Sedang sesebuah negara itu menuju ke arah negara yang lebih maju dan rakyat berlumba-lumba mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan kita akan dapat melihat semakin ramai yang memilih untuk tidak berkahwin atas pelbagai alasan dan kebanyakkan memberi alasan sibuk dengan kerjaya mereka sehingga tidak mempunyai masa untuk memilih pasangan. Adakah dengan memilih untuk kekal bujang itu adalah satu pilihan atau memang telah menjadi satu ketentuan itu sebenarnya adalah satu topik yang menarik untuk dibincangkan. Tuntutan kerjaya yang memerlukan seseorang itu mengabdikan diri pada kerja sebenarnya merupakan salah satu punca mengapa ramai memilih menjadi bujang kerana bagi mereka dengan memiliki keluarga akan membantutkan mereka untuk mencapai kejayaan di tempat kerja atau naik pangkat. Perkara ini merupakan sesuatu yang biasa jika kita melihat di beberapa negara maju seperti di Jepun. Namun, sebenarnya perkara ini boleh dielakkan jika tuntutan kerja boleh diseimbangkan dengan kehidupan berkeluarga seperti konsep "work life balance' jika kita benar-benar mahukannya. Antara perkara lain yang menjadi punca ramai memilih menjadi bujang adalah kerana mereka telah menjadi lebih selesa jika hidup sebagai bujang kerana jika dengan memiliki keluarga seperti suami atau isteri dan anak-anak akan menyebabkan mereka tidfak dapat menikmati hidup seperti ketika mereka masih bujang dan perkara seperti mahu kekal bujang walaupun telah berkahwin ini telah menjadi antara penyebab utama perceraian berlaku dengan kadar yang tinggi. Apakah perkara ini boleh dielakkan jika seseorang itu mengetahui dengan mendalam tujuan mereka hidup dan wujud di muka bumi ini? Jawapannya Ya, jika seseorang itu boleh meninggalkan dunia bujang mereka dan memilih untuk memiliki keluarga adalah jika mereka benar-benar faham akan tujuan mereka wujud di dunia ini. Kendatipun begitu, jika seseorang itu memilih untuk menjadi bujang atas sebab lain seperti faktor kewangan atau pilihan yang tak menepati citarasa itu adalah atas pilihan mereka sendiri dan sebagai masyarakat kita hanya boleh memberi pendapat dan terpulang pada mereka untuk menilai pendapat itu baik atau buruk untuk mereka dan jika itu adalah kerana ketentuan Tuhan maka itu adalah di luar kawalan kita sebagai manusia. Bagaimana pula dengan pendapat kalian?
No comments:
Post a Comment