Jika ke Kota London pasti kita akan mengunjungi sebuah jambatan angkat yang amat popular di Kota London dan sangat ikonik tetapi pernahkah anda terfikir apakah nama sebenar jambatan angkat tersebut kerana kita selalu mendengar lagu popular "London Bridge is Falling Down" dan kita sering menganggap nama jambatan angkat tersebut adalah London Bridge. Tetapi hakikat sebenar anda adalah salah kerana jambatan angkat yang sangat ikonik itu namanya bukan London Bridge tetapi adalah Tower Bridge manakala London Bridge pula adalah jambatan lain yang berada tidak jauh dari Tower Bridge. London Bridge dibina lebih awal dari Tower Bridge dan ianya popular kerana jambatan ini pernah runtuh sehingga terciptanya lagu "London Bridge is Falling Down" dan jambatan ini pernah dibina semula beberapa kali dan kali terakhir ianya dibina semula ialah pada tahun 1971. Manakala Tower Bridge pula popular kerana ianya juga merupakan jambatan angkut yang boleh dibuka untuk membolehkan kapal melalui jambatan ini dengan dua menara dibina diatas jambatan dan ini adalah sangat ikonik sehingga menjadi ikon kota London dan Tower Bridge tidak pernah dibina semula sejak ianya dibina pada tahun 1886.
No comments:
Post a Comment