Monday, December 31, 2012

Al-Kisahnya 4 Kali Masuk Universal Studio Singapore

Kalau dengar tajuk kat atas ni memang rasa macam menyampah gila kan sebab macam berlagak je tajuk entry aku kali ni...hehehehe...bukan apa saja nak berkongsi kisah aku yang dah masuk Universal Studio Singapore ni sampai 4 kali dan apa yang membuatkan aku syok sangat pergi sini, mana tau lepas dah baca entry korang berkobar-kobar plak nak gi sana kan.  Aku ingat lagi masa first time aku masuk ke Universal Studio ni memang macam jakun la aku masa tu, yelah aku sorang-sorang je masa tu mau tak jakun dibuatnya. Tapi dah lepas 4 kali masuk rasa jakun tu dah hilang lah cuma masih rasa best giler pergi sini dan kalau ikut rasa hati memang akan datang lagi, In sya' Allah kan....apa yang best sangat kat sini aku rasa ramai yang dah tau kan sebab rasanya ramai yang dah pernah masuk ke Universal Studio ni tak kira di mana sahaja lokasi, betul tak anak murid semua? Dalam taman tema ni ada bermacam-macam permainan dan pertunjukkan yang sangat menarik dan yang paling best mestilah "Transfomers Ride" yang mengujakan. Tapi yang paling best kalau kanak-kanak mesti sebab dapat bergambar dengan karakter dari pelbagai watak seperti Shrek & Fiona, Marilyn Monroe, Beetlejuice, Woody Woodpecker dan banyak lagi kan (aku yang dah tua bangka ni pun masih sibuk nak bergambar ngan karakter-karakter ni, yelah bukan dapat bergambar selalu pun kan) So, kalau ada yang belum pernah pergi sini aku memang nasihatkan pergilah sini walau sekali seumur hidup sebab memang best .





Friday, December 21, 2012

Bila Laptop Buat Hal...alkisahnya

Dah beberapa hari aku tak dapat nak update blog aku ni sebabnya adalah kerana laptop aku buat hal la pulak, tiba-tiba je skrin bermasalah. Aduhai waktu-waktu macam inilah laptop aku nak rosak, tapi apakan daya semuanya sudah ditakdirkan jadi terpaksa lah aku menerima hakikat, disebabkan oleh aku memang nak sangat guna laptop terpaksalah juga aku menghantar ke kedai untuk membaiki laptop aku ni. Setelah puas berfikir aku pun decide untuk menghantar laptop aku ke plaza low yat dekat jalan imbi untuk membaiki semula laptop kesayangan aku ni. Mula-mula tu aku fikir gak nak hantar kat kedai yang mana satu, aku pun try la hantar kat satu kedai ni. 

Mula-mula je aku aku buat-buat tanya apa yang rosak pada skrin laptop aku ni, orang yang jaga kedai tu macam orang pakistan aku agaklah, dier pun beritahu yang dia kena check dulu apa masalah dan akan inform aku kemudian. So aku pun tinggalkan no hp aku pada mamat tu and lepas tu aku pun pergi la merayau kat sekitar low yat tu, belum sampai 15 minit mamat pakistan tu dah call aku and beritahu aku yang skrin laptop aku yang ada masalah tu and aku pun tanya kosnyer berapa, terus dier jawab RM270...fikir punya fikir aku pun decide untuk tak jadi hantar kat  kedai tu. Aku pun terus datang semula ke kedai tu dan ambil semula laptop aku and lepas tu aku try tanya kat kedai lain pun jawapan yang sama diberi dan harga yang sama (pada aku semua tu pemilik yang sama kot tu yang sama je harganya) So, aku pun decide lepas tu takpelah next time jelah aku hantar..tup..tup ada satu kedai tu aku try tanya sebelum balik  terus dier jawab RM250...Sebabkan aku rasa bodoh pulak kalau tak repair, so aku pun hantarlah kat kedai cina tu, terus dier repair waktu tu gak, tukar skrin baru...tak sampai 30 minit dah siap laptop aku. Punyalah cepat siap, so aku pun balik lah lepas tu sambil fikir-fikir, tu baru skrin yang rosak kalau yang lain rosak sure aku tukar laptop baru lah gamaknya...

Tuesday, December 11, 2012

Cuti oh Cuti...memang best

nak juga promosi diri sendiri

Pada penduduk negeri Selangor dan yang bekerja di Selangor hari ini memang best sebab cuti, (yahoo leh tido sampai tengah hari ) dan  ada yang ambil kesempatan dengan mengambil cuti tahunan pada semalam so boleh la bercuti panjang dari hujung minggu lepas kan. Tapi sebab cuti tahunan aku tinggal 2 hari je so baik aku duk diam-diam kat opis je tak payah la ambil cuti sebab 2 hati tu aku nak gunakan untuk cuti hujung tahun aku nanti sebab aku nak pergi holidays krismas ini nanti. Disebabkan hari ini aku malas nak plan ke mana-mana so better aku duk kat rumah sambil melingkau (bak kata orang melaka) atas sofa aku dari pagi sampai la ke petang, memang best beb tak payahlah nak fikir masalah atau pun tentang kerja. So, kerja aku hari ini adalah menonton rancangan tv yang ada kat astro tu dari pagi sampailah ke petang, apa guna ada astro kalau tak digunakan sepenuhnya kan, betul tak? mestilah betulkan jawapannya. Jadi kepada anda semua jika ada hari cuti manfaatkanlah sepenuhnya cuti itu kerana itu sahajalah waktu untuk kita rehat betul-betul, tapi pada yang ada keluarga tu inilah masanya untuk menghabiskan bersama keluarga tersayang dan bagi yang bujang trang tang tang ni duk jelah depan tv tu atau keluar menghabiskan duit yang ada. 

Gelagat Medan Selera jalan 223 PJ

gambar ihsan dari internet
Ni nak habaq mai kang hang semua penah dengar kah medan selera jalan 223 PJ? Kalau tak penah dengar ni nak habaq kat hang semua tempat ini agak popular juga la pada orang-orang yang tinggal di kawasan PJ dan KL yang bersempadan dengan PJ . Memang dari dulu masa zaman belajar kat UM (dekat 10n tahun dah) inilah tempat aku nak hang out dengan kawan-kawan aku dulu. (yelah nak hang out kat bangsar masa tu manalah mampu kan, baru belajar dah nak perabihkan duit mak bapak lah kan, memang dasar penghabis beras mak bapak la macam tu) Tempat ini memang agak popular di kalangan pelajar-pelajar UM dan kebanyakkan pelajar-pelajar UM memanggil tempat ini sebagai "mapley" . aku pun tak tahu apa maksud mapley ini sebenarnya. (kalau ada yang tahu tolong beritahu aku yek). Apa yang membuatkan aku nak story kat korang semua ni adalah tentang gelagat peniaga dekat medan selera ini. Kalau anda semua memang kaki lepak kat sini mesti dah tau apa yang sedang aku merepek kan. Hah, kalau nak tahu masuk-masuk je kat pintu medan selera tu waktu kaki korang baru je setapak melangkah masuk korang akan disambut dengan peniaga-peniaga kat medan selera tu, berduyun-duyun la mereka ini menawarkan tempat dan makanan untuk anda semua makan dan beli. (nah ambik ko, nilah masanya nak feeling macam korang tu artis paling popular kan) Selagi korang tak duduk dan tak order makanan selagi tulah depa-depa ni akan dok bertanya kat hang apa yang hang nak makan dan minum sampai ada satu tahap tu aku pun dah tau nak pilih makan apa sebab ramai sangat berkerumun tanya order. Disebabkan dulu-dulu suatu ketika dahulu yang aku ni hari-hari makan kat sini sampai ada peniaga dah kenal aku sehinggakan kalau dah lama tak datang pun bole ingat lagi tu. (aku tak tahu la depa ni betul-betul ingat or buat-buat memang kenal kan) Tapi bila ingat balik tengok gelagat mereka-mereka ini kelakar pun ada gak, yelah tetiba serbu kat meja dah macam dihurungi lalat pulak tu. Anyway, selain tu korang leh gak tengok gelagat customer yang datang makan kat situ macam-macam perangai ada sambil cuci mata kan. 
Anyway kat medan selera ni pun ada macam-macam jenis makanan seperti roti canai, nasi lemak, otak-otak, nasi goreng, western food dan macam-macam lagilah dan yang paling popular dan sedap kat medan selera ini adalah laksa. Memang terbaiklah laksa kat sini sampai ada yang bukan orang PJ pun tahu laksa kat sini sedap. So, kalau nak rasa bolehlah datang ke sini dan kedai laksa tu terletak di gerai agak depan dan tidak jauh dari pintu masuk medan selera ini berhadapan dengan HQ The Store. Jadi aku nak nasihatkan pada korang semua kalau nak cuci mata ke or tengok gelagat orang tak payah pergi jauh-jauh or tempat makan yang mahal-mahal dekat sini pun menarik dan pelbagai gelagat ada. jadi, marilah ke medan selera jalan 223 PJ, chewahhh promosi sangat aku ni kan. 

Sunday, December 09, 2012

Hujan oh Hujan...

Semenjak akhir-akhir ini kalu anda semua perasan selalu nau ujan dan selalunya waktu petang bila waktu nak balik kerja. Rasanya dah dekat 2 bulan musim hujan ini melanda lembah klang dan masih berterusan sehingga kini dan mungkin akan berterusan sehingga hujung tahun ini. (dengar tu sampai hujung tahun tu, berpayung la jawabnya aku tiap kali balik keje lagi nampaknya) . Disebabkan aku ni orang yang tidak mempunyai kenderaan sendiri maka memang masalah lah aku tiap kali nak balik kerja waktu hujan sampai demam-demam la aku dibuatnya. Tapi macam mana sekalipun kenalah redha kalau hujan sebab hujan tu kan rahmat dari Allah SWT dan kepada orang yang menanam sayur-sayuran amat beruntung sebab bila hujan tumbuhan dan sayuran tumbuh dengan begitu subur sekali. Tapi masalah yang timbul kalau hari-hari hujan ni pulak ialah masalah banjir tak kira banjir kilat ke or banjir lumpur ke whatever nama banjir yang diberi nama lah kan. Tapi kalau nak diikutkan kat KL ni kalau hujan lebat sikit je mesti banjir sebab apa sebab sistem perparitan kat Malaysia ni memang bermasalah dan tak tahulah samada JPS tahu or buat-buat tak tahu je.  But, ada satu lagi masalah ialah sikap orang Malaysia lagi-lagi kaum pendatang dari Indonesia dan Bangladesh (eh cik jah ko ingat ini negara ko yang ko leh buat sesuka mak bapak ko?)yang suka buang sampah kat dalam sungai atau longkang memang masalah besar sebab so sure sampah sarap tu akan tersangkut dalam longkang dan akan  menyebabkan punca banjir.

Anyway, sejak musim hujan ni kalau perasan la banyak pulak fesyen-fesyen payung yang keluar di pasarankan, ada macam-macam jenis pulak tu dan pelbagai warna pun ada, bagus gak musim hujan adalah jugak rezeki untuk  orang yang jual payung lagi-lagi kat kawasan macam Bukit Bintang, so sure lah kalau hujan orang akan beli, gila sapa yang nak basahkan? So, peringatan hujan itu adalah Rahmat Allah SWT sebab kalau tak hujan nanti musim kemarau la pulak dan lagi bermasalah sebab tiada air dan tumbuhan tak dapat hidup dengan subur, dan yang penting bila musim hujan ni mesti malam-malam sejuk so bolehlah tido dengan selesa.