Dinihari skincare atau penjagaan wajah merupakan perkara yang menjadi rutin terutamanya terhadap kaum wanita supaya wajah mereka kelihatan menarik dan tidak kusam ketika berada di khalayak umum ataupun di rumah, namun bagaimana pula dengan kaum lelaki adakah penjagaan wajah juga satu rutin yang perlu diutamakan oleh lelaki? ini yang kita akan bincangkan kali ini. Skincare yang terdapat pada masa kini adalah dalam pelbagai bentuk dan rupa dan terbahagi mengikut keperluan kulit dan wajah, antaranya adalah pencuci muka, pelembap muka, toner, krim wajah dan ianya dijual dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk krim ataupun cecair. Bagi kaum wanita skincare adalah perkara asas yang perlu bagi mereka kerana dengan skincare yang terbaik mereka akan mendapat wajah yang berseri dan menarik dan kadang-kadang mereka tidak memerlukan sebarang "make-up" kerana dengan skincare yang perfect sudah boleh menutup kecelaan kulit mereka dan memberikan keserian pada wajah. Bagi kaum lelaki pula ianya adalah satu perkara yang taboo kerana ramai menganggap jika seseorang lelaki itu menjaga kulit wajah mereka dengan skincare yang berlebihan ianya boleh menonjolkan diri mereka seolah-olah lelaki yang berselera songsang ataupun gay sedangkan ianya tidak kena-mengena pun kerana kebanyakkan lelaki yang menggunakan skincare adalah kaum lelaki jenis metrosexual dan alpha men dan mereka ini bukanlah lelaki gay atau songsang cuma mereka adalah kaum lelaki yang menitik beratkan penampilan mereka. Adakah kaum lelaki memerlukan skincare atau penjagaan wajah atau tidak itu bergantung kepada keperluan mereka sendiri kerana jika seseorang lelaki itu memerlukan wajah kulit tanpa cela ataupun inginkan penampilan menarik dihadapan masyarakat terutamanya kaum wanita mereka boleh memilih untuk menggunakan skincare dan jika mereka merasakan ianya bukan satu keperluan mereka boleh memilih untuk tidak menggunakan sebarang skincare. Namun, kebanyakkan lelaki pada hari ini paling mininum pun akan menggunakan skincare seperti pencuci muka sahaja kerana bagi mereka mencuci muka itu merupakan satu keperluan supaya wajah tidak nampak terlalu kusam dan kelihatan bugar selepas bangun pagi. Jadi bagi menjawab persoalan, lelaki juga memerlukan skincare sekurang-kurangnya sebagai sabun pencuci muka atau cleanser sebagai penjagaan harian mereka dan penggunaan skincare yang lain bagi lelaki seperti pelembap atau krim itu terpulang kepada pilihan mereka tetapi lelaki tidak perlu menggunakan sklncare dalam cara yang melebih-lebih kerana ianya akan merosakkan penampilan mereka seakan-akan menyerupai wanita.
No comments:
Post a Comment