Sunday, October 02, 2011

The Secret Life Of Nora.....Extravaganza Musical...

Today i and my friends have watching "The Secret Life Of Nora" a musical theater at Istana Budaya Kuala Lumpur after a week buy a ticket. Teater ini merupakan terbitan Tiara Jacquelina yang merupakan juga penerbit yang sama yang telah menerbitkan teater muzikal "Puteri Gunung Ledang" dan "P Ramlee The Musical". Teater ini diinspirasikan daripada filem "Nora Zain : Agen Wanita 001" di mana ianya bukanlah adaptasi daripada filem itu cuma menginspirasikan daripada filem ini. Teater ini agak menarik jalan ceritanya penuh dengan nyanyian, muzik dan tarian namun ada sedikit kekurangan kerana sedikit lambat jalan ceritanya, namun begitu unsur humor begitu menonjol dalam persembahan teater ini berbanding 2 teater terbitan penerbit yang sama sebelum ini. Rekaan set, kostum, muzik serta teknikal amat menarik dan terbaik di mana terutamanya rekaan set yang ringkas tetapi menarik, namun begitu disebabkan pentas hidraulik Istana Budaya sedang menghadapi masalah menyebabkan rekaan set pentas terbatas sedikit berbanding rekaan set untuk muzikal P Ramlee. Overall teater ini agak menarik tetapi jika ada musim kedua untuk teater ini mungkin perlu ada sedikit perubahan boleh dilakukan untuk menambahkan sedikit extravaganza teater ini. Namun begitu, diharapkan ramai yang dapat menonton teater ini kerana semasa menonton teater ini agak banyak tempat duduk penonton yang kosong mungkin disebabkan promosi agak kurang berbanding teater terbitan Tiara sebelum ini dan mungkin ramai yang beranggapan teater ini menggunakan bahasa inggeris sepenuhnya sedangkan teater ini mengunakan bahasa melayu dan babak-babak tertentu sahaja yang menggunakan bahasa inggeris. Apapun mari kita menyokong perkembangan teater di Malaysia.

No comments: