Maka diceritakan kisah dahulu kala kisah yang berlaku satu perempat purnama yang lalu, rakyat sahaya di seluruh alam Tanah Melayu atau nama barunya Malaysia ini telah menerima khabar yang mengejutkan walaupun tidak mengejutkan sebab dah selalu berlaku iaitu naiklah akan harga minyak petrol dipasaran. Maka apabila mendengar akan khabar ini adalah berteriaklah seluruh rakyat di seluruh alam kepulauan ini akibat khabar yang tidak enak ini. Ada yang tidak dapat menerima akan khabar ini dan ada pula yang boleh menerima khabar ini, dan apabila tersebar akan khabar ini melalui pengumuman oleh memanda datuk bendahara atau perdana menteri maka berduyun-duyunlah sekelian rakyat jelata menuju ke stesen minyak untuk mengisi minyak kereta mereka agar dapatlah ianya bertahan akan lama supaya dapatlah berjimat.
Maka keesokkan harinya. mulalah sekelian rakyat bercerita sesama di antara mereka tentang khabar yang telah menambahkan beban di hati agar sekelian rakyat tahu apakah perkhabaran itu membawa kebaikan atau keburukkan kepada seluruh rakyat. Ada yang mempertahankan dan ada yang membangkang akan khabar itu kerana bagi mereka jika naiklah harga minyak maka akan naiklah harga barangan untuk keperluan seisi keluarga. Sesungguhnya sudah terlambat untuk menidakkan khabar tersebut kerana nasi telah pun menjadi bubur. Maka ramailah akan dari rakyat jelata yang mula berfikir dan menasihati akan rakyat jelata supaya kurang menggunakan kenderaan mereka tetapi nasihat datangnya dari orang kaya-kaya yang mendapat bantuan maka nasihat itu tidaklah berguna kepada rakyat kerana yang menasihati itu sendiri hidupnya amatlah kaya dan tidak setara akan rakyat jelata. Maka dinasihatkanlah seluruh rakyat akan berjimat cermat dalam berbelanja kerana tiadalah tahu adakah naik atau turun harga barangan di pasar dan di mana-mana jua. Pujuklah hati ini agar kerana adapun begitu, masih ada sinar di hujung terowong bak perpatah dari orang dahulu kala.
p/s : cerita ini hanya rekaan tiada kena mengena samada yang masih hidup ataupun yang telah mati....
No comments:
Post a Comment