Semasa ke Eropah beberapa bulan yang lepas salah satu bandar yang wajib aku nak pergi adalah Amsterdam dan Alhamdulillah termakbul gak cita-cita aku after mengikat perut untuk ke europe kan. Ok actually apa yang menarik tentang Amsterdam ni adalah senibina dan kotanya yang terletak di kawasan yang penuh dengan terusan dan sungai. Untuk ke sini terdapat pelbagai cara seperti anda bolehlah menaiki kapal terbang jika anda mempunyai ongkos yang besar dan jika ongkos kurang sedikit anda boleh menaiki tren laju dari mana-mana bandar eropah terdekat seperti Paris atau brussels dan jika anda mempunyai ongkos yang limited macam aku so naik bas jelah kan.
Actually terdapat perkhidmatan bas ke Amsterdam daripada beberapa buah bandar di eropah seperti London dan Paris dan aku menaiki bas dari kota Paris dan perjalanan menaiki bas daripada Paris memakan masa lebih kurang 8 jam. Untuk memudahkan permulaan perjalanan di Amsterdam aku rasa better mulakan di stesen central yang terletak di tengah kota Amsterdam dan dari sini bolehlah menaiki trem untuk ke destinasi atau tempat menarik di Amsterdam. Tempat pertama yang aku lawati semasa di sini adalah Damrak iaitu tempat di mana kat sini terdapat banyak deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan seperti souvenirs dan makanan dan ianya terletak di hadapan central station sahaja. Tempat lain yang aku pergi sepanjang kat amsterdam ni Rijksmuseum di mana kat depan muzium ada tertulis perkataan Iamsterdam so korang kalau datang sini kena bergambar kat depan ni sebab bukti korang dah sampai sini...hehehe...jakun sangat aku kan. Selain tu bolehlah melawat area sekitar canal yang terdapat kat sekitar Amsterdam ni sebab Amsterdam memang terkenal dengan canal atau terusan kecilnya dan memang cantik pemandangannya cik jah ooi.
Tak jauh dari hotel aku menginap tu terdapat sebuah pasar femes kat amsterdam ni, apa yang membiatkan ianya femes tu sebab ianya popular sebagai pasar yang menjual bunga tulip so kalau korang nak beli bunga tulip sebagai souvenir kat sini boleh la korang datang sini tapi aku tak belilah bunga tulip tu sebab takut bila sampai malaysia yang maha panas ni mati terus pokok tulip tu nanti kan. Banyak lagi tempat menarik kat amsterdam ni dan paling femes cafe ganjanya dan red light district di mana tempat pelacuran femes di dunia, tapi disebabkan letih sangat maka tak sempat aku nak pergi area sini so next time lah kalau datang sini sure aku akan pastikan tak terlepas....hehehe...anyway amsterdam memang best tapi sebab pengalaman beg hilang masa baeu tiba di sana memang membuatkan aku sedikit terkilan...so kalau pergi negara orang berhati-hati ok jaga barang-barang anda.
2 comments:
Macam mana beg boleh hilang bang?? Xnak sambung ke story??
Sbb terleka...kt sn xleh terleka sket nnt tup2 beg dh xde....mostly keje imigran kt sana
Post a Comment