Now time untuk update blog aku ni yang memang dah bersawang macam sarang labah-labah ni and aku nak sambung tentang perjalanan aku ke europe awal tahun lepas. After kota London aku pun move ke Paris pulak sebab ni salah satu kota yang memang ramai impian untuk berada di sana dan peluang ni memang aku tak boleh lepaskan so after menaiki tren laju dari stesen King Cross St Pancras International (di sinilah stesen keretapi femes dalam siri Harry Potter tu) selama 2 jam maka tibalah aku ke kota Paris dan perkara pertama aku lakukan ialah menjerit sepuas-puasnya sebab akhirnya jejak gak kaki aku kat tanah perancis ni...akunyer jerit tu sampai orang sekitar dok tengok aku...ingat aku gila agaknya.... hehehe memang macam orang kampung kan...biasa la tu macam korang tak buat macam tu kan. Tren dari London akan berhenti di stesen Gare Du Nord atau bahasa yang korang boleh faham ialah Terminal Utara...kat area sini ada beberapa restoran halal dan sebab aku lapar sangat so aku ngan member aku pun stop untuk makan dulu di sebuah restoran kebab yang terletak betul-betul kat depan Gare Du Nord ni dan seperti biasa kebab kat sini memang besar u olls...memang tak abis la aku makan siap boleh tapau makan kt hotel lagi bakinya. After dah kenyang aku dengan member aku ni pun carilah stesen subway yang terletak kat sebelah restoran ni je, masa nak beli tiket subway tu punyalah kalut mana taknya tak faham aku camna caranya nak beli tiket subway kt paris ni dahlah bahasanya bahasa perancis memang haram jadahlah aku nak faham kan so kami pun decide beli kat kaunter tiket dan macam biasa masa nak beli tiket dah macam ayam dengan itik bercakap sebab dua-dua cakap bahasa yang lain...aku cakap english minah ni jawab dalam bahasa french...dahlah aku ni buta bahasa sikit maka guna isyarat jelah...aku pun tunjuk nak beli tiket untuk 2 hari...minah ni pun suh aku bayar dalam 16 euro untuk tiket 2 hari, nasib baik ok. Kalau korang nak tahu subwaybkat paris ni unik sikit korang hanya perlu touch tiket masa nk masuk je pastu bila nak keluar just ikur je pintu keluar tu tak payah nak touch sekali lagi bagai dan tren subway pun unik gak sebab kalau nak keluar kena telan pemegang pintu tren barulah boleh buka pintu tu...mula-mula tu memang jakun sat aku sebab kelakar pun ada unik pun ada.Masa kat Paris aku menginap kat hotel area St Dennis-Strousbourg yang mana tak jauh dari stesen subway hotelnya, hotel-hotel bajet kat Paris ni unik sket sebab lif yang agak kecil dan sukar sikit nak angkut barang-barang sebab seorang je lepas naik lifnya. Lepas letak je semua beg aku dengan kawan aku pun bergegas ke tempat paling ikonik kat Paris ni...the only one Eiffel Tower yang sangat mengagumkan tu dan macam biasa memang asyik bergambar la masa kat situ tapi bila dah tengok Eiffel tower ni depan mata tetiba aku rasa apa yang hebat sangat benda ni sebab kalau dilihat waktu siang macam satu besi buruk yang sangat tinggi dan tiada yang menarik pun dan terus pada fikiran aku not like what i think la benda ni...taman depan Eiffel tower ni pun takdelah cantik sangat pun siap berpagar yang tak berapa nak cantik sangat pun...hehehe tapi rupanya bila malam barulah nampak sangat cantik eiffel tlwer ni dengan.lampu-lampunya...owh rupa-rupanya bila malam barulah cantik benda ni. Lepas balik dari eiffel tower ni kami pun terus ke satu lagi lokasi ikonik di Paris ni iaitu Champs De Elysees di mana di sinilah shopping haven kat paris ni dan kat hujung tempat ni terletaknya pintu gerbang yang sangat terkenal iaitu Arch De Triomphe yang mana terletak di tengah-tengah roundabout yang sangat sibuk. Sempatlah jugak aku shopping kat kedai-kedai yang terletak di champs de elysees ni dan yang penting aku dapat beli sweater yang regenya agak murah kat sini tapi kat kl agak mahal harganya.
The next day kami teruskan perjalanan kami pagi-pagi ke pompidou centre yang mana merupakan sebuah art centre tapi kami tak masuklah just bergambar je kat depan bangunan ni yang sangat unik dan seterusnya ke Notre Dame Cathedral yang sangat femes di Paris dan kemudian menyusuri Sungai Seine sambil berangan sekejap sampai lah ke Mondu Arabe atau institut arab moden. Seterusnya kami teruskan perjalanan ke sebuah muzium yang sangat terkenal di Paris iaitu Musee Du Lourve atau nama melayunya muzium Lourve yang mana di sinilah tersimpannya lukisan yang sangat terkenal iaitu Mona Lisa, lepas bayar harga tiket dalam 12euro dapatlah aku masuk ke dalam muzium ini dan tentukan aku terus mencari lukisan Mona Lisa ini dan bila masuk je ke dalam bilik galeri Mona Lisa ini memang ramai gila la orang yang ingin melihat secara dekat dan bergambar di hadapan lukisan ini dan aku memang tak sangka la akhirnya dapat lihat depan mata sendiri akan lukisan ini tapi diingatkan lukisan ini di kawal ketat dan disimpan di dalam frame yang kalis peluru dan dikawal pengawal kerana takut lukisan ini dicuri. Lepas dah merayau-rayau sekitar Lourve yang sangatlah besar ini aku dan member aku ni pun merayau-rayau ke kawasan sekitar Paris sementara nak tunggu bas ke Amsterdam pada sebelah malamnya. Sesungguhnya bagi aku Paris memang menakjubkan dan menarik tetapi tidak seperti yang di gambarkan sebelum ini iaitu kota segala kota yang ada sebab bagi aku London lebib menarik berbanding Paris maybe sebab persekitaran Paris yang agak kotor dan imigran yang sangat ramai serta golongan homeless yang boleh dilihat agak ramai di sekitar Paris buatkan aku rasa agak tidak berapa selesa berada di sini. So tunggukan pula next city iaitu Amsterdam dan semasa tiba di Amsterdam berlaku peristiwa yang memeranjatkan aku seketika dan kalau nak tahu apa dia tunggu next entry aku yang seterusnya.
ni kat depan Eiffel Tower...tak cantik pun taman depan tu...hehehe
bergambar di hadapan Arch De Triomphe
Notre Dame Cathedral yang terkenal tu
inilah tempat femes di Paris yang selalu orang bercinta letak kunci tu
akhirnya dapat gak tengok Mona Lisa depan mata....
Di hadapan Musee d' Lourve
suasana di dalam tren subway di Paris
tempat wajib kaki shopping di Paris...Champs de Elysees
Suasana di kota Paris
Tebing sungai Seine
No comments:
Post a Comment