Last week aku ada la minum kat satu kedai kopi baru yang terletak kat area seksyen 16 PJ. Pada asalnya yang mengajak ke sini adalah member aku hafiz sebab dier nak mencari roast coffee bean tapi sebab aku pun nak try merasa keenakkan kopi di kedai ni maka aku pun join sekali la. Actually, kedudukan kedai ni agak tersorok dan betul-betul terletak berdekatan dengan UIA PJ di seksyen 16 dan sebab dulu-dulu aku pernah menghuni kolej kediaman KE 9 UM yang terletak tak jauh dari sini so takde masalah nak mencari kedai ni. Ok, suasana kat kedai ni agak cosy dan menarik dengan hiasan yang kelihatan sesuai untuk golongan hipster. Jenis kopi yang dijual di sini mostly jenis italian coffee tapi bagi aku its ok dan rasanya enak. Selain daripada kopi di sini jual dijual kek dan makanan western seperti pasta dan lasagna serta dijual biji kopi yang telah di'roast'kan. Sedang elok kami ber'loafer' tiba-tiba pemilik kedai ini datang menghampiri kami dan menerangkan tentang biji kopi yang dijual dan rupanya pemilik kedai ini adalah bekas pemain bolasepak pasukan selangor, haih tak sangka bekas pemain bolasepak pun berminat dengan kedai kopi. Bagi aku kedai ni memang bagus dan selesa serta menu yang disediakan sangat ok untuk jadi tempat melepak terutamanya untuk golongan muda.
Monday, March 23, 2015
Monday, March 16, 2015
Matta Fair 2015
Nampaknya Matta Fair yang berlangsung semenjak jumaat lepas sehingga semalam mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia begitu juga dengan aku yang pada jumaat lepas dah berpusu-pusu untuk ke sana.Tujuan asal aku adalah untuk meninjau-ninjau ppkej menarik yang ada walaupun sudah ada perancangan tapi saja la gatal-gatal tangan melihat pakej-pakej atau promosi yang menarik manalah tahu kot-kot boleh menjadi inspirasi percutian di masa hadapan. Anyway, apa yang dapat aku simpulkan kebanyakkan pakej dsn harga tambang penerbangan agak menarik harganya maybe kerana agensi pelancongan terpaksa memberi potongan harga yang boleh menarik perhatian pelawat lagi-lagi selepas beberapa kejadian yang melibatkan industri penerbangan serantau sudah pasti memberi kesan kepada para pelawat dalam membuat keputusan untuk bercuti ke luar negara. Apa yang menarik perhatian kali ini agensi pelancongan Jepun mendapat perhatian yang agak meluas dan raaai yang berminat untuk ke Jepun, ini mungkin kerana untuk ke Jepun sudah lebih mudah dengan terlupusnya permohonan visa untuk rakyat Malaysia untuk ke sana. Kebanyakkan pelancong lebih gemar untuk melancong ke negara yang tidak memerlukan pemohonan visa kerana lebih mudah dan tidak merumitkan. Secara keseluruhannya, industri pelancongan masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia walaupun beberapa kejadian yabg berlaku sebelum ini hanya menggugat hati rakyat Malaysia untuk seketika sahaja dan pada pendapat saya industri pelancongan amat positif walaupun di waktu sukar kerana dengan melanconglah kita dapat merehatkan minda dan diri daripada beban kerja tidak kira samada melancong di dalam negara atau ke luar negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)