak menyinggah membeli produk tradisional bali yang terletak tidak jauh dari kawasan Kintamani ini, di mana sempatlah aku beli kopi Bali untuk dibawa balik ke KL nanti kan. Ok, setiba di Kintamani ini memang cukup membuat aku begitu teruja sekali kerana keindahannya yang cukup membuat mulut aku ternganga agak lama kerana begitu takjub akan keindahan ciptaan Allah SWT ini...bayangkan di sebelah Gunung Batur ini terdapat sebuah tasik yang cukup indah ditambah pula rupanya Gunung Batur ini adalah sebuah gunung yang mempunyai 3 kawah dan keseluruhan gunung ini rupanya terletak di sebuah kawah yang lebih besar atau dengan kata lain rupanya aku sedang berdiri bukan di tepi gunung tetapi di tepi kawah besar asal gunung ini yang telah musnah...fuhhh...walaupun cuaca agak berawan tebal kerana hujan tapi aku masih bersyukur dapat melihat keindahan alam ini...huhuu (tetiba segmen ala-ala rancangan kat astro oasis ko) . Sepanjang kat sini sempat lah menikmati bufet makan tengahari sambil melihat keindahan Gunung batur ini...memang bestlah..koranmg kalau datang ke Bali memang suggest datang ke Kintamani ini...memang tak menyesal. 
wajah aku yang poyo berlatar belakangkan Gunung Batur



Dah puas menatap Gunung Batur ni so kita orang pun teruskanlah perjalanan menuju ke sebuah Kuil yang agak terkenal di Bali iaitu Pura Tirta Empul yang bermaksud kuil air suci (lebih kurang maksudnya). mengapa namanya berkaitan air suci kerana di sini terdapat kolam yang membekal air suci ke seluruh Bali di mana sistem pengairan sawah di Bali sebenarnya berpunca dari sini yang mana di dalam kuil ini terdapat sebuah kolam yang mengeluarkan mata air yang tidak akan habis. Di sini, dapatlah korang menjamu mata korang yek sebab ramai orang Bali akan datang ke sini untuk mandi sebagai simbol membersihkan diri dari segala dosa atau malapetaka, mat dan minah saleh pun ramai yang datang mandi disini so lagilah korang akan menjamu mata korang masa kat sini kan...tak berkelip-kelip mata sampai nak terkeluar la biji mata tu menontonnya. Khabarnya dulu-dulu kalau kaum wanita mandi disini, mereka tidak akan menutup bahagian atas tapi sekarang ni zaman dah moden maka tidak ada lagilah yang akan mandi sedemikian rupa (tengok orang zaman dulu lagi tak tau malu dari orang zaman sekarang kan...hehehe)
plak dihadapan pintu masuk ke Pura Tirtha Empul sebagai tapak warisan dunia UNESCO

posing di hadapan kolam mndi utama di Pura ini

upacara sembahyang oleh masyarakat Bali di Pura ini

Destinasi terakhir adalah melawat sebuah kawasan yang sungguh indah di Bali iaitu Tegalalang Rice Terrace di mana merupakan kawasan tanaman padi di kawasan bukit yang begitu indah sekali di Bali. Memang macam dalam lukisan betul kawasan ini sampai asyik la aku melihat kawasan ini, memang ramai la pelancong yang datang ke kawasan kerana keindahannya. Seterusnya, selepas itu sempat lah aku singgah ke Denpasar untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang iaitu ke krishna...kat sini macam-macam ada dan harganya pula memang tersangat murah dan berbaloi so kalau datang ke Bali aku cadangkan untuk membeli cenderamata di sini sebab amat berbaloi. Selepas dah balik ke hotel tak sempat nak tidur atau berehat terus je aku keluar semula untuk merayau-rayau pulak ke area Kuta. Kalau takde sapa yang tahu, Kuta ni memang kawasan yang sangat popular di Bali kerana di sini terdapat banyak kelab-kelab malam dan tempat makan yang menarik di bali dan tempat istirehat paling popular di Bali. Kalu sepanjang jalan di Kuta ni memang penuh la mat saleh kat sini sampai korang pun akan terfikir korang ni kat Bali or kat Europe or Australia sebab mat saleh je yang ramai kat sini...no wonder la kawasan ni menjadi sasaran pengebom berani mati sebanyak 2 kali pada tahun 2002 dan 2005. Sempatlah gak aku balun 2 t-shirt Hard Rock kat sini sebab Hard Rock Shop kat sini agak besar lah dan banyak pilihan. dah puas berjalan seharian dan bershopping apa lagi sampai je bilik hotel terus aku membungkam atas katil sampai lupa nak solat Isya'...nasib bek musafir ada gak alasan..(macam alasan tu boleh digunakan...hehehe...)...so nanti tunggu update untuk part 3 dan terakhir...penat plak nak sambung untuk kisah hari ketiga dan terakhir kat Bali ni.

keindahan Tegalalang Rice Terrace yang memang menakjubkan


sempat la posing depan Hard Rock Shop Bali

kat jalan raya pun aku nak posing kan...ni kat area Kuta..sempat kan posing memosing




No comments: