Sunday, September 29, 2013

Standard Charterd KL international marathon

Minggu ni memang paling memenatkan bagi aku sebab 2 program yang aku join iaitu Walkathon with Blind People sempena cahaya kasih Maybank dan KL international marathon 2013..pergggghh memang mantap la aku minggu ni kan. Nak dijadikan cerita ini adalah first time aku join KL marathon (last year x dapat join sebab terlambat daftar) dan memang mengujakan akulah sebab lebih kurang 33000 peserta yang mendaftar untuk semua kategori dan buat pengetahuan korang semua pendaftaran kl marathon ni memang macam pisang goreng panas sebab bila pendaftaran dibuka je maka berduyun-duyunlah yang akan mendaftar sampai after beberapa hari pendaftaran dibuka dah penuh untuk semua kategori. Untuk tahun ni aku mendaftar untuk acara 10km dan hasilnya memuaskan sebab berjaya menamatkan larian dibawah masa yang ditentukan dan maka dapatlah aku finisher medal hokeyy tapi penatnya memanglah teramat giler sampai lenguh-lenguh kaki aku ni tapi demi semangat hilang lenguh aku. Tapi dalam penat-penat tu actually memang seronok masuk marathon ni sebab kita berlari ngan ramai prang dan feeling tu memang bestlah sebab kita secara automatik akan rasa nak bersaing bila nampak yang lain berlari, apapun next year memang sure akan join.lagi kl marathon ni cuma tak tahu samada masih akan kekal kategori yang sama atau try kategori yang mencabar sikit macam half marathon.

Sunday, September 15, 2013

Jobs....berbaloi atau tidak?


Beberapa hari yang lepas aku gi menonton filem JOBS...filem ni tentang kisah hidup Steve Jobs, kiranya kisah macam mana dia boleh setup company Apple inc. Sebelum menontom filem ini aku agak teruja nak menonton filem ni sebab dah lama tunggu filem in i ditayangkan sejak diwar-warkan pada seantero dunia tentang penerbitan filem ini. Jadi dengan bangganya aku pun menghayunkan langkah ini menuju ke pawagam di pavillion bila mengetahui filem ini telah ditayangkan di pawagam berdekatan walaupun pavillion tu agak jauh dari rumah aku. Selepas 2 jam tamatlah filem ini aku tonton, keluar je dari wayang tu satu perkara je yang bermain di fikiran aku....aku rasa aku boleh tertidur nonton filem ini kalau aku bukan peminat steve jobs....seriuos hokeyyyy...Rumusan yang aku boleh berikan tentang filem ini adalah sedikit membosankan dari jalan cerita sebab ada masanya aku rasa filem ini terlalu mengikut naratif filem "the social network" sehingga menjejaskan mutu filem ini kerana pengarah seolah-olah mahu meniru gaya filem tersebut. Bagi pendapat aku, jalan cerita filem ini actually amat menarik tetapi pengarah filem ini kurang kreatif sehinggakan klimaks filem ini pun kurang disedari oleh penonton seperti aku. Nak kata filem ini gagal tidaklah juga kerana bagi aku lakonan ashton kutcher sebagai steve jobs boleh dipuji kerana agak menjadi wataknya sebagai ikon Apple Inc ini. Jika yang berminat tentang jalan hidup steve jobs bolehlah menonton filem ini walaupun kadangkala mengelirukan kerana tidak diceritakn secara terperinci bagaimana steve jobs boleh membina syarikat apple ini dengan begitu baik sekali dan dari manakah datangnya idea untuk beliau mereka dan mencipta smartphone ataupun ipad. So bagi aku, filem ini kurang berbaloi untuk ditonton, kalau tunggu sehingga ditayangkan di astro pun tiada masalah.

Wednesday, September 11, 2013

Tokyo hos Olimpik 2020

Seperti yang diketahui oleh umum Tokyo telah diumumkan sebagai hos Sukan Olimpik musim panas 2020...sebagai warga asia ini pastilah peluang yang amat baik kerana maybe manalah tau kot-kpt dapatlah pergi menonton nanti walaupun masih ada 7 tahun lagi dari sekarang memandangkan bila negara kita akan berpeluang  menganjurkan sukan olimpik pun belum tentu lagi. Tahniahlah diucapkan kepada Tokyo...so boleh lah plan untuk melawat tokyo pada tahun 2020....jauh lagi tu....

Monday, September 09, 2013

Bali..Aku Cinta Sama Kamu...part 3

Selepas 5 bulan barulah aku nak update tentang Bali ni kan tapi nasib baiklah yang ni part 3, lama tu aku nak kena update sampai part 3...hehehe. Anyway, nak cerita tentang hari ketiga dan keempat semasa aku kat Bali pada bulan april yang lepas. Selepas sarapan di hotel, pagi tu pak supir aku bawa aku pergi ke area Nusa Dua sebab katanya nak bawa aku untuk melihat penyu di sebuah pulau kecil berhampiran Nusa Dua, kalau ikut kepada jadual asal sepatutnya pagi tu aku perlu melawat beberapa Pura tapi disebabkan agak banyak pura yang nak kena lawat aku pun berpura-pura bosan...hehehehe...maka pak eddy pun bawalah aku ke kawasan pantai. Sampai je kat Nusa Dua tu untuk ke pulau penyu tu aku perlu bayar sebab yang ini tak termasuk dalam itinerary aku yang sepatutnya tapi tak kisahlah kan asalkan aktiviti ni menarik minat aku tapi bayarannya aku pun dah lupa sebab dah 5 bulan berlalu kan...hehehe...Untuk ke pulau tersebut kami perlu menaiki sebuah bot yang telah disewa dan memakan masa lebih kurang 15-30 minit sahaja, actually tak jauh pulau tu dekat je ngan area Nusa Dua tu. Sebelum tiba ke pulau tersebut, bot akan berhenti sebentar di tengah laut sebab nak bagi ikan makan. Perghhh...memang tidak dipercayai tempat tersebut memang menarik sebab air yang sangat jernih sehinggakan ketika beri ikan-ikan makan nampak dengan jelas akan dasar tempat ikan-ikan ini tinggal. Selepas beberapa minit kemudian, kami pun meneruskan perjalanan ke pulau penyu tersebut. Tiba sahaja di pulau ini kami perlu melalui kawasan pantai kerana bot tidak boleh berhenti di tepi pantai maka kami perlu meredah air laut menuju pantai (memang menarik sebab dapatlah tengok betis-betis anak dara yang meredah air....tapi jangan kelip mata nanti berdosa kalau nampak kali kedua...hahaha). 

Di pulau tersebut terdapat banyak penyu-penyu yang dijaga, ada yang berusia hampir 100 tahun pun ada, so memang teruja la bila sampai ke situ. Di sini, pengunjung boleh memegang penyu-penyu yang ada jika untiuk bergambar, mula-mula masa nak pegang penyu tu punyalah geli aku sampai nak terlepas penyu tersebut dari tangan aku tapi nasib baiklah lepas tu sifat macho aku pun datang so tak adalah masalah untuk bergambar dengan penyu. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke kawasan tanah tinggi lagi iaitu kali ini ke Bedugul iaitu untuk ke Pura Ulun Danu Bratan dimana di sini terdapat sebuah pura yang terletak di atas tasik yang amat indah sekali. Bila tiba di sini, memang cantik sekali kerana pura ini betul-betul dibina diatas tasik bratan dan tasik ini dikelilingi gunung-ganang yang amat indah sekali pemandangannya. Kalau korang nak snap-snap gambar kahwin korang kat sini pun sesuai tapi kalau aku memang taklah kan sebab mana mampu dik ooiii nak upah photographer sampai ke Bali (snap-snap gambar kahwin kat mana-mana spa kat kl yang ala-ala bali sudahlah kan). Kalau korang semua nak tahu, Pura Ulun Danu Bratan ini telah diabadikan di belakang not 50ribu rupiah indonesia, so kalau korang ada not 50ribu rupiah sekarang apa lagi cuba lah tengok rupa pura ini. 


Selepas dah puas merayau-rayau kat area bedugul maka bertolak ke area tanah lot pula, Pura Tanah Lot ini memang terkenal kerana terletak di tepi pantai dan di atas sebongkah batu di tepi pantai, memang unik pura ini kerana kedudukannya. Oleh kerana keunikkan pura ini, menurut pak eddy jika melancong ke Bali adalah tidak sah kalau tidak ke Pura Tanah Lot, seperti tidak lengkap percutian tersebut. memang betul kata-kata pak eddy kerana memang ramai pengunjung yang berduyun-duyun ala rombongan kak kiah melawat pura ini disebabkkan kedudukan dan keunikkannya. Memang ada cerita lagenda tentang pura ini tapi kalau aku nak cerita panjang lebar lah nak kena tulis, disebabkan aku ni malas so kalau korang nak tahu gak tentang pura ini, korang google je or wikipedia saja tentang pura tanah lot...hehehehe...tapi kalau orang malas macam aku gak maka buat bodoh sudahlah. Anyway lengkapkah lawatan aku ke Bali, tapi petang selepas pulang dari tanah lot tu aku duk lepak di area Kuta sahaja dan menikmati suasana pantai yang indah sambil melihat matahari terbenam...perggghhh memang romantiklah, apapun Bali ni memang aku akan pergi lagi di masa hadapan kerana "Bali Aku Cinta Sama Kamu!".







Sunday, September 08, 2013

Minyak oh Minyak

Maka diceritakan kisah dahulu kala kisah yang berlaku satu perempat purnama yang lalu, rakyat sahaya di seluruh alam Tanah Melayu atau nama barunya Malaysia ini telah menerima khabar yang mengejutkan walaupun tidak mengejutkan sebab dah selalu berlaku iaitu naiklah akan harga minyak petrol dipasaran. Maka apabila mendengar akan khabar ini adalah berteriaklah seluruh rakyat di seluruh alam kepulauan ini akibat khabar yang tidak enak ini. Ada yang tidak dapat menerima akan khabar ini dan ada pula yang boleh menerima khabar ini, dan apabila tersebar akan khabar ini melalui pengumuman oleh memanda datuk bendahara atau perdana menteri maka berduyun-duyunlah sekelian rakyat jelata menuju ke stesen minyak untuk mengisi minyak kereta mereka agar dapatlah ianya bertahan akan lama supaya dapatlah berjimat. 

Maka keesokkan harinya. mulalah sekelian rakyat bercerita sesama di antara mereka tentang khabar yang telah menambahkan beban di hati agar sekelian rakyat tahu apakah perkhabaran itu membawa kebaikan atau keburukkan kepada seluruh rakyat. Ada yang mempertahankan dan ada yang membangkang akan khabar itu kerana bagi mereka jika naiklah harga minyak maka akan naiklah harga barangan untuk keperluan seisi keluarga. Sesungguhnya sudah terlambat untuk menidakkan khabar tersebut kerana nasi telah pun menjadi bubur. Maka ramailah akan dari rakyat jelata yang mula berfikir dan menasihati akan rakyat jelata supaya kurang menggunakan kenderaan mereka tetapi nasihat datangnya dari orang kaya-kaya yang mendapat bantuan maka nasihat itu tidaklah berguna kepada rakyat kerana yang menasihati itu sendiri hidupnya amatlah kaya dan tidak setara akan rakyat jelata. Maka dinasihatkanlah seluruh rakyat akan berjimat cermat dalam berbelanja kerana tiadalah tahu adakah naik atau turun harga barangan di pasar dan di mana-mana jua. Pujuklah hati ini agar kerana adapun begitu, masih ada sinar di hujung terowong bak perpatah dari orang dahulu kala. 

p/s : cerita ini hanya rekaan tiada kena mengena samada yang masih hidup ataupun yang telah mati....