Monday, October 19, 2015
Panduan Ber'shopping' Di Luar Negara
Sunday, October 04, 2015
Pre-Loved Winter Jacket for sale
Ada winter jacket atau dalam bahasa melayu nya jaket musim sejuk untuk dijual yang berjenama Divided by H&M dan berharga RM70...hubungi saya di talian 0172425096 jika berminat..harga termasuk postage dan untuk butiran lebih lanjut ada diposkan dalam blog barang-barang online saya seperti di bawah :
http://mirzlywardrobe.blogspot.com
Jangan tunggu lagi silalah layari dan akan ada lagi wardrobe terpakai yang akan saya jual...tunggu...
Thursday, September 10, 2015
Osaka & Kyoto Tour 2015
Apa yang menarik kat Osaka ni? Ok untuk pengetahuan anda semua osaka ni terkenal sebagai pusat perdagangan dan perniagaan di Jepun dan di sini terdapat beberapa tempat menarik yang boleh dilawati dan semestinya kulinari dan tempat liburan antara perlu anda cuba semasa di sini. Antara kulinari yang membuatkan Osaka terkenal adalah "takoyaki" iaitu sejenis makanan berbentuk bulat dan terdapat inti sotong, udang atau belut yang mana di Malaysia juga agak terkenal danidah didapati pasa masa kini. Kepopularan takoyaki ini sehingga terdapat sebuah lorong panjang berhampiran Dotonbori yang menjual pelbagai jenis takoyaki. Jika ke Osaka adalah tidak puas jika tidak ke Univesal Studio Japan yang merupakan tarikan utama di Osaka dan taman tema ini adalah antara taman tema yang paling ramai pengunjung di dunia. Apa yang menaruk di sini adalah terdapat mini Harry Potter yang telah dibuka pada tahun 2014. Saya tidak sempat masuk ke dalam Universal Studio ini tapi hanya sempat berada di sekitar hadapan taman tema ini kerana bergegas untuk ke Kyoto. Jika anda sukakan shopping terutamanya kaum wanita, di Osaka terdapat kawasan shopping antara yang terpanjang di dunia di mana konsepnya macam petaling street tetapi terdapat banyak kedai dari yang murah hingga ke yang berjenama terdapat di sini. Kawasan ini dinamakan sebagai Shinshaibashi-dori dan kawasan ini terletak berhampiran dengan Dotonbori yang terkenal dengan Terusan kecil yang dikiri kanannya penuh dengan lampu-lampu neon. Di Dotonbori ini juga terkenal dengan "Glico Man" yang telah menjadi ikon utama di sini. Jika anda ingin memenuhkan lawatan anda di Osaka dengan ke tempat sejarah anda boleh ke Osaka Castle yang telah menjadi latar Osaka sejak lama dahulu dan antara tempat wajib lawat jika ke Osaka. Osaka Castle ini boleh akses dengan mudah melalui tren yang terdapat berhampiran kawasan ini. Castle ini telah dibina sejak lebih dari 400 tahun dahulu namun telah dimusnahkan oleh perang tetapi telah dibina semula semasa tahun 1930an. Sejarah Osaka dan bangunan ini ada dipaprkan di dalam bangunan ini dan untuk masuk ke dalam Osaka Castle anda perlu membayar sebanyak ¥600 dan di kawasan ini terdapat kedai cenderamata jika anda ingin mendapatkan cenderamata Osaka pada harga yang murah dan berpatutan.
Lawatan seterusnya adalah ke Kyoto yang terletak lebih kurang 50km dari Osaka. Untuk ke Kyoto anda boleh menaiki tren laju atau tren biasa yang dikendalikan oleh JReast atau Keihan, kami telah memilih untuk menaiki Keihan yang boleh diakses dari stesen Kyobashi dan jika anda ingin menaiki JReast anda boleh menaiki dari stesen umeda/osaka. Tambang tren untuk kyoto dari stesen kyobashi adalah sebanyak ¥400 sahaja. Apa yang menarik di Kyoto adalah tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat di sini kerana Kyoto merupakan bekas ibu negara Jepun selama hampir 1000 tahun sebelum dipindahkan ke Tokyo oleh Maharaja Meiji. Di sini terdapat banyak kuil-kuil lama dan istana lama maharaja jepun yang pastinya menjadi perhatian para pelancong antaranya Nijo Castle, Imperial Palace Kyoto, Kiyomizu dera, Fushimi Inari Taisho, Kinkakuji dan pelbagai lagi yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO. Antara tempat yang sempat kami lawat semasa di Kyoto adalah Kiyomizu-dera yang terletak di kawasan berbukit yang agak jauh dari stesen subway atau tren di Kyoto. Kami telah membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja dari stesen shinjo kerana untuk menikmati permandangan kota Kyoto dengan lebih dekat Tidak jauh dari stesen shinjo ini terletak daerah Gion yang amat terkenal dengan maiko atau Geisha yang merupakan nadi kota Kyoto, malangnya kami tidak dapat melihat menyaksikan maiko atau geisha ini kerana mereka hanya akan mula keluar pada waktu petang sehaja. Dari kawasan Gion ini kami melewati jalan-jalan sekitar Kyoto dalam 30 minit untuk tiba di kaki bukit kuil kiyomizu-dera ini. Untuk ke kuil ini pula kami perlu untuk mendaki bukit dalam lebih kurang hampir 1km, tetapi setiba hampirnya dengan kuil ini terdapat banyak gerai-gerai cenderamata yang menjual pelbagai barang yang bileh dibawa pulang oleh pelancong, jadi perjalanan akan menjadi sedikit lambat kerana kami akan meninjau dan melihat-lihat cenderamata yang ada dijual di sini. Untuk masuk ke kawasan kuil ini anda perlu membayar dalam ¥300 dan apa yang membuatkan kuil ini istimewa adalah kerana kuil ini dibina di kawasan bukit dan dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Seusainya kami turun dari kuil ini kami menuju pula ke nishiki market yang terletak tidak jauh dari stesen shinjo. Market ini jga dikenali sebagai kyoto kitchen kerana terdapat pelbagai barang makanan dari yang basah ke kering dijual disini. Selepas menikmati makanan halal di sekitar kyoto kami menikmati pemandangan sungai yang amat bersih dan jernih yang menjadi nadi penduduk Kyoto ini.
Di Osaka dan Kyoto terdapat beberapa restoran halal yang boleh anda dapati dan antara yangbtelah sempat kami jengah dan singgah adalah restoran Muqam dan Ali yang terdapat di kawasan shinshaibashi dan kedua restoran ini amat direcommended oleh kami kerana juadahnya berkonsepkan timur tengah dan cina muslim yang jarang kita dapatibdi malaysia. Di kansai airport juga terdapat restoran halal yang mendapat status halal dari pihak berkuasa malaysia dan restoran ini menjual pelbagai makanan berasaskan makanan jepun seperti mee soba, ramen dan tempura. Osakan dan Kyoto boleh dikategorikan antara bandar unik yang perlu anda lawati jika ke jepun kerana terdapat keistimewaannya yang tersendiri di sini yang pasti akan memikat anda untuk kembali ke sini dan jepun secara amnya. Jadi apa lagi yang anda tunggu, jom kita ke Jepun!
sebantang jalan di sekitar Honmachi Osaka |
Tuesday, June 23, 2015
Bazar Ramadhan
Friday, June 05, 2015
GO ASEAN
Bermula 2 Jun yang lalu satu saluran baru telah dilancarkan oleh Astro iaitu saluran GoASEAN. Saluran ini memfokuskan tentang pelancongan di negara-negara ASEAN, jadi saluran ini amat bagus dalam mempromosikan tempat-tempat menarik di kalangan negara ASEAN. Pelbagai siri menarik yang dipaparkan di saluran ini dan sudah tentunya saluran ini akan menjadi salah satu saluran utama pilihan aku untuk ditonton kerana banyak siri yang dipaparkan dan disiarkan sangat menarik.
Makanya, kalau anda semua nak tahu setiap panduan atau tempat-tempat menarik sekitar negara asean bolehlah bolehlah anda menonton saluran ini untuk mencari tips-tips yang sesuai. Jadi anda semua jangan tunggu lagi, pergi ambil remote astro korang dan cari saluran 737 dan tonton sepuas-puasnya macam aku.
Saturday, May 30, 2015
Malaysia Unesco Day 2015- #myUnesco2015
Last week telah berlangsung Hari Unesco 2015 yang telah diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dimana pelbagai acara telah dianjurkan seperti persembahan kebudayaan, seni jalanan dan pameran dari agensi-agensi berkaitan. Namun, apa yang membuatkan aku tertarik adalah program santai di tengah kota yang diadakan di kawasan hadapan Perpustakaan Kuala Lumpur di mana pelbagai gerai menjual makanan telah dibuka. Antara yang paling menarik adalah truck food yang kini mulai popular dan digemari oleh warga KL terutamanya golongan hipster. Ok, nak dijadikan cerita memang aku pulun abis abislah mana-mana gerai yang ada kalau boleh semua aku nak try tapi apakan daya perutaku yang boyot ni tak mengizinkan dan poket yang boleh kering kalau dilayankan sangat. Antara truck food yang menarik perhatian aku adalah "julilicious" sebab lain daripada yang sebab truck food ni menjual waffle burger/sandwich yang mana selalunya bun akan dimakan bersama patty tapi kali ni bun digantikan dengan waffle...pergh memang lazat dan menggiurkan sebab memang bagi aku agak sedap. Selain tu, yang menarik perhatian aku adalah aiskrim kelapa sangkaya yang agak popular sekarang ini dan botol air sudin yang mana botol airnya yang unik. Apapun, kalau boleh adakan lah selalu program ni lagi-lagi untuk aku yang suka makan ni.
Sunday, May 17, 2015
British Museum - Di Mana Sejarah Dunia Bertemu
Satu tempat menarik yang perlu dilawat ketika di London adalah British Museum yang terletak tidak jauh dari kawasan Oxford Street yang terkenal dengan kawasan membeli-belah di London. Muzium ini terkenal kerana menyimpan dan mempamerkan pelbagai koleksi terulung dari serata dunia dan antara yang paling terkenal adalah batu rosetta. Batu rosetta ini sangat terkenal kerana ianya merupakan satu bahan yang sering dijadikan rujukan oleh ahli arkeologi dalam mentafsirkan tulisan hirogrif yang merupakan tulisan kuno.mesir. Muzium ini terbahagi kepada beberapa bahagian mengikut tamadun di dunia dan antaranya tamadun Greek kuno, China, Arab, tamadun Maya dan juga koleksi dari tamadun Alam Melayu. Jika melawat muzium ini adalah seperti anda telah melawat seluruh dunia kerana koleksinya dari seluruh dunia dan kerana itulah Muzium ini sering dilabelkan sebagai tempat yang menyimpan segala koleksi dunia kerana koleksi yang ada di muzium ini amat berharga sehinggakan ada negara asal koleksi berusaha untuk mendapatkan semula koleksi milik negara mereka. Muzium ini juga terkenal dengan Centre Court yang menempatkan bumbung menarik yang telah direka oleh Norman Foster dan di sini terdapat kafe dan kedai muzium. Dan jika u olls melawat kota London jangan lupa singgah ke Muzium ini kerana ianya antara mercu utama di Kota London.