Nampaknya Matta Fair yang berlangsung semenjak jumaat lepas sehingga semalam mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia begitu juga dengan aku yang pada jumaat lepas dah berpusu-pusu untuk ke sana.Tujuan asal aku adalah untuk meninjau-ninjau ppkej menarik yang ada walaupun sudah ada perancangan tapi saja la gatal-gatal tangan melihat pakej-pakej atau promosi yang menarik manalah tahu kot-kot boleh menjadi inspirasi percutian di masa hadapan. Anyway, apa yang dapat aku simpulkan kebanyakkan pakej dsn harga tambang penerbangan agak menarik harganya maybe kerana agensi pelancongan terpaksa memberi potongan harga yang boleh menarik perhatian pelawat lagi-lagi selepas beberapa kejadian yang melibatkan industri penerbangan serantau sudah pasti memberi kesan kepada para pelawat dalam membuat keputusan untuk bercuti ke luar negara. Apa yang menarik perhatian kali ini agensi pelancongan Jepun mendapat perhatian yang agak meluas dan raaai yang berminat untuk ke Jepun, ini mungkin kerana untuk ke Jepun sudah lebih mudah dengan terlupusnya permohonan visa untuk rakyat Malaysia untuk ke sana. Kebanyakkan pelancong lebih gemar untuk melancong ke negara yang tidak memerlukan pemohonan visa kerana lebih mudah dan tidak merumitkan. Secara keseluruhannya, industri pelancongan masih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia walaupun beberapa kejadian yabg berlaku sebelum ini hanya menggugat hati rakyat Malaysia untuk seketika sahaja dan pada pendapat saya industri pelancongan amat positif walaupun di waktu sukar kerana dengan melanconglah kita dapat merehatkan minda dan diri daripada beban kerja tidak kira samada melancong di dalam negara atau ke luar negara.
No comments:
Post a Comment