Monday, September 09, 2013

Bali..Aku Cinta Sama Kamu...part 3

Selepas 5 bulan barulah aku nak update tentang Bali ni kan tapi nasib baiklah yang ni part 3, lama tu aku nak kena update sampai part 3...hehehe. Anyway, nak cerita tentang hari ketiga dan keempat semasa aku kat Bali pada bulan april yang lepas. Selepas sarapan di hotel, pagi tu pak supir aku bawa aku pergi ke area Nusa Dua sebab katanya nak bawa aku untuk melihat penyu di sebuah pulau kecil berhampiran Nusa Dua, kalau ikut kepada jadual asal sepatutnya pagi tu aku perlu melawat beberapa Pura tapi disebabkan agak banyak pura yang nak kena lawat aku pun berpura-pura bosan...hehehehe...maka pak eddy pun bawalah aku ke kawasan pantai. Sampai je kat Nusa Dua tu untuk ke pulau penyu tu aku perlu bayar sebab yang ini tak termasuk dalam itinerary aku yang sepatutnya tapi tak kisahlah kan asalkan aktiviti ni menarik minat aku tapi bayarannya aku pun dah lupa sebab dah 5 bulan berlalu kan...hehehe...Untuk ke pulau tersebut kami perlu menaiki sebuah bot yang telah disewa dan memakan masa lebih kurang 15-30 minit sahaja, actually tak jauh pulau tu dekat je ngan area Nusa Dua tu. Sebelum tiba ke pulau tersebut, bot akan berhenti sebentar di tengah laut sebab nak bagi ikan makan. Perghhh...memang tidak dipercayai tempat tersebut memang menarik sebab air yang sangat jernih sehinggakan ketika beri ikan-ikan makan nampak dengan jelas akan dasar tempat ikan-ikan ini tinggal. Selepas beberapa minit kemudian, kami pun meneruskan perjalanan ke pulau penyu tersebut. Tiba sahaja di pulau ini kami perlu melalui kawasan pantai kerana bot tidak boleh berhenti di tepi pantai maka kami perlu meredah air laut menuju pantai (memang menarik sebab dapatlah tengok betis-betis anak dara yang meredah air....tapi jangan kelip mata nanti berdosa kalau nampak kali kedua...hahaha). 

Di pulau tersebut terdapat banyak penyu-penyu yang dijaga, ada yang berusia hampir 100 tahun pun ada, so memang teruja la bila sampai ke situ. Di sini, pengunjung boleh memegang penyu-penyu yang ada jika untiuk bergambar, mula-mula masa nak pegang penyu tu punyalah geli aku sampai nak terlepas penyu tersebut dari tangan aku tapi nasib baiklah lepas tu sifat macho aku pun datang so tak adalah masalah untuk bergambar dengan penyu. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke kawasan tanah tinggi lagi iaitu kali ini ke Bedugul iaitu untuk ke Pura Ulun Danu Bratan dimana di sini terdapat sebuah pura yang terletak di atas tasik yang amat indah sekali. Bila tiba di sini, memang cantik sekali kerana pura ini betul-betul dibina diatas tasik bratan dan tasik ini dikelilingi gunung-ganang yang amat indah sekali pemandangannya. Kalau korang nak snap-snap gambar kahwin korang kat sini pun sesuai tapi kalau aku memang taklah kan sebab mana mampu dik ooiii nak upah photographer sampai ke Bali (snap-snap gambar kahwin kat mana-mana spa kat kl yang ala-ala bali sudahlah kan). Kalau korang semua nak tahu, Pura Ulun Danu Bratan ini telah diabadikan di belakang not 50ribu rupiah indonesia, so kalau korang ada not 50ribu rupiah sekarang apa lagi cuba lah tengok rupa pura ini. 


Selepas dah puas merayau-rayau kat area bedugul maka bertolak ke area tanah lot pula, Pura Tanah Lot ini memang terkenal kerana terletak di tepi pantai dan di atas sebongkah batu di tepi pantai, memang unik pura ini kerana kedudukannya. Oleh kerana keunikkan pura ini, menurut pak eddy jika melancong ke Bali adalah tidak sah kalau tidak ke Pura Tanah Lot, seperti tidak lengkap percutian tersebut. memang betul kata-kata pak eddy kerana memang ramai pengunjung yang berduyun-duyun ala rombongan kak kiah melawat pura ini disebabkkan kedudukan dan keunikkannya. Memang ada cerita lagenda tentang pura ini tapi kalau aku nak cerita panjang lebar lah nak kena tulis, disebabkan aku ni malas so kalau korang nak tahu gak tentang pura ini, korang google je or wikipedia saja tentang pura tanah lot...hehehehe...tapi kalau orang malas macam aku gak maka buat bodoh sudahlah. Anyway lengkapkah lawatan aku ke Bali, tapi petang selepas pulang dari tanah lot tu aku duk lepak di area Kuta sahaja dan menikmati suasana pantai yang indah sambil melihat matahari terbenam...perggghhh memang romantiklah, apapun Bali ni memang aku akan pergi lagi di masa hadapan kerana "Bali Aku Cinta Sama Kamu!".







No comments: