Sunday, October 30, 2011

Broga XPDC...26/10/11

Salam semua, dah seminggu lebih x update blog nie, so alang2 tu aku nak citer sket pasal xpdc geng-geng aku g bukit broga pada 26/10 @ deepavali lepas. Anyway, dalam 6 orang yang join xpdc ni dan sebagai persediaan kitaorang semua berkumpul di rumah salah seorang rakan kitaorang iaitu hafiez kat taman melawati pada malam sebelum xpdc. Seawal jam 3 pagi kitaorang semua dah bangun untuk bersedia dan dalam jam 4 pagi kitaorang semua bertolak dari taman melawati ke bukit broga dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk tiba ke destinasi iaitu kaki bukit broga. Selepas meletak kenderaan di kaki bukit kami semua memulakan xpdc dengan melakukan sedikit regangan pada badan terlebih dahulu. Selepas itu, kami semua memulakan xpdc dan hanya menggunakan lampu suluh kita memulakan xpdc mendaki bukit broga. Mungkin disebabkan hari cuti agak ramai yang yang mendaki pada hari tersebut dan disebabkan itu jalan untuk mendaki agak sedikit sesak walaupun jam baru menunjukkan jam 5 pagi, namun disebabkan ramai orang kami tidak mempunyai masalah berkaitan koordinasi untuk menuju ke puncak bukit kerana kami mengikut orang di hadapan. Pendakian ke puncak bukit mengambil masa lebih kurang sejam, namun disebabkan salah seorang rakan kami mengalami masalah 'blackout' kami terpaksa berehat agak lama sehingga rakan kami itu benar-benar ok untuk meneruskan perjalanan, yang kelakar tu tak sampai 5 minit sebelum tu, daud memang bersemangant untuk mendaki alih-alih dier yang tak larat. Padahal, aku yang tertinggal dibelakang sebelum tu sebab kaki dah mula rasa lenguh dan terpaksa berhenti-henti sekejap.


Selepas semuanya ok kami kembali mendaki ke puncak pertama bukit broga dan rupanya xlah jauh sangat dari tempat kami berhenti rehat. Sampai je kat puncak pertama tu kami pun mula la bergambar sana-sini tapi selepas bersolat subuh dulu la...puas gak la bergambar kat atas puncak bukit broga tue...pemandangan memang menarik sebab nampak awan di bawah kita. Memang indah Ciptaan Allah SWT dalam hati berbisik. Selepas agak lama berada di puncak pertama kami pun teruskan perjalanan ke puncak kedua lak, macam biasa sampai je terus bergambar...tp sebab agak letih kami tidak teruskan sampai ke puncak ketiga. Perjalanan turun pun agak mencabar mungkin disebabkan faktor tanah agak lembab akibat hujan pada hari sebelumnya.


Aku hampir tergelincir dalam perjalanan turun tapi terselamat sebab aku berlari turun supaya tak tergelincir, macam pelik kan sebab berlari turun, nasib baik bole brek kalo tidak mau sampai ke bawah aku berlari turun. Sampai je kat bawah, fuhh lega rasanya, dan sebelum balik kami singgah breakfast dulu dan tibanya di rumah...fuhhh tidur terus la apa lagi walaupun sempat tengok beberapa keping gambar dahulu....anyway, ini adalah pengalaman berharga, tapi apa yang dapat aku rumuskan nampak sangat aku dah lama tak hiking...fuhhh...

No comments: