Ok la ni aku nak citer sikit tentang lawatan aku ke Madame Tussauds Bangkok yang mana ini merupakan kali kedua aku masuk ke tempat di di bandar yang sama iaitu Bangkok. Apa itu Madame Tussauds kalau ada yang bertanya...adakah sebuah butik popular atau sebuah kedai runcit popular milik makcik tussauds ataupun sebuah rumah milik makcik tussauds? Semuanya adalah salah hokey sebab Madame Tussauds ni sebenarnya adalah sebuah muzium patung lilin yang mempamerkan ukiran lilin selebriti dan tokoh-tokoh terkenal dunia seperti Ghandi, Princess Diana, Obama, Julia Roberts, Michael Jackson, Brad Pitt dan ramai lagi kalau nak sebut memang 7 malam baru aku abis taip. Madame Tussauds ni actually juga ada di beberapa bandar lain di dunia seperti London, New York, Hong Kong, Amsterdam dan beberapa lagi dan kebanyakkan mempunyai ukiran patung figura yang hampir sama namun terdapat perbezaan mengikut tempat. Apa yang menarik disini adalah diceritakan sedikit tentang latar belakang figura yang dipamerkan dan paling best kita dapat bergambar sakan ngan patung-patung lilin ini dan buatlah macam-macam aksi yang ada sebab kalau realiti memang takkan lah kan. Anyway kalau ada kesempatan melawat muzium ni memang jangan lepaskan sebab bukan selalu kita dapat masuk ke tempat macam ini kan lagi-lagi dengan harga tiket yang agak mahal tu kan. So menabunglah dari sekarang kalau ada plan untuk ke Bangkok hokey.
No comments:
Post a Comment