Saturday, July 12, 2025

Tower Bridge Atau London Bridge

Jika ke Kota London pasti kita akan mengunjungi sebuah jambatan angkat yang amat popular di Kota London dan sangat ikonik tetapi pernahkah anda terfikir apakah nama sebenar jambatan angkat tersebut kerana kita selalu mendengar lagu popular "London Bridge is Falling Down" dan kita sering menganggap nama jambatan angkat tersebut adalah London Bridge. Tetapi hakikat sebenar anda adalah salah kerana jambatan angkat yang sangat ikonik itu namanya bukan London Bridge tetapi adalah Tower Bridge manakala London Bridge pula adalah jambatan lain yang berada tidak jauh dari Tower Bridge. London Bridge dibina lebih awal dari Tower Bridge dan ianya popular kerana jambatan ini pernah runtuh sehingga terciptanya lagu "London Bridge is Falling Down" dan jambatan ini pernah dibina semula beberapa kali dan kali terakhir ianya dibina semula ialah pada tahun 1971. Manakala Tower Bridge pula popular kerana ianya juga merupakan jambatan angkut yang boleh dibuka untuk membolehkan kapal melalui jambatan ini dengan dua menara dibina diatas jambatan dan ini adalah sangat ikonik sehingga menjadi ikon kota London dan Tower Bridge tidak pernah dibina semula sejak ianya dibina pada tahun 1886.


kenangan penulis di Tower Bridge, London

Jadi kini anda sudah tahu dan faham bahawa London Bridge & Tower Bridge adalah dua jambatan yang berbeza dan jambatan yang menjadi simbol Kota London pula adalah Tower Bridge dan bukannya London Bridge dan jika anda ke Kota London bolehlah singgah kedua-dua jambatan ini dan lihat perbezaan antara kedua-dua jambatan ini. 


Sunday, July 06, 2025

Lelaki & Skincare : Perlu Atau Tidak?

Dinihari skincare atau penjagaan wajah merupakan perkara yang menjadi rutin terutamanya terhadap kaum wanita supaya wajah mereka kelihatan menarik dan tidak kusam ketika berada di khalayak umum ataupun di rumah, namun bagaimana pula dengan kaum lelaki adakah penjagaan wajah juga satu rutin yang perlu diutamakan oleh lelaki? ini yang kita akan bincangkan kali ini. Skincare yang terdapat pada masa kini adalah dalam pelbagai bentuk dan rupa dan terbahagi mengikut keperluan kulit dan wajah, antaranya adalah pencuci muka, pelembap muka, toner, krim wajah dan ianya dijual dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk krim ataupun cecair. Bagi kaum wanita skincare adalah perkara asas yang perlu bagi mereka kerana dengan skincare yang terbaik mereka akan mendapat wajah yang berseri dan menarik dan kadang-kadang mereka tidak memerlukan sebarang "make-up" kerana dengan skincare yang perfect sudah boleh menutup kecelaan kulit mereka dan memberikan keserian pada wajah. Bagi kaum lelaki pula ianya adalah satu perkara yang taboo kerana ramai menganggap jika seseorang lelaki itu menjaga kulit wajah mereka dengan skincare yang berlebihan ianya boleh menonjolkan diri mereka seolah-olah lelaki yang berselera songsang ataupun gay sedangkan ianya tidak kena-mengena pun kerana kebanyakkan lelaki yang menggunakan skincare adalah kaum lelaki jenis metrosexual dan alpha men dan mereka ini bukanlah lelaki gay atau songsang cuma mereka adalah kaum lelaki yang menitik beratkan penampilan mereka. Adakah kaum lelaki memerlukan skincare atau penjagaan wajah atau tidak itu bergantung kepada keperluan mereka sendiri kerana jika seseorang lelaki itu memerlukan wajah kulit tanpa cela ataupun inginkan penampilan menarik dihadapan masyarakat terutamanya kaum wanita mereka boleh memilih untuk menggunakan skincare dan jika mereka merasakan ianya bukan satu keperluan mereka boleh memilih untuk tidak menggunakan sebarang skincare. Namun, kebanyakkan lelaki pada hari ini paling mininum pun akan menggunakan skincare seperti pencuci muka sahaja kerana bagi mereka mencuci muka itu merupakan satu keperluan supaya wajah tidak nampak terlalu kusam dan kelihatan bugar selepas bangun pagi. Jadi bagi menjawab persoalan, lelaki juga memerlukan skincare sekurang-kurangnya sebagai sabun pencuci muka atau cleanser sebagai penjagaan harian mereka dan penggunaan skincare yang lain bagi lelaki seperti pelembap atau krim itu terpulang kepada pilihan mereka tetapi lelaki tidak perlu menggunakan sklncare dalam cara yang melebih-lebih kerana ianya akan merosakkan penampilan mereka seakan-akan menyerupai wanita. 

Saturday, July 05, 2025

Bujang : Adakah Satu Pilihan Atau Ketentuan?

Sedang sesebuah negara itu menuju ke arah negara yang lebih maju dan rakyat berlumba-lumba mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan kita akan dapat melihat semakin ramai yang memilih untuk tidak berkahwin atas pelbagai alasan dan kebanyakkan memberi alasan sibuk dengan kerjaya mereka sehingga tidak mempunyai masa untuk memilih pasangan. Adakah dengan memilih untuk kekal bujang itu adalah satu pilihan atau memang telah menjadi satu ketentuan itu sebenarnya adalah satu topik yang menarik untuk dibincangkan. Tuntutan kerjaya yang memerlukan seseorang itu mengabdikan diri pada kerja sebenarnya merupakan salah satu punca mengapa ramai memilih menjadi bujang kerana bagi mereka dengan memiliki keluarga akan membantutkan mereka untuk mencapai kejayaan di tempat kerja atau naik pangkat. Perkara ini merupakan sesuatu yang biasa jika kita melihat di beberapa negara maju seperti di Jepun. Namun, sebenarnya perkara ini boleh dielakkan jika tuntutan kerja boleh diseimbangkan dengan kehidupan berkeluarga seperti konsep "work life balance' jika kita benar-benar mahukannya. Antara perkara lain yang menjadi punca ramai memilih menjadi bujang adalah kerana mereka telah menjadi lebih selesa jika hidup sebagai bujang kerana jika dengan memiliki keluarga seperti suami atau isteri dan anak-anak akan menyebabkan mereka tidfak dapat menikmati hidup seperti ketika mereka masih bujang dan perkara seperti mahu kekal bujang walaupun telah berkahwin ini telah menjadi antara penyebab utama perceraian berlaku dengan kadar yang tinggi. Apakah perkara ini boleh dielakkan jika seseorang itu mengetahui dengan mendalam tujuan mereka hidup dan wujud di muka bumi ini? Jawapannya Ya, jika seseorang itu boleh meninggalkan dunia bujang mereka dan memilih untuk memiliki keluarga adalah jika mereka benar-benar faham akan tujuan mereka wujud di dunia ini. Kendatipun begitu, jika seseorang itu memilih untuk menjadi bujang atas sebab lain seperti faktor kewangan atau pilihan yang tak menepati citarasa itu adalah atas pilihan mereka sendiri dan sebagai masyarakat kita hanya boleh memberi pendapat dan terpulang pada mereka untuk menilai pendapat itu baik atau buruk untuk mereka dan jika itu adalah kerana ketentuan Tuhan maka itu adalah di luar kawalan kita sebagai manusia. Bagaimana pula dengan pendapat kalian?

Friday, July 04, 2025

After 9 years


Hi....it was a long journey and take 9 years to update my new post into this blog...phewww...i'm thinking should lebih selalu update this blog with more about travel or my opinion about something, but did netizen nowadays still interested to read blog or lebih selesa menonton tiktok or instagram or get the info direct from ChatGPT?