Friday, February 20, 2015

The Tokyo Story-Part 2


Part 2 ni aku nak cerita tentang beberapa lagi tempat menarik yang aku lawat semasa kat Tokyo dan aku mulakan dengan Tokyo Skytree yang merupakan menara telekomunikasi tertinggi di dunia. Tokyo Skytree ini terletak di kawasan oshiage di mana jika kita menaiki tren atau subway stesen terdekat adalah stesen oshiage dan berhampiran dengan sungai Sumida. Tokyo Skytree ni agak menakjubkan sebab di bina di kawasan aktif gempa bumi dan gempa bumi pada tahun 2011 telah berjaya membuktikan menara ini memang tahan gempa. Dari atas Tokyo Skytree ini pengunjung boleh menikmati keindahan kota Tokyo dari segenap ruang dan ini merupakan satu pengalaman yang amat menakjubkan. Di sekitar Tokyo Skytree ini juga terdapat ruang perniagaan di mana jika ingin mendapatkan cenderahati dari Tokyo bolehlah didapati di sini. 
Seterusnya perjalanan diteruskan ke kawasan Asakusa di mana di sini terdapat sebuah tokong yang agak popular di Tokyo iaitu Senso-Ji Temple. Di sini menjadi tumpuan pelancong kerana di sepanjang jalan menuju ke Senso-Ji ini terdapat pusat jualan yang menjual pelbagai cenderamata pada harga yang murah iaitu di Nakamise-Dori yang terletak di antara pintu Kaminarimon dan pintu utama Senso-Ji. Di sepanjang jalan ini terdapat pelbagai kedai yang menjual pelbagai jenis cenderamata seperti t-shirt, fridge magnet, kipas, kraf dan pelbagai lagi yang boleh dijadikan cenderamata untuk di bawa pulang. Untuk menghabiskan masa di sini memang agak lama kerana pelbagai cenderamata yang ditawarkan memang rambang mata dibuatnya. Di kawasan ini juga berdekatan dengan sungai sumida di mana di seberang sungai ini terdapat bangunan Superdry Hall yang mempunyai sebuah rekaan yang agak unik. 
Selepas menghabiskan masa berjam-jam di sini perjalanan seterusnya adalah ke shibuya untuk membeli-belah dan mendapatkan beberapa barang untuk di bawa pulang. Beberapa tempat menarik yang tak sempat dilawati seperti Akihabara yang merupakan syurga pelbagai barangan eletrik dan anime dan juga Meiji Shrine yang terletak berhampiran Yoyogi Park.
Secara keseluruhannya Tokyo adalah satu kota yang wajib dilawati oleh setiap orang kerana pengalaman yang bermakna di sini.tidak dapat di tempat lain di dunia ini.

hotel penginapan aku semasa di Tokyo

suasan di waktu pagi di sebatang jalan di Tokyo

dihadapan menara telekomunikasi tertinggi di dunia iaitu Tokyo Skytree

Tokyo Skytree

Senso-Ji Temple 

Nakamise-Dori Street

Senso-Ji Temple

Pintu utama ke Senso-Ji Temple

gadis kimono

Tokyo Skytree dari Sumida River

Edo Mall di Haneda Airport

No comments: