Berkurun lama aku tak update belog aku ni...anyway sekarang ni aku sedang holiday kt europe kooo...orang kampung masuk europe ko memang jakun....anyway ini adalah 1st time aku sampai sini dan aku pegi sini lak betul-betul masa ngah winter so memang sejuk bangat la. Aku plan untuk pegi 4 buah negara dalam 12 hari so dimulakan ngan kota london di mana perjalanan ke kota london ambil masa lebih kurang 13jam dari kl...kematu kaki aku dalam flight. Setibanya kat kota london aku trus check in kt hostel area hyde park di mana hostel ni terletak tak jauh dari stesen underground bayswater dalam 100 meter je aku rasa. Area hyde park ni kalau korang nak tau terdapat banyak restoran malaysia sebab malaysia hall terletak kt area sini je so memang senang la nak jumpa komuniti malaysia kat sini. Malam pertama tu aku makan kat sebuah restoran milik malaysia namanya Tuk-tuk restoran dimana restoran ini ada status halal tau. Aku order keoy teow kat sini kawan aku pun order sama gak so bila sampai je makanan terkejut aku punya la banyak portionnyer sampai aku rasa leh makan 2 orang. Lepas dah kenyang macam ular sawa kita orang pun balik ke hostel dan teruskan membungkang sebab letih jetlag 13 jam atas flight...nanti aku sambung lagi k pasal explorasi aku kt europe ni....bye
No comments:
Post a Comment