Tuesday, November 15, 2005

Mawi Mania

Sejak kebelakangan nie sedar tak sedar ramai orang yang sangat meminati Mawi...hmmm siapakah Mawi nie yek? Mawi adalah penyanyi baru yang muncul melalui pertandingan Akademi Fantasia....adakah kita semua terfikir bagaimana seorang anak Felda nie boleh di gilai oleh ramai peminat dalam masa yang begitu singkat sekali? Bukannya mudah untuk mencapai apa yang telah dicapai oleh Mawi dalam sekelip mata. Ramai penyanyi yang terpaksa melalui pelbagai cabaran sebelum bergelar penyanyi.....seperti Siti Nurhaliza sendiri beliau hanya popular setelah album kedua beliau dikeluarkan....tetapi Mawi album belum keluar pun beliau sudah menjadi satu fenomena di Malaysia ini....Apakah keistimewaannya dimiliki beliau? Ya mungkin kerana karisma beliau yang jujur dan berterus terang membuatkan ramai yang meminati beliau tidak seperti artis-artis lain yang suka membohongi peminat mereka. Mungkin juga kerana sifat beliau yang mempunyai asas di dalam bidang keagamaan membuatkan peminat meminati beliau....hmmm nampaknya gelombang Mawi nie akan berterusan kerana album studio penuh beliau akan keluar dalam minggu ini.....Ini akan menentukan kesetiaan peminat terhadap Mawi adakah beliau akan terus di sanjungi oleh peminat-peminatnya, jadi jika anda adalah peminat Mawi jangan la pulak lupa untuk membeli album terbaru beliau yang akan keluar tidak lama lagi. Ok chow.....

1 comment:

Anonymous said...

wow...mawi i like him so much...