Satu tempat menarik yang perlu dilawat ketika di London adalah British Museum yang terletak tidak jauh dari kawasan Oxford Street yang terkenal dengan kawasan membeli-belah di London. Muzium ini terkenal kerana menyimpan dan mempamerkan pelbagai koleksi terulung dari serata dunia dan antara yang paling terkenal adalah batu rosetta. Batu rosetta ini sangat terkenal kerana ianya merupakan satu bahan yang sering dijadikan rujukan oleh ahli arkeologi dalam mentafsirkan tulisan hirogrif yang merupakan tulisan kuno.mesir. Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut tamadun di dunia dan antaranya tamadun Greek kuno, China, Arab, tamadun Maya dan juga koleksi dari tamadun Alam Melayu. Jika melawat muzium ini adalah seperti anda telah melawat seluruh dunia kerana koleksinya dari seluruh dunia dan kerana itulah Muzium ini sering dilabelkan sebagai tempat yang menyimpan segala koleksi dunia kerana koleksi yang ada di muzium ini amat berharga sehinggakan ada negara asal koleksi berusaha untuk mendapatkan semula koleksi milik negara mereka. Muzium ini juga terkenal dengan Centre Court yang menempatkan bumbung menarik yang telah direka oleh Norman Foster dan di sini terdapat kafe dan kedai muzium. Dan jika u olls melawat kota London jangan lupa singgah ke Muzium ini kerana ianya antara mercu utama di Kota London.
No comments:
Post a Comment