Jika ke Kota London pasti kita akan mengunjungi sebuah jambatan angkat yang amat popular di Kota London dan sangat ikonik tetapi pernahkah anda terfikir apakah nama sebenar jambatan angkat tersebut kerana kita selalu mendengar lagu popular "London Bridge is Falling Down" dan kita sering menganggap nama jambatan angkat tersebut adalah London Bridge. Tetapi hakikat sebenar anda adalah salah kerana jambatan angkat yang sangat ikonik itu namanya bukan London Bridge tetapi adalah Tower Bridge manakala London Bridge pula adalah jambatan lain yang berada tidak jauh dari Tower Bridge. London Bridge dibina lebih awal dari Tower Bridge dan ianya popular kerana jambatan ini pernah runtuh sehingga terciptanya lagu "London Bridge is Falling Down" dan jambatan ini pernah dibina semula beberapa kali dan kali terakhir ianya dibina semula ialah pada tahun 1971. Manakala Tower Bridge pula popular kerana ianya juga merupakan jambatan angkut yang boleh dibuka untuk membolehkan kapal melalui jambatan ini dengan dua menara dibina diatas jambatan dan ini adalah sangat ikonik sehingga menjadi ikon kota London dan Tower Bridge tidak pernah dibina semula sejak ianya dibina pada tahun 1886.
Saturday, July 12, 2025
Tower Bridge Atau London Bridge
Sunday, July 06, 2025
Lelaki & Skincare : Perlu Atau Tidak?
Dinihari skincare atau penjagaan wajah merupakan perkara yang menjadi rutin terutamanya terhadap kaum wanita supaya wajah mereka kelihatan menarik dan tidak kusam ketika berada di khalayak umum ataupun di rumah, namun bagaimana pula dengan kaum lelaki adakah penjagaan wajah juga satu rutin yang perlu diutamakan oleh lelaki? ini yang kita akan bincangkan kali ini. Skincare yang terdapat pada masa kini adalah dalam pelbagai bentuk dan rupa dan terbahagi mengikut keperluan kulit dan wajah, antaranya adalah pencuci muka, pelembap muka, toner, krim wajah dan ianya dijual dalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk krim ataupun cecair. Bagi kaum wanita skincare adalah perkara asas yang perlu bagi mereka kerana dengan skincare yang terbaik mereka akan mendapat wajah yang berseri dan menarik dan kadang-kadang mereka tidak memerlukan sebarang "make-up" kerana dengan skincare yang perfect sudah boleh menutup kecelaan kulit mereka dan memberikan keserian pada wajah. Bagi kaum lelaki pula ianya adalah satu perkara yang taboo kerana ramai menganggap jika seseorang lelaki itu menjaga kulit wajah mereka dengan skincare yang berlebihan ianya boleh menonjolkan diri mereka seolah-olah lelaki yang berselera songsang ataupun gay sedangkan ianya tidak kena-mengena pun kerana kebanyakkan lelaki yang menggunakan skincare adalah kaum lelaki jenis metrosexual dan alpha men dan mereka ini bukanlah lelaki gay atau songsang cuma mereka adalah kaum lelaki yang menitik beratkan penampilan mereka. Adakah kaum lelaki memerlukan skincare atau penjagaan wajah atau tidak itu bergantung kepada keperluan mereka sendiri kerana jika seseorang lelaki itu memerlukan wajah kulit tanpa cela ataupun inginkan penampilan menarik dihadapan masyarakat terutamanya kaum wanita mereka boleh memilih untuk menggunakan skincare dan jika mereka merasakan ianya bukan satu keperluan mereka boleh memilih untuk tidak menggunakan sebarang skincare. Namun, kebanyakkan lelaki pada hari ini paling mininum pun akan menggunakan skincare seperti pencuci muka sahaja kerana bagi mereka mencuci muka itu merupakan satu keperluan supaya wajah tidak nampak terlalu kusam dan kelihatan bugar selepas bangun pagi. Jadi bagi menjawab persoalan, lelaki juga memerlukan skincare sekurang-kurangnya sebagai sabun pencuci muka atau cleanser sebagai penjagaan harian mereka dan penggunaan skincare yang lain bagi lelaki seperti pelembap atau krim itu terpulang kepada pilihan mereka tetapi lelaki tidak perlu menggunakan sklncare dalam cara yang melebih-lebih kerana ianya akan merosakkan penampilan mereka seakan-akan menyerupai wanita.
Saturday, July 05, 2025
Bujang : Adakah Satu Pilihan Atau Ketentuan?
Sedang sesebuah negara itu menuju ke arah negara yang lebih maju dan rakyat berlumba-lumba mencapai kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan kita akan dapat melihat semakin ramai yang memilih untuk tidak berkahwin atas pelbagai alasan dan kebanyakkan memberi alasan sibuk dengan kerjaya mereka sehingga tidak mempunyai masa untuk memilih pasangan. Adakah dengan memilih untuk kekal bujang itu adalah satu pilihan atau memang telah menjadi satu ketentuan itu sebenarnya adalah satu topik yang menarik untuk dibincangkan. Tuntutan kerjaya yang memerlukan seseorang itu mengabdikan diri pada kerja sebenarnya merupakan salah satu punca mengapa ramai memilih menjadi bujang kerana bagi mereka dengan memiliki keluarga akan membantutkan mereka untuk mencapai kejayaan di tempat kerja atau naik pangkat. Perkara ini merupakan sesuatu yang biasa jika kita melihat di beberapa negara maju seperti di Jepun. Namun, sebenarnya perkara ini boleh dielakkan jika tuntutan kerja boleh diseimbangkan dengan kehidupan berkeluarga seperti konsep "work life balance' jika kita benar-benar mahukannya. Antara perkara lain yang menjadi punca ramai memilih menjadi bujang adalah kerana mereka telah menjadi lebih selesa jika hidup sebagai bujang kerana jika dengan memiliki keluarga seperti suami atau isteri dan anak-anak akan menyebabkan mereka tidfak dapat menikmati hidup seperti ketika mereka masih bujang dan perkara seperti mahu kekal bujang walaupun telah berkahwin ini telah menjadi antara penyebab utama perceraian berlaku dengan kadar yang tinggi. Apakah perkara ini boleh dielakkan jika seseorang itu mengetahui dengan mendalam tujuan mereka hidup dan wujud di muka bumi ini? Jawapannya Ya, jika seseorang itu boleh meninggalkan dunia bujang mereka dan memilih untuk memiliki keluarga adalah jika mereka benar-benar faham akan tujuan mereka wujud di dunia ini. Kendatipun begitu, jika seseorang itu memilih untuk menjadi bujang atas sebab lain seperti faktor kewangan atau pilihan yang tak menepati citarasa itu adalah atas pilihan mereka sendiri dan sebagai masyarakat kita hanya boleh memberi pendapat dan terpulang pada mereka untuk menilai pendapat itu baik atau buruk untuk mereka dan jika itu adalah kerana ketentuan Tuhan maka itu adalah di luar kawalan kita sebagai manusia. Bagaimana pula dengan pendapat kalian?
Friday, July 04, 2025
After 9 years
Hi....it was a long journey and take 9 years to update my new post into this blog...phewww...i'm thinking should lebih selalu update this blog with more about travel or my opinion about something, but did netizen nowadays still interested to read blog or lebih selesa menonton tiktok or instagram or get the info direct from ChatGPT?
Sunday, August 07, 2016
Burasak-Hidangan Masyarakat Bugis di Malaysia
Friday, August 05, 2016
Muzium Muzik Malaysia
Thursday, August 04, 2016
Friday, May 20, 2016
Tuesday, May 03, 2016
Kenangan Aku & Majalah Libur
Lama sangat aku tak update blog ni...dekat setahun gak kot since busy kerja nih...btw, aku just nk update tentang edisi akhir majalah libur yang telah menamatkan penerbitan mereka sejak julai tahun lalu di mana apa yang istimewa nya adalah terdapat tulisan aku dalam majalah tersebut...susah payah hantar karangan aku yang panjang lebar tu akhirnya disiarkan di dalam majalah libur walaupun untuk edisi terakhir. Apapun, di harap akan ada kemunculan majalah berbentuk pelancongan di negara ini dan terkini telah diterbitkan majalah backpackerz yang memfokuskan pelancongan secara backpackerz yang kini semakin popular di negara ini. So, lat sini akilusiarlan beberapa gambar dari majalah libur berkaitan artikel aku semasa di Berlin.
Thursday, April 14, 2016
Panduan pengangkutan semasa kembara di Eropah
Jika ke Eropah ada beberapa cara untuk mengelilingi setiap negara atau bandar di sana. Kebanyakkan bandar utama di eropah mempunyai sistem pengangkutan yang sistematik terutamanya sistem metro, mrt atau underground mahupum tube. Di Kota London misalannya, setiap tempat menarik untuk dilawati dihubungi dengan sistem underground yang mudah didapati di sana. Jika ke kota besar seperti London atau Paris mahupun Amsterdam adalah lebih baik membeli tiket harian atau tiket untuk beberapa hari kerana lebih menjimatkan serta mudah untuk bergerak ke sana sini tanpa perlu sentiasa membeli tiket. Jika anda daripada lapangan terbang, kebanyakkan lapangan terbang utama di eropah dihubungkan dengan sistem tren terus untuk ke pusat bandar , tetapi jika anda mendarat di lapangan terbang kedua di sesuatu bandar seperti Gatwick atau Stansted di London di mana sistem tren mungkin sedikit berbeza dan tjdak sekerap di lapangan terbang utama, namun tetap efisien dan mudah untuk ke pusat bandar. Jika inginkan kos yang lebih murah dari lapangan terbamg ke pusat bandar adalah lebih baik menggunakan underground atau bas jika dari Heathrow Airport. Untuk mendapatkan maklumat lebih mudah tentang sistem pengangkutan di bandar-bandar eropah yang anda ingin lawati lebih mudah dengan mencari maklumat terlebih dahulu di internet supaya lebih mudah apabila tiba di sana.
Jika anda ingin mengelilingi eropah kini juga sangat mudah kerana setiap bandar utama di Eropah kini dihubungkan dengan sistem bas ekspress yang ulang alik di setiap bandar utama Eropah ke destinasi anda ingini dan yang paling popular adalah bas Euroline yang menawarkan tambang bas yang berpatutan dan murah. Pengalaman menaiki bas dalam perjalanan dari Paris ke Amsterdam adalah sangat memuaskan dan lancar tanpa sebarang masalah. Cuma anda perlu mengetahui di manakah letaknya terminal bas supaya anda tidak terkeliru semasa mencari lokasi bas untuk dinaiki. Tambang dari satu bandar ke bandar lain seperti dari London ke Paris adalah murah dan paling mininum jika anda seorang yang memerlukan kadar tambang yang murah dan berpatutan untuk melancong di Eropah.
Setiap bandar di Eropah dihubungkan dengan pelbagai sistem pengangkutan utama termasuk sistem pengankutan udara dimana syarikat penerbangan tambang murah mendominasi kebanyakkan sistem pengangkutan udara di Eropah. Syarikat penerbangan yang popular di sana adalah seperti RyanAir dan EasyJet di mana tambang yang murah dan menjimatkan.
Jika anda inginkan yang lebih mudah dan pantas merentasi bandar utama di Eropah, menaiki tren berkelajuan tinggi adalah merupakan salah satu pilihan yang menarik. Terdapat beberapa syarikat keretapi berkelajuan tinggi di Eropah dan ianya berpangkalan di negara ianya beroperasi. Antara yang popular adalah Eurostar yang menghubungkan London dengan Paris atau Brussels dan TGV yang menghubungkan bandar-bandar di Perancis serta Thalys yang menghubungkan Paris dan Amsterdam.
Jika anda ingin memandu di Eropah pastikan anda mempunyi lesen antarabangsa supaya anda tidak mempunyai masalah di sana jika anda memandu kereta.Kebanyakkan lebuhraya utama di Eropah tidak mempunyai tol dan negara-negara tertentu sahaja yang mempunyai lebuhraya bertol, jadi ini amat memudahkan perjalanan di samping kemudahan sempadan antara negara yang berada di dalam kawasan schengen yang tidak memerlukan pemeriksaan sempadan. Jadi jika anda ke Eropah adalah mudah untuk anda bergerak ke mana sahaja kerana sistem pengangkutan yang mudah dan menjimatkan serta setiap negara dihubungkan melalui sistem pengangkutan yang sistematik dan mudah.
Disini ada beberapa laman web yang bokeh anda jadikan rujukan pengangkutan di Eropah :
https://tfl.gov.uk
www.eurolines.com
www.easyjet.com
www.ryanair.com
www.ratp.fr
www.eurostar.com
www.thalys.com